Ikuti Blog ini

Skandal Scorpene: Siapa 'Orang Ketiga'?


Pada tahun 2002, beberapa kumpulan hak asasi telah memprotes pembelian tiga buah kapal selam yang mereka dakwa tidak sesuai dan melibatkan kos yang terlalu mahal.

Mereka percaya tawaran serta komisen yang diberikan kepada Razak Baginda untuk menguruskan pembelian kapal selam adalah untuk suapan Najib.

Kedua-dua Najib dan Razak Baginda juga diyakini mempunyai hubungan sulit dengan wanita jelita warga Mongolia, yang boleh bertutur 4 bahasa termasuk Russia. Wanita Mongolia berkenaan diyakini telah membantu Razak Baginda dengan terjemahan sepanjang perundingan dengan pihak DCNS.

Najib, yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan, telah meluluskan pembelian tiga buah kapal selam berkenaan.

Walaupun pelbagai dakwaan timbul yang menjurus dan mengarah kepada seseorang yang berkedudukan tinggi di negara ini, siasatan yang dilakukan tidak pernah dilakukan ke atas Najib.

Dua orang bekas pengawal peribadi Najib telah pun dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah melakukan pembunuhan kejam ke atas wanita jelita Mongolia. Bagaimanapun Razak Baginda terlepas daripada menerima sebarang hukuman dan telah dibebaskan. Beliau kemudiannya terus terbang ke United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya.

Pihak berkuasa terus-menerus menolak dan mengelak daripada mendedahkan butiran lengkap urusan jual-beli kapal selam berkenaan, walaupun didesak oleh pelbagai golongan rakyat hingga akhirnya memaksa NGO terbesar Malaysia, SUARAM mengemukakan aduan di Paris terhadap DCNS.

SUARAM berusaha untuk mendapatkan semula wang rasuah daripada DCNS yang mungkin telah dibayar untuk memperolehi kontrak membekalkan ketiga-tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia, di mana keseluruhan bayaran telah ditanggung menggunakan wang pembayar cukai Malaysia.

Sementara itu, maklumat baru telah muncul bahawa wujud 'orang ketiga' (selain wanita Mongolia dan Razak baginda) yang telah melakukan perjalanan ke Eropah untuk membincangkan urusan dan perjanjian pembelian kapal selam. Maklumat ini sekali lagi, tidak dapat tidak, akan kembali menjurus kepada Najib.

"Para peguam kami telah memberitahu kami bahawa nama orang ketiga muncul ketika penyiasatan," kata Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM kepada Malaysia Chronicle, namun Cynthia menolak untuk memberikan butiran lanjut.

Pihak berkuasa Perancis telah menyatakan persetujuan untuk mendengar aduan terhadap DCNS yang telah dikemukakan oleh SUARAM dalam tempoh satu atau dua bulan.

Peguam yang akan mewakili SUARAM dalam perbicaraan kes ini di Perancis, dijadualkan tiba di Kuala Lumpur untuk memberi taklimat kepada pelanggan mereka (SUARAM) dan kumpulan warga prihatin yang lain sebelum kes ini mula dibicarakan di Paris.

- Malaysia Chronicle (Terjemahan M@RHAEN)

Malaysia Kini:

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

NONESebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .