Ikuti Blog ini

Umno dah hilang jantan

Umno terkencing dalam seluaq bila tengok muka muka sasa nih... kahkahkah...

Lantak la orang nak kata apa pun, kemenangan kumpulan profesional ka ataupun kekalahan tuk golongan ulama.... yang penting Pas telah berjaya merayakan demokrasi dalam parti. Pas sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Umno? Jangan harap laa... langsung tak bagi hak kat ahli untuk bersuara dengan bertindak untuk tidak mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan parti pada tahun ni... kahkahkah... memang sah dah hilang kejantanan dah Umno nih... kahkahkah...

Syabas pada para perwakilan Pas yang telah memilih calon-calon berkenaan yang punyai ketokohan untuk memacu Pas menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti. Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan Pas – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan Pas.

Mereka jugak adalah orang lama dalam parti yang tentu amat paham sentimen akar umbi Pas. Mereka jugak dilihat amat rapat dan punyai sifat mesra untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat Pas membangunkan negara berkebajikan yang didokong kuat dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat yang turut dipersetujui oleh DAP.

Lalu gandingan yang dibentuk oleh para perwakilan Pas adalah gandingan terbaik untuk misi menghalau dan menghumban Umno ke laut pada PRU ke 13 nanti. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan politik berkebajikan yang didahagakan oleh semua rakyat...salehudin
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .