Ikuti Blog ini

Kalau Benar Cerita Mamat Nii..Polis Kantoii Habiss..

Portal Malaysiakini semalam memetik seorang pelajar yang menyaksikan sendiri seorang warga emas dihenyak oleh polis dalam cubaan menyuraikan himpunan aman berkenaan di hadapan KLCC dan merasakan mangsa adalah Allahyarham Baharuddin. (Gambar Hanya Hiasan)

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak,"kata pelajar itu.

Menurut pelajar itu lagi, beliau melihat polis memegang kedua-dua belah tangan lelaki berkenaan dan menghenyak lelaki itu ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Mengulas lanjut insiden yang menyayat hati itu, Surendran berkata, kejadian tidak diingini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya polis bertindak mengikut etika dan berperikemanusiaan dalam menjalankan tugas.

"Sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan secara aman, kematian seumpama ini tidak mungkin akan berlaku,"katanya.

Namun apa yang dikesalkan kata Surendran, pihak polis tampil memberi alasan seperti skrip lama dengan menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan kes kematian Baharuddin.

Malah, polis mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan akibat dari terdedah kepada gas pemedih mata walaupun laporan perubatan mangsa belum dikeluarkan oleh pihak hospital.

Selain Baharuddin, malah puluhan lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadi beliau, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan ramai lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis.

Ditanya TvSelangor sama ada pihaknya mahu membawa kes ini ke mahkamah, Surendran menjelaskan usaha tersebut bergantung kepada keluarga mangsa dan apa yang perlu diperjuangkan sekarang ialah mengheret pihak yang bertanggungjawab untuk dikenakan hukuman sewajarnya di bawah undang-undang jenayah.

"Sama ada kes ini dibawa ke mahkamah atau tidak ianya terpulang kepada pihak keluarga mangsa kerana ia adalah inisiatif keluarga dan ianya boleh dilakukan pada satu masa selepas ini.

"Apa yang penting sekarang kita akan pastikan tindakan dibawah undang-undang jenayah diambil kepada kesemua polis yang terlibat menggunakan kekerasan ke atas rakyat,"tambah beliau lagi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .