Ikuti Blog ini

Aura Ustaz Azhar Mula Resahkan sesetengah pihak

Gombak, 1 Okt : Kehadiran ribuan penuntut, pensyarah, orang ramai dari dalam dan luar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam ternyata meresahkan kontinjen polis Bukit Aman.

Dalam ‘Talk Show’ bersama penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus malam semalam (30 September 2011), jangkaan tidak ramai hadir meleset sama sekali.

Menurut maklumat yang diperoleh, jadual asal ceramah itu bakal dilangsungkan di Masjid UIA, Gombak namun setelah terdapatnya campur tangan pihak luar, tempat terpaksa diubah atas arahan universiti pada saat-saat akhir.

Akan tetapi situasi itu (berubah tempat ke Dewan Experimental) ternyata membuatkan ribuan hadirin yang hadir semakin bersemangat untuk terus setia hingga akhir program.

Menurut salah seorang penuntut UIA yang juga pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), isu ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA bukanlah sebenar-benarnya berpunca dari pentadbiran UIA itu sendiri.

“UIA pun tak boleh buat apa-apa sebab ada arahan dari Bukit Aman. Jadi, jangan marahkan UIA. Kalau benda ini berterusan, memang ceramah agama akan dihalang dimana-mana selagi Bukit Aman dikuasai oleh kerajaan yang tak suka dengar ceramah.”

“Jadi, solusinya, kita anak-anak muda pakat-pakat bantu untuk tukar kerajaan yang sedang memerintah Bukit Aman skrg. Nanti kita buat kuliah Ust Azhar di Putrajaya plak.”, ujarnya dalam kenyataan di sebuah laman sosial.

Diberitakan ribuan yang hadir semalam sudah mula memenuhi ruang masjid dan pintu masuk dewan ceramah sejak waktu maghrib lagi dan pintu masuk utama juga dikhabarkan penuh dengan kenderaan.

Dengan cubaan halangan itu, pihak penganjur iaitu Ma’ruf Club UIAM telah bersedia dengan segala persiapan bagi keselesaan pengunjung.

Tinjauan mendapati beberapa skrin layar dan ‘speaker’ diletakkan di beberapa tempat termasuk di bawah dewan dan luar dewan.

Di akhir ceramahnya, Ustaz Azhar memberitahu dengan harapan yang tinggi supaya pihak UIA dapat membenarkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di masjid yang boleh menampung kira-kira 6,000 jemaah dalam satu masa itu satu hari nanti.

Mungkin ramai yang sudah tahu yang dimana Ustaz Azhar Idrus telah singgah ke UIAM untuk memberikan ceramah “We Proud To Be Muslim”

terdapat banyak input yang didapat dari ceramah Ustaz Azhar Idrus ini, selalunya aku dengar dan tonton video ceramah beliau di facebook dan youtube dan pada hari ini dapat mendengar secara live kt UIAM.

walapun terdapat halangan, dikatakan pada mulanya ceramah ini dibuat dimasjid dimana ia boleh memuatkan 6000 orang, namun disebabkan hal yg tak dpt dielakkan terpaksa dipindahkan ke Experimental Hall yang hanya muat 240 org tanpa sebarang penjelasan

disebabkan itu, mereka telah menyediakan 2 lagi tempat untuk mereka yang tidak dapat masuk kedalam Experimental Hall,

 
bukan aku sorang, bahkan ramai yang tak dapat masuk, tak kira yang lelaki dan perempuan..penuh ruang dihadapan bangunan rektori tersebut. Aku pun terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi IIUM terhadap talk ini kerana penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus






kat dalam hall dalam 300 org.... terpaksa berhimpit dengan econ yg tak dipasangnya.... takpe.... ada ganjaran di sisi Allah....



suasana di luar hall... semua tetap tekun mendengar hingga tamat



kat atas rumput luar depan pejabat rektor
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .