Ikuti Blog ini

Laporan "Media Perdana" Di Sangkal, Himpunan Hijau 109 Sebenarnya "Dapat Sambutan" Rakyat, Lagi Foto Serta Bukti Kukuh Sokongan Tersebut !


Rakyat Malaysia di seluruh dunia digesa tidak terpedaya dengan laporan berita media perdana seperti Astro Awani dan TV3 yang mengatakan kononnya Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora, Kuantan semalam gagal mendapat sambutan. Alasan yang diberikan kononnya himpunan itu tidak berjaya menghimpunkan jumlah peserta seperti yang dirancang.

Demikian dijelaskan oleh beberapa orang peserta perhimpunan yang ditemui lewat malam tadi. Mereka terkejut dengan kenyataan Astro Awani dan TV3 itu yang jelas cuba menipu rakyat dan memesongkan fakta sebenarnya yang berlaku. Tindakan mereka adalah terlalu biadap dan jelas cuba memperbodohkan jutaan penonton yang menyaksikan siaran berita tersebut.

Soalnya, benarkah himpunan tersebut tidak mendapat sambutan atau sengaja digagalkan oleh pihak yang berkenaan?. Untuk makluman lebih dua ribu peserta telah hadir sejak jam 6.00 pagi lagi untuk bersama memberi sokongan program tersebut. Biar pun kehadiran mereka penuh dengan "ranjau yang berliku" akibat sekatan jalanraya oleh polis trafik dan gangguan terhadap program itu sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun ternyata orang ramai berjaya merempuh sekatan dan terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh untuk hadir ke program itu semalam. Media terbabit mungkin memaparkan gambar-gambar ketika himpunan terbabit sudah selesai, kemudian mengatakan ia tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Semua ini bagi menutup kebenaran dan mengampu pihak tertentu bagi kepentingan "periuk nasi" mereka. Semua ini sememangnya sudah pun boleh dinilai oleh rakyat.






[Nampaknya, media arus perdana berlumba-lumba untuk mengelirukan rakyat dan menolak kebenaran sekarang ini. Trend terbaru yang dilihat akan menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan media perdana sebenarnya. Apapun, jika tiada sebarang provokasi oleh pihak berkenaan, ramai lagi yang sepatutnya boleh hadir ke lokasi terbabit.

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik. Soalnya sekarang, kenapa pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menarik balik permit secara tergesa-gesa sedangkan ia diadakan secara aman. Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri bersedia membenarkan perhimpunan aman diadakan ketika mengumumkan pemansuhan ISA baru-baru ini.

Undang-undang sudah jadi carca merba bila ada campurtangan politik. Kedaulatannya sudah tercemar dan melanggar prinsip demokrasi itu sendiri. Oleh itu, rakyat diseru bangkit untuk menolak BN pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat perubahan besar berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita]
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .