Ikuti Blog ini

MANUSIA MUNAFIQ?


http://1.bp.blogspot.com/-BNXNrfJ1lrI/TnLF5E1xRWI/AAAAAAAAA3s/9g-Voa1KDD8/s400/frontpage.jpg
NAJIB MASIH MAHU MENERUSKAN AKTA KEJAM DAN TAK BERTAMADUN SEDANGKAN DIA PERNAH BERJANJI MAHU MEMANSUHKANYA, ADAKAH AKU BOLEH GELAR NAJIB SI MUNAFIQ?

Kerana ISA bapa ini hanya mampu melihat tubuh anaknya terbujur kaku tak bernyawa. Dan anaknya pula meninggal dunia sambil merindu kelibat seorang bapa berada disisinya tatkala mahu menghembus nafas terakhir. 

Adakah Najib seorang manusia yang tiada peri kemanusian?

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah:

1.Bila berbicara selalu bohong. Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Boleh jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.

2.Bila berjanji, tidak ditepati Orang munafik sukar untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya.

3.Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.

Orang munafik sukar diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dijaga dengan baik.

Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.

Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. Hrkh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .