Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz Mengulas Isu Ustaz Nasa Dan Hasan Ali. Tolong Baca Bagi Faham


Sekilas Komen


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.” (Al-Bayyinah 98:5)

Semasa di interbiu oleh HARAKAH (10 Dosember lalu) saya menerangkan amat berbeza PAS dengan Umno. 
Saya tegaskan:

“PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah SWT kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang.

Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak me ngajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno).

Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil sesetengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil sesetengah hukum Allah.

Misalnya, motokar kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi road tax (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan.

Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah yang kita suka dan tolak setengah lagi bila tak serupa dengan kehendak kita.

Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah kerajaan Malaysia, kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah SWT kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah SWT? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan bertaraf rakyat. Kita bukan rakyat di sisi Allah, tetapi kita jadi hamba-Nya selama 24 jam – sehari semalam.

Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia (kerajaan). Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun.

Tapi kita dengan Allah, bila kita benar kita akan dapat pahala, bila kita salah, dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah. Inilah cara kita berfikir kerana kita sebagai hamba Allah, maka kena berfikir cara hamba-Nya.

Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam (maksudnya menghamba diri sepanjang hari untuk Allah). Hamba ini berasaskan liya’budun (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?”

Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dan Maha Berkuasa.

Istiqomah disiplin jemaah

Justeru pendirian sebegitu, saya tetap istiqomah dengan disiplin jemaah. Oleh sebab itulah, bila diajukan “persoalan Dato’ Hassan Ali”, saya katakan:

“Setiap negeri ada Pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, bukan Pesuruhjaya PAS Kelantan.”

Juga saya nyatakan:

“Saya hanya bersedia untuk mengulas isu-isu melibatkan dasar parti dan bukannya “isu teknikal” sebagaimana dibangkitkan pihak tertentu tentang teknikal pencalonan untuk PRU-13.”

Anggaplah ia satu accident

Pun begitu saya agak terkilan dengan pelbagai desas-desus dan tohmahan dalam media mengenai pencalonan PRU-13. Ada pihak yang dikatakan memberi pandangan mengenainya, sepatutnya tidak perlu memberi pandangan. Tunggulah keputusan rasmi.

Akibatnya terkeluarlah interbiu Ustaz Nasharudin Mat Isa (Berita Minggu, 18 Dis. 2011). Maka anggaplah ia satu accident dan ambillah pengajaran daripada peristiwa lalu. Semoga jemaah terus utuh.
TG Nik Aziz
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .