Ikuti Blog ini

Hasan Ali Dipecat Dari PAS - Keluarnya Duri Dalam Daging


Kuala Lumpur, 8 Jan : PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS





Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu dapat dikeluarkan.
Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Seperti yang pernah GB katakan, seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur.

Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Sebelum PAS dapat mengalahkan musuh di luar, menjadi sangat penting bagi PAS untuk membersihkan musuh dalam selimut. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .