Ikuti Blog ini

Umno Takut Dengan Kebebasan dan Demokrasi

KEMAMAN - Bila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negara-gara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Apabila pemerintahan ‘kuku besi’, diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, FJP telah memenangi lebih 250 kerusi Parlimen daripada 600 kerusi parlimen pada pilihanraya Parlimen Mesir baru baru-baru ini.

“Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas kita lihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimen lebih daripada 250 orang daripada lebih kurang 600 ahli parlimen,

“ertinya, parti Islam PAS Mesir mencapai kemenangan bila ada demokrasi,”ujarnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat PAS Kawasan Kemaman.

Menurutnya, sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Katanya, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh para pelajar Malaysia di Mesir kepadanya sewaktu beliau melawat dan bertemu dengan mereka pada 25 Januari baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu kita jangan takut dengan demokrasi, jangan takut dengan kebebasan, kerana yang takut dengan demokrasi, yang takut dengan kebebasan adalah Umno,

“Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,”jelasnya.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir adalah Pebolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail Harun dan Ahli-ahli Jawtankuasa PAS Kawasan Kemaman. --BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .