Ikuti Blog ini

Amangate: Lagi dokumen bocor di Internet


Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Dokumen berupa kenyataan bank dan kenyataan atas sumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan pengusaha balak terhadap Bank UBS AG di Singapura.

NONEPembalak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran secara tidak sah oleh syarikat pembalakan kepada Musa.

Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan akaun dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien.

Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .