KOTA BHARU:
Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Dinar Dirham bermula
malam tadi apabila majlis perasmiannya telah dilakukan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Acara penuh meriah apabila kesemua peserta dari luar Negara yang berhasrat untuk menyertai program itu turut hadir untuk mempamerkan barangan jualan mereka termasuk Iran yang paling banyak membuat tempahan gerai jualan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru umat Islam di negara ini, mencipta sesuatu yang baru hingga boleh terkenal ke seluruh dunia.
Katanya, ianya amat penting bagi mengembalikan kegemilangan orang Islam yang telah masyhur di zaman silam dalam mereka cipta sesuatu yang baru.
“Sekarang ni pelbagai alat canggih berada di pasaran, tetapi ianya dicipta oleh golongan barat yang tidak beragama Islam,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis perasmian itu, Gabenor Wilayah Qom Iran, Mohamed Hussien dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Sementara itu, Tuan Guru berkesempatan menaiki motosikal buatan Iran sempena majlis ekspo terbabit disamping merasmikan logo tuntutan Royalti ‘R’.
Ekspo berkenaan bermula semalam 15 Jun dan dijangka berakhir 21 Jun ini.
Pelbagai pameran dan jualan disediakan untuk orang ramai, termasuk motosikal keluaran Iran yang bakal menjadi tarikan masyarakat di negeri ini.
Ekspo ini terbuka kepada orang ramai yang bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam. -Hrkh