Ikuti Blog ini

Rombongan 'tahniah Morsi' berlepas malam tadi



(Tuan Guru Nik Aziz dalam sidang media semalam)

KOTA BHARU: Rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, untuk menghantar perutusan tahniah di atas kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsi telah berlepas kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Rombongan berkenaan akan membawa surat perutusan tahniah dari Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut serta dalam rombongan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, Anggota Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat.

Selain itu turut menyertai rombongan perutusan tahniah itu, Timbalan Anggota Exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat dan Pensyarah Kias, Ustaz Asri Daud.

Rombongan berkenaan dijadualkan bertemu dengan Morsi Rabu ini di Istana Presiden.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya berhubung perkara itu mengakui beliau mengirimkan perutusan tahniah itu sebagai sokongan perjuangan Islam yang telah berjaya mentadbir  di sana.

Katanya, dengan kemenangan itu cukup membuktikan Islam tidak pernah mengamalkan kekasaran terhadap bangsa di dunia ini.

“Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin berkempen tidak menggunakan duit sehingga beliau memenangi pada pemilihan presiden, sebaliknya kebenaran perjuangan Islam,”ujarnya.

Tuan Guru turut mengakui beliau juga seharusnya turut menyertai rombongan itu, bagaimanapun terpaksa dibatalkan atas masaalah kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian majlis menandatangani perjanjian pembangunan pusat kitar semula dan kompas antara MPKB-BRI dan SS Microbial Sdn Bhd. semalam. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .