Ikuti Blog ini

UMNO tuduh Guan Eng penyebab rusuhan 13th Mei 1969, tapi masa itu Guan Eng baru berumur 8 tahun...

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menafikan dakwaan Utusan Malaysia bahawa beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri Singapura Lim Kuan Yew.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Lim menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan dan beliau tidak pernah terlibat dengan parti PAP ketika beliau menjadi wartawan di Singapura pada awal 1960-an.

Lim bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau pernah bekerja "untuk satu tempoh" di bahagian akhbar di Kementerian Kebudayaan Singapura dan pernah menjadi setiausaha agung kesatuan wartawan negara itu.

Beliau mengulas tulisan di pojok pengarang akhbar edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini.

Dalam tulisan Awang Selamat – dipercayai sebagai kakitangan kanan dalam redaksi Utusan – akhbar itu mendakwa bahawa Singapura menggunakan DAP sebagai proksi untuk mencapai cita-citanya untuk Semenanjung Malaysia.

Tanpa menjelaskan dakwaan itu, Awang Selamat seterusnya mendakwa Lee bercita-cita untuk membina hubungan dengan kerajaan Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Lim berkata, serangan ke atasnya hari ini merupakan kesan daripada kempen yang ditingkatkan untuk memburuk-burukkan DAP dan Pakatan kerana Umno tidak yakin untuk berdepan dengan pilihan raya umum.

Cybertroopers UMNO yang bangang

Kit Siang  juga menyatakan bahawa terdapat  tuduhan-tuduhan yang luar biasa terhadapnya tersebar luas  di Internet, angkara “cybertroopers” UMNO.

Antara tuduhan itu  ialah Kit Siang berada di Kuala Lumpur pada 13 Mei, 1969 menghasut agar adanya satu rusuhan kaum.

“Sebenarnya, saya  tidak pernah di Kuala Lumpur pada 10 Mei, 11, 12 dan 13, 1969, dan ini boleh disahkan oleh media ketika itu dan rekod2 polis”,kata Kit Siang.

Katanya lagi, dia bertanding  kerusi Parlimen Bandar Melaka dan pada pagi yang malang  itu semasa rusuhan berlaku, dia berada dalam  kapal terbang  menuju ke Kota Kinabalu untuk membantu kempen di sana.

Pilihan raya di Sabah ditangguhkan untuk dua minggu selepas pilihan raya  di Semenanjung Malaysia  berakhir.

Kit Siang kata tuduhan yang paling bangang sekali dibuat oleh “cybertroopers” UMNO ini adalah menuduh anaknya Lim Guan Eng ,merangkap Setiausaha Agung DAP, sebagai salah seorang penyebab berlakunya rusuhan Mei 13 1969.

Kit Siang  menyatakan bahawa pada masa itu, Lim Guan Eng hanya berumur lapan tahun. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .