Ikuti Blog ini

Merdeka: Negeri Pakatan guna tema, logo sama


PETALING JAYA: Empat negeri Pakatan Rakyat menyatakan persetujuan menggunakan logo dan tema yang sama pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat telah dibuat dan akan mengguna pakai tema dan logo yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.

"Keputusan telah kita buat hari ini mengenai tema dan logo bagi sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

"Dalam pada itu empat negeri Pakatan iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju menggunakan tema dan logo yang sama seperti mana yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat," jelasnya pada sidang media di Ibu Perjabat PKR selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, hari ini.



Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan logo dan tema sambutan Hari Kemerdekaan bagi Pakatan Rakyat.

"Perkara tersebut tidak timbul kerana negeri Kelantan dan Kedah serta Pulau Pinang telah membuat pengumuman awal bahawa mereka tidak mahu menggunakan tema yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

"Sebab itulah negeri-negeri tersebut membuat pengumuman bagi tema-tema yang akan digunakan," jelasnya ketika ditanya tentang perbezaan tema yang digunakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

Tambahnya lagi, apa yang diputuskan mengenai tema dan logo telah dipersetujui bahawa ia akan digunakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengatakan sambutan ulang tahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dibuat di Semenanjung dan juga di Sabah serta Sarawak.

Pada 30 Ogos sambutan Kemerdekaan akan diadakan di Selangor manakala untuk sambutan Hari Malaysia iaitu 15 September disambut di Sabah dan 16 September pula di Sarawak. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .