Ikuti Blog ini

10,000 beli meja untuk Jamuan Pakatan



(Sebahagian dari kira-kira 10,000 yang menyertai jamuan Pakatan Rakyat di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru)

JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 orang rakyat Johor membeli kerusi untuk menyertai jamuan 1,000 meja yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Skudai, Johor malam tadi.

Ia dianggap antara jamuan berbayar terbesar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor dan mendapat sokongan hebat rakyatnya.

Majlis itu diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru dengan disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution

Anwar yang berucap di majlis itu mengajak rakyat Johor jangan lagi toleh kebelakang dan terus mara ke hadapan walaupun pelbagai ancaman yang dibuat kepada Pakatan Rakyat.

"Masa rakyat Johor bersama Pakatan telah tiba dan kita akan terus mara ke hadapan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mohamad Sabu juga mengajak rakyat Johor bersama politik baru dan menolak politik samseng dan perkauman.

Beliau juga turut menegaskan komitmen PAS bersama Pakatan Rakyat dan mempastikan semua rakyat negara ini melaksanakan politik baru.

"Politik perkauman dan ganas sudah ketinggalan," kata beliau merujuk kepada beberapa kejadian ganas terhadap pemimpin Pakatan termasuk kepada bas Merdeka Rakyat.

Salahudin Ayub pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan beliau rakyat Johor akan bersama Pakatan untuk ke Putrajaya.

"Pakatan mempunyai potensi yang cerah di negara ini dan zaman Johor deposit tetap BN sudah berakhir," kata beliau di depan lebih 10,000 tetamu yang membeli meja untuk menyertai majlis itu. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .