Ikuti Blog ini

Hina Nabi: Jangan fikir bukan Islam sahaja


KOTA BHARU: Umat Islam jangan hanya fikir penghinaan penganut bukan Islam terhadap agama dan nabi semata-mata tetapi berfikir juga bagaimana menghadapi sikap orang Islam sendiri yang menolak Islam.

Penghinaan bukan Islam terhadap Islam seperti filem Innocence of Muslim bersesuaian dengan mereka yang bukan Islam, "walau bagaimanapun kita wajib membantah."

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah (gambar) ketika menyampaikan kuliah Jumaat sesi pertama, di Dataran Ilmu, di sini pagi ini.

"Di negara kita, umat Islam sendiri menolak hukum Islam yang lebih hina dari menghina Islam oleh bukan islam sendiri," katanya.

Katanya, media massa sering mengeluarkan kenyataan pemimpin negara dan sekutunya tentang penolakan hukum hudud sejak sekian lama hingga ke hari ini.

"Sudah sekian lama PAS memberi penerangan tentang hudud kepada pihak ini tetapi sampai sekarang tidak faham-faham dan asyik kata hudud PAS salah dan sebagainyanya.

"Kalau betul ianya tak betul, bawa mari hukum hudud ikut cara Islam yang sebenar yang dia kata tu. Atau kalau tak puas hati pergi jumpa ketua hakim syarie, sebab dia antara penggubalnya,"ujarnya.

Tetapi kerana kejahilan, undang-undang Islam dan sunah Nabi dipertikai dan dihina, tegas beliau.

Isu sekarng katanya untuk jadikan undang-undang negara, bukan nak potong tangan lagi, jelas beliau.

Sementara itu penyanyi Aishah yang kini berada di Kelantan bakal turun menyertai demo bantah penghinaan terhadap Nabi saw yang diadakan selepas kuliah Jumaat sesi kedua di situ. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .