Ikuti Blog ini

PAS lancar '12 Tawaran' untuk Sarawak


MIRI: PAS melancarkan manifesto ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum.

PAS juga menawarkan Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;

Dalam bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.


Terjemahan praktikal


Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.

Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menum-bangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut.


Tentera semut




“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.

“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.

Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.

“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.

“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).

“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.

“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.

“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitu,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.

“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.


Rashidi Lobo serta PAS




(Rashidi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Abdul Hadi)

Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah yang berasal dari Lundu.

Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia.

Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.

Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo...The Borneo Post
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .