Ikuti Blog ini

Bukti Sahih Umno BN Lindungi Kroni..


Pegawai penyiasat India semalam berkata berkemungkinan gagal meneruskan pendakwaan ke atas skandal kes rasuah Aircel-Maxis selepas kerajaan Malaysia menolak permintaan untuk memberikan butiran perbankan melibatkan jutawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar).
Biro Pusat Penyiasatan India (CBI) yang duduk dalam Mahkamah Agung di New Delhi serta memantau siasatan mengakui bahawa mereka memerlukan bukti kukuh ke atas pihak berkenaan yang didakwa, serta memberi isyarat bahawa agensi tersebut mungkin terpaksa menutup kes kontroversi melibatkan pemgambilan syarikat telekomunikasi India, Aircel oleh Maxis Berhad yang didakwa melibatkan RM351 juta wang sogokan kepada bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya.

Kemudiannya, mahkamah meminta Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia melanjutkan kerjasama penuh dengan agensi penyiasatan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan menurut laporan akhbar di India hari ini.

Menurut laporan akhbar di India, CBI memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah melengkapkan siasatan domestik ke atas urusniaga tersebut tetapi siasatan luar negara tergendala memandangkan jutawan Malaysia terbabit memiliki “pengaruh politik kuat”.

Difahamkan pengawai penyiasat telah menghantar satu surat tuntutan maklumat lain kepada kerajaan Malaysia yang kemudiaan dibalas dengan memberi jaminan akan mencari bukti terhadap Krishnan.

Maran dan Krishnan berada dibawah pemantauan CBI selepas disyaki memaksa pemilik Aircel, C Sivasankaran menjual pegangannya kepada Maxis.

CBI memberitahu sebuah panel kerusi khas, Hakim GS Singhvi dan Hakim K Radhakrishnan walaupun mereka telah menyiapkan siasatan di India dan Mauritius, maklumat yang penting dari Malaysia masih belum lagi diperoleh.

Dalam laporan itu turut menyatakan sebab ia tertangguh adalah kerana pengaruh politik pemilik Maxis tersebut.

Menurut laporan akhbar di India lagi, pada Rabu lalu peguam CBI, K K Venugopal memberitahu Mahkamah Agung India di New Delhi bahawa pemilik Maxis tersebut menggunakan kuasanya untuk menyekat siasatan di negara asing melibatkan kes Aircel-Maxis.

Beliau turut berkata pihak agensi telah melengkapkan siasatan domestik, manakala surat telah dihantar ke Malaysia dan Mauritius untuk mewujudkan hubungkait dengan pelaburan di Sun Direct TV yang dilakukan oleh kumpulan Maxis dan pemberian lesen kepada Aircel.

CBI telah memfailkan kes rasuah pada 10 Oktober tahun lepas ke atas Ananda, yang mengawal Maxis, syarikat multimedia dan telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara.

Ralph Marshall adalah merupakan pengarah bukan eksekutif di Maxis dan Marans.

Mereka mendakwa syarikat satelit Ananda, Astro All Asia Networks telah “menaikkan dengan tinggi” pembelian saham dalam Sun Direct TV mengakibatkan penyaluran RM351 juta suapan haram kepada Marans yang menjadi punca Aircel tidak mendapat tujuh lesen dan kemudahan lain serta memaksa C. Sivasankaran menjual 74 peratus pegangan kepada Maxis.

Kedua-dua Dayanidhi dan Maxis menafikan melakukan sebarang kesalahan serta mendakwa pembelian pegangan RM2.5 bilion ke ata Aircel daripada Sivasankaran dilakukan secara pembelian sukarela, penjualan sukarela dan usahawan India tersebut masih kekal memegang 26 peratus pegangan ke atas “faedah terbalik” sekiranya syarikat itu diapungkan.

Syrikat telekomunikasi tersebut berkata Sivasankaran hanya membuat aduan kepada CBI selepas dakwaan dia telah ditolak penimbangtara antarabangsa awal tahun ini, lebih lima tahun selepas perjanjian dimerterai pada 30 Disember 2005.

Astro juga memberitahu CBI yang pembelian 20 peratus ke atas Sun TV merupakan transaksi sah antara dua rakan kongsi niaga lama yang telah melakukan urusniaga sejak 1996.

Siasatan terdahulu terarah ke Malaysia dan Mauritius melibatkan dengan penyaluran dana bagi pengambilalihan Aircel tetapi jejak wang kemudian membawa CBI ke negara-negara lain termasuk United Kingdom dan Bermuda.

Empat negara yang telah dihantar surat tuntutan daripada India yang meminta memberikan butiran kewangan melibatkan urusniaga Maxis-Aircel. ~ themalaysianinsider
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .