KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas 
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu 
untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang 
atau berdepan saman fitnah RM100 juta.
Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah 
menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa 
penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan 
dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu 
pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.
Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan
 menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai 
polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai 
kepentingan dengannya.
Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.
Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan 
terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis,  menuduh Phang 
mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) 
mengugut pegawai tersebut, jika tidak  meluluskan (projek tersebut), 
beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."
"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."
Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem 
komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital  Motorola, 
menurut Musa bernilai jutaan ringgit.
Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang
 komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari  Penolong Ketua Polis 
(ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.
Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu 
mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang  mendakwa bekas KPN 
tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.
"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.
Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian 
di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli  Yusuff, hakim 
itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh 
dipercayai.
"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata 
Phang pula.Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga 
sudah 
menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan  penasihat 
beliau.TMI
     
    
   
  
  

