Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada
 senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi 
hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Semakan
 kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan 
bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari 
daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi
 dalam kenyataannya hari ini.

"Ini
 mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah 
individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh 
sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."
Rafizi juga membekalkan tawan skrin (
screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.
Beliau
 semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang
 dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor
 kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.
 Menurut Rafizi, 
Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas 
sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam. 
-M'kini