Ikuti Blog ini

Segera selesai isu PPSMI,Abdullah perlu jujur!


ppsmi march 070309 crowd.jpgKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu terutamanya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


ImageDemikian pandangan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah,Ahmad Lutfi Othman apabila memberikan kenyataan balas mengenai ulasan Abdullah semalam bahawa pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu segera untuk selesaikan isu PPSMI.


"Abdullah perlu segera bertindak dan bukannya menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu PPSMI ini.


"Sebagai Perdana Menteri beliau boleh bertindak sebagai kuasa eksekutif tertinggi kerajaan untuk mengembalikan semula dasar lama...tidak perlu tunggu dan arah pihak lain,"jelas Lutfi.


Ini masa untuk Abdullah tinggalkan satu legasi


ImageMenurutnya, jika Abdullah jujur sewajarnya kerajaan hanya perlu ambil amsa yang singkat untuk bertindak.


"Inilah masanya untuk Abdullah meninggalkan satu legasi dalam perjuangan bahasa Melayu,orang akan kenang sebab tempoh pemerintahannya tidak lama,"katanya sambil merujuk kepada pelan peralihan kuasa yang akan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno kelak.


Dalam pada itu, kata Lutfi, apa yang berlaku semalam adalah satu isyarat jelas kepada kerajaan bahawa rakyat benar-benar mahukan satu perubahan pada dasar PPSMI ini.


"Ada budak kecil darjah lima...dan kakak dia darjah enam bersama ayah dia...sayu saya,mereka sanggup redah dan gagahkan diri dalam kepulan asap dan gas pemedih mata.




ppsmi march 070309 tear gas.jpg"Bukan itu sahaja...tidak pernah dilihat satu gelombang besar sebegini dalam isu bahasa. Rakyat bukan sahaja Melayu malah di kalangan bukan Melayu juga ada...ini menunjukkan satu kesepaduan untuk membantah dasar PPSMI yang menindas,"jelasnya lagi sambil menambah bahawa tidak terlewat untuk Perdana Menteri bertindak.


Oleh itu tambahnya,Abdulah perlu jujur dan segera bertindak serta tidak perlu lagi untuk menunggu.


"Jika tidak rakyat akan terus kenang dia sebagai Perdana Menteri yang meng'keranda'kan bahasa ibunda sendiri,"tegasnya.


GMP sambut baik, suara rakyat didengari

Image

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyambut baik kenyataan Abdullah supaya keputusan PPSMI dibuat dengan segera.


Beliau melihat kenyataan terbaru Perdana Meteri itu sebagai isyarat positif mengenai masa depan PPSMI.


"Baguslah Perdana Menteri bersuara mengenai isu ini.


"Kita juga mahu Kementerian Pelajaran mempercepatkan keputusan mengenai status PPSMI setelah ia dilaksanakan selama enam tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini kepada akhbar online.


Tambah beliau, bantahan yang disuarakan GMP termasuk melalui perarakan yang diadakan hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara menampakkan hasil positif.




anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes"Nampaknya suara rakyat semakin didengari, itu yang kita mahukan.


"Namun apa yang lebih penting seluruh rakyat mengharapkan supaya pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.


"Keputusan yang bakal dibuat nanti mestilah ikut kemahuan rakyat yang mengharapkan dasar PPSMI dimansuhkan," katanya.


Jelasnya, memansuhkan PPSMI bukan bermaksud pihaknya memboikot penggunaan bahasa Inggeris.


"Kita bukan tidak suka bahasa Inggeris, kita tetap mahu kerajaan tingkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeri kepada para pelajar.


"Bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh pelajar kita, tapi bukan dengan cara menggunakannya dalam sistem pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.


Isu PPSMI perlu selesai dengan segera

Image

Semalam Abdullah meminta isu PPSMI diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.


"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," jelasnya selepas melancarkan novel 'Dragon Fire Hammer' karya Adam Umemoto,14, di Petaling Jaya semalam.


Dalam kenyataan kepada media itu, beliau berkata kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.


Beliau mengulas isu tersebut selepas berlangsungnya demonstrasi besar anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) ke Istana Negara petang semalam.


Beliau berkata sebelum ini, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.


Bagaimanapun, tambahnya, kementerian berkenaan buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.



Nizar dan ADUN PR Tanam Pokok Demokrasi


Pakatan rakyat hari ini telah menyempurnakan satu majlis memperingati peristiwa bersejarah 3 Mac 2009 dimana persidangan tergempar DUN Perak telah diadakan bawah sebatang pokok hujan-hujan di luar perkarangan bangunan Negeri Darul Ridwan.

Berkumpul pada jam 10 pagi, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang telah menerima kepercayaan sebagai menteri besar sewaktu "sidang di bawah pokok," pada hari ini bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat menyempurnakan acara penamanan "Pokok Demokrasi" yang turut dihadiri oleh YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Sebuah plak telah diletakkan dibawahnya sebagai kenang-kenangan peristiwa 3 Mac, "Monumen ini adalah sebagai memperingati persidangan yang telah diadakan di bawah pokok ini pada Mac 3, 2009."

Ia sebagai satu tanda bahawa Pakatan Rakyat telah mengamalkan demokrasi yang telah dirompak oleh Umno dan Barisan Nasional.

Upacara pagi tadi juga menyaksikan penanaman 5 batang anak pokok, sebagai simbol 5 prinsip Pakatan Rakyat - keadilan, ketelurusan, beramanah, berkebajikan dan berintegriti.

Semalam, seorang ahli exco PR, Nga Kor Ming, telah menyatakan bahawa upacara ini adalah penting kerana ia merupakan satu "Magna Carta" Perak yang merujuk kepada Undang-undang Perlembagaan.

Upacara tersebut juga diadakan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar dijadualkan berucap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan jam 4.30 petang ini.

Nizar berkata, mercutanda ini juga akan menjadi "tarikan pelancong," yang sama-sama kita saksikan sejak lima hari yang lalu, ramai pengunjung dalam dan luar negara berteduh di bawah pokok berkenaan untuk bergambar kenang-kenangan.

Beliau berkata anak pokok itu ditanam sebagai simbolik demokrasi yang ingin ditunjukkan kepada rakyat negeri itu.

"Jika dilihat dari sudut sejarah peristiwa ini menyamai Perjanjian Hudaibiyah antara kerajaan Islam Madinah dengan kerajaan Quraisy di Mekah," katanya pada siang media selepas acara itu, hari ini.

Nizar juga memberitahu pemberita yang beliau akan menghantar surat ke pihak Istana pada hari Selasa untuk memaklumkan kepada Sultan berhubung dengan tiga usul yang telah diluluskan - iaitu beliau telah mendapat kepercayaan sebagai menteri besar, pembubaran dewan undangan negeri dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Datuk Zambry Abd Kadir bersama enam exco yang lain dari menghadiri sidang.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata pihaknya berharap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membuang tugu berkenaan serta mencabut pokok terbabit.

Mereka yang hadir menyaksikan upacara gemilang pagi ini kelihatan ceria dan berbangga dengan pendirian tegas kerajaan Pakatan Rakyat bahawa mereka adalah kerajaan yang sah dan mereka sentiasa memberikan sorakan kepada pemimpin PR di sepanjang upacara gemilang yang berlansung kira-kira 45-minit itu.



lagi gambar keganasan Polis - Dunia melihat kita

A protester covers himself as he runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo


A protester runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against  the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo


A protester throws back a tear gas which fired by riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo


Protesters run away as Malaysian riot police fire tear gas during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo


Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science  in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.


Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo




Polis Mengganas

TINDAKAN POLIS... Pihak berkuasa keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang menyertai perarakan menuju Istana Negara.
SURAI... Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat hari ini.
BANTAH... Penyokong-penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan di ibu negara bagi membantah dasar bahasa Inggeris untuk mengajar subjek Sains dan Matematik di ibu negara hari ini.
BANTAH... SEBAHAGIAN daripada mereka yang menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat hari ini.




anti ppsmi rally 070209 rally banner
anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes













ppsmi march 070309 tear gas.jpg
anti ppsmi rally 070209 tear gas













ppsmi march 070309 crowd.jpg















anti ppsmi rally 070209 climbing to palace

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

KUALA LUMPUR - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.


Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.


"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.


"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya kira-kira jam 5.00 petang tadi.


Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi


"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.


"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.


Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.


"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara merek.


"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.


Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.


Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama.





Untuk lebih baik/besar



FRU yang sedang mengancam!

Polis buat kacau lagi!!!

Malam tadi dalam satu sesi ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Kuala Selangor, pihak polis sekali lagi memainkan peranan dengan menganggu ceramah "membongkar fitnah khir toyol"

susasana tegang berlaku apabila pihak polis telah menghalang Y.B Amiruddin dari meneruskan ceramahnya.
siri ceramah yang dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato Mustafa Kamal Ayub , Adun Batu Caves Y.B Amiruddin Sahri, Adun Bukit Melawati Y.B Ir Muthaiah

ceramah yang asalnya dijadualkan dipadang Bandar Baru Kuala Selangor telah dihalang oleh polis ini... dan mengarahkan untuk mencari sebarang tempat tertutup seperti dewan... atas ihsan YDP pas Kawasan Kuala Selangor yang memberikan kediamannya untuk dijadikan tempat untuk berceramah..

namun bagai janji tinggal janji.. apabila mereka terus menganggu ceramah PR walaupun tempat berceramah telah diubah!

persoalannya sekarang... kenapa sikap double standard terus di tunjukkan oleh pihak polis dengan menghalang ceramah walaupun di negeri SELANGOR yang diperintah PR!!!!!!


tolong laaa... bile korang nak sedar????

rakyat makin meluat!!!!



kalau ini lah lagi cara korang.... PRU13 konfirm kitorang talkinkan BN!!!



so terus kanlah kacau lagi...





Samseng Upahan Umno


Sekarang kita semua boleh kenal bagaimana rupa samseng upahan diatas.Mereka ini kaki tarik kereta dan bouncer Kelab Malam. Dengar khabarnya ada yang sedang memburu mereka . Kemana mereka nak pergi? Dunia ni terlalu kecil sangat ...Bukan dia orang saja yang samseng .....Akan bertemu buku dengan ruas nanti.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .