Saya diberi penghormatan untuk merasmikan Hari Belia Bangi 2010 anjuran Sekteriat Pemuda Perihatin dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang . Satu program yang sangat menarik dan mampu menjadi alternatif kepada belia dan remaja negara pada hari ini .
Umum mengetahui betapa negara hari ini sedang diancam pelbagai aktiviti yang meruntuhkan akhlak dan moral belia negara sedang mereka rata - ratanya adalah bakal pemimpin pada masa yang akan datang . Justeru itu sewajarnya syakhsiyah dan akhlak mereka dibentuk dan dibina dengan aktiviti yang mampu mengasah bakat dan membekalkan karektor kepimpinan yang baik dan hebat untuk masa depan negara .
Insyaallah , Dewan Pemuda PAS senantiasa perihatin dalam mengenengahkan aktiviti - aktiviti yang bermoral serta bermanafaat untuk mendidik belia dan remaja sebagai generasi harapan negara .
Dalam masa yang sama , kita sewajarnya serius menentang dan membasmi segala aktiviti maksiat dan mungkar yang mengheret anak - anak muda kita ke kancah kebinasaan dan kemusnahan . Jangan biarkan para belia kita hanyaut dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semua pihak sayugianya mengambil langkah yang bersungguh - sungguh terutamanya pihak kerajaan yang memerintah . Segala keupayaan , kuasa dan dana mestilah digunakan semaksima mungkin untuk membina generasi masa depan yang hebat. - Episod Sebuah Perjuangan
Ikuti Blog ini
Gambar sekitar Hari Belia Bangi 2010 bersama Ketua Pemuda PAS Pusat ,Isnin, Februari 22, 2010 at 22.2.10,
Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul , at 22.2.10,
Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.
“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.
Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.
“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.
Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.
“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.
Royalti: Husam sedia dedah jika Mustapa minat , at 22.2.10,
“Saya sedia mengemukakan bukti itu kepada pemimpin Umno terbabit sekiranya berminat. Saya sedia hadir ke Kuala Lumpur sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya pada ceramah penjelasan isu royalti di Pekan Jelawat, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir dan Setiausaha PAS kawasan, Mohd Huzaimy Che Husin.
Katanya, bayaran tunai lima peratus yang diterima kerajaan Terengganu sejak petroleum dikeluarkan di perairan negeri tersebut dikenali sebagai royalti tetapi malangnya istilah royalti tiba-tiba ditukar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wang ihsan pada 2000 selepas PAS menguasai Terengganu.
Malam Jumaat lalu Perhubungan Umno Kelantan menganjurkan program penjelasan isu wang ihsan di perkarangan pejabat Umno.
Program seumpama itu difahamkan kali ketiga diadakan. Sebelumnya diadakan di Hotel Renaissance dan padang Sekolah Menengah Zainab.
Kehadiran yang begitu mengecewakan Umno pada dua program berkenaan menyebabkan program ketiga diadakan malam Sabtu. Sekitar 1,000 orang hadir biar pun media proUmno menggambarkan lebih 5,000 hadir.
Umno juga kepanasan dengan isu tersebut apabila terpaksa mengeluarkan iklan satu muka surat dalam semua akhbar berbahasa Melayu semalam.
Iklan tersebut disebut dikeluarkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan negeri berkata, buat apa perjanjian yang ditandatangani pada 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas sekiranya tiada kaitan dengan royalti minyak.
“Tidakkah melalui perjanjian tersebut negeri memberi kuasa kepada pusat untuk mengeluarkan minyak dengan syarat dibayar royalti.
“Ini kerana telah ditetapkan dalam undang-undang semua perkara berkaitan dengan perlombongan termasuk galian atau minyak diletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya di hadapan ribuan orang ramai di kedai Jelawat.
Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof berkata, usaha dilakukan kerajaan pusat melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjelaskan isu tuntutan hasil petroleum melalui iklan dalam akhbar semalam sebagai usaha menegak benang basah.
“Jelas usaha yang dilakukan mereka bagi memperbodohkan rakyat Kelantan,” katanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tindakan dilakukan Umno mengiklan isu tuntutan royalti sebagai langkah yang amat terdesak.
Katanya, mereka cuba menghalalkan cara dengan cara menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan.
Malah menurut beliau penjelasan tersebut tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menggelirukan rakyat kerana bertentangan dengan apa yang mereka fahami sebelum ini.
“Rakyat sudah faham dengan penjelasan yang diberi pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Mana rakyat lebih percaya orang yang bertanggungjawab menubuh Petronas dengan pemimpin baru yang tidak faham apa-apa,” katanya.
Isteri Badrul, ADUN Pelabuhan Klang Tuntut Cerai Fasakh , at 22.2.10,

Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujuai bersama.
Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman.
Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.
Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.
Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN). -TVS

Tiada Exco, wakil rakyat Selangor miliki harta projek , at 22.2.10,
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Kemudahan Awam negeri itu juga memastikan setiap masjid di seluruh negeri mesti mengadakan kuliah, pengajian ilmu agama serta qiamullail.
Katanya, mana-mana masjid yang pendapatan kurang daripada RM1,000 pula, Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu membayar imbuhan untuk penceramah.
Ini kerana, katanya, Selangor suatu ketika dahulu merupakan tempat lahirnya golongan ulama dengan adanya sekolah-sekolah pondok seperti di Sungai Besar, Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Kuala Langat.
Malangnya, tambah beliau biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah seperti Jordan dan Arab Saudi tiada pelajar yang memohonnya.
Ini kerana, katanya, Umno sudah berjaya melemahkan sistem pengajian Islam di negeri ini dan sebagai bukti golongan remaja terjebak dalam gejala maksiat dan tidak gemar mengikuti pengajian agama di masjid dan surau.
Beliau menyatakan demikian pada majlis penyerahan borang permohonan keahlian PAS kepadanya selaku Pesuruhjaya PAS negeri di Kampung Makmur, kelmarin.
Sebanyak 40 borang keahlian PAS telah diserahkan kepada Hasan melalui Ketua PAS Cawangan, Mazli Ahmad dalam majlis ringkas yang penuh bermakna, pada malam kelmarin di Kampung Makmur (gambar).
Turut serta Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir; timbalannya, Radzi Ahmad; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Gombak, Hong Euk Wh serta AJK PAS kawasan.
Penduduk di kamping itu mengisytiharkan menyertai PAS beramai-ramai kerana berasa terjamin hak tempat tinggal mereka sejak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di samping ura-ura kerajaan negeri akan memberi geran pemilikan tetap.
Penduduk kampung sekarang sedar selama berpuluh tahun mereka di bawah pemerintah Umno/BN sering ditipu untuk meluluskan geran tapak rumah setiap kali menjelang pilihan raya tetapi ia hanya permainan politik Umno untuk BN terus mengekalkan kuasa.
Penduduk asal kampung tersebut mempunyai 160 buah keluarga dan sebahagian daripada mereka telah menerima tawaran perpindahan di pangsapuri kawasan Selayang manakala 47 buah keluarga masih tinggal di kampung tersebut.
Dr Hasan juga melahirkan rasa sedih melihat penduduk Kampung Makmur yang masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun setiap kali menjelang pilihan raya dijanjikan oleh Umno/BN untuk mendapat geran pemilikan kekal.
Menurut maklmut yang diperolehi, katanya, setiap kali sebelum pilihan raya ada pihak daripada Pejabat Tanah daerah menemui penduduk Kampung Makmur supaya mengisi borang dengan dijanjikan mendapat geran kekal dan diminta bayaran sebanyak RM160.
Bagaimanapun beliau berkata, penduduk Kampung Makmur tetap tinggal dalam keadaan masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun sudah lebih 50 tahun Umno/BN mentadbir Selangor.
"Umno memang suka tanah yang diduduki penduduk bertaraf TOL sebab apabila menjelang pilihan raya Umno/BN boleh menjanjikan kepada penduduk untuk mendapat geran," katanya.
Menjelang pilihan raya, kata beliau, banyak janji yang ditaburkan oleh pimpinan Umno/BN sama ada daripada Pusat, negeri dan calon-calon untuk memberi pembangunan.
“Dalam janji-janji Umno/BN untuk memberi pembangunan inilah yang penduduk Kampung Makmur perolehi dengan keadaan surau yang bocor dan buruk serta suasana kampung yang tidak selesa,” ujarnya.
Menurut beliau, Selangor merupakan penyumbang cukai terbesar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain iaitu sebanyak 40 peratus kepada kerajaan Pusat kerana mempunyai pelabuhan dan tujuh pusat pengajian tinggi.
Katanya, Selangor merupakan negeri yang kaya jika ditadbir oleh pemimpin yang ikhlas, amanah maka tidak ada rakyatnya yang tinggal di tanah TOL atau setinggan.
Hasan juga mengingatkan seluruh penduduk Kampung Makmur supaya menjadi ahli PAS dan mendaftar sebagai pemilih kerana pilihan raya mungkin adakan diadakan dalam tempoh setahun.
Najib makan ubi kayu, adiknya antara terkaya di Malaysia. , at 22.2.10,

Pengisytiharan Nazir di antara orang terkaya di Malaysia dalam keadaan Najib jadi PM dan sedang mengunjungi perkampungan nelayan miskin serta sempat "meratah" ubi kayu simbol makanan golongan marhein.
Walaupun PM Najib berjanji untuk bagi RM7 juta buat jeti kepada nelayan Langkawi, duit itu bukan milik Najib tetapi duit rakyat. Tentunya jauh lebih kecil nilainya berbanding Nazir yang memiliki sekitar AS 100 juta.
Rakyat tidak melihat harta Nazir itu miliknya sahaja tetapi juga milik Najib. Bayangkan kalau Nazir ada sebanyak itu, tentunya abangnya miliki lebih dari itu.Begitu juga Mahathir. Dalam diam-diam punya anak Mokhzani antara 20 orang terkaya di Malaysia. Mokhzani punya harta sekitar RM1.075 bilion. Bertuahnya punya ayah mantan PM.
Rakyat juga tidak melihat itu harta Mokhzani. Tetapi juga milik Mahathir.
Barangkali sebab itulah Mahathir tidak begitu berminat "menyerang" Najib sepertimana beliau "ganas" menyerang Pak Lah dulu. Sebabnya sama-sama punyai citarasa dan nafsu yang sama.
Bukankah zaman mereka berdua jadi PM, Anwar "dilanyak" sehebat-hebatnya?
Teruk manapun Pak Lah, beliau lepaskan Anwar dari penjara.
Dan kita sama-sama lihat zaman Mahathir dan Najiblah, kaum kerabat mereka "bertungkus lumus " kumpul harta negara.
Adegan makan ubi kayu, duduk bersila, peluk warga tua, melawat perkampungan miskin adalah adegan retorik pemimpin kini. Sehingga bilakah mereka ingin terus beretorik dan berlakon di hadapan rakyat?
Ganesan Tetap "Speaker Haram" - Datuk Seri Nizar , at 22.2.10,
PR tetap menolak Datuk Ganesan sebagai Speaker sebaliknya hanya mengiktiraf,V Sivakumar sebagai speaker yang sah Dewan Undangan Negeri Perak yang dilantik mengikut lunas-lunas perundangan.
Bekas MB Perak Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin berkata,Ganesan tetap dianggap sebagai speaker haram bukan speaker DUN sebagaimana yang diperkatakan oleh ADUN Barisan Nasional,Datuk Hamidah Osman.
Tidak ada sebab beliau dan ADUN PR perlu menerima Ganesan sebagai speaker sedangkan perlantikannya tidak mengikut saluran perundangan yang betul.
"Usul ketika melantik Ganesan sebagai speaker dikemukakan oleh datuk Zambry Kadir dan disokong oleh Hamidah adalah tidak sah disebabkan pada ketika itu Zambry sudah digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh V Sivakumar."jelas Datuk Seri Nizar.
Walaupun mahkamah perseketuan telah mengisytiharkan Zambry sebagai MB Mahkamah, ia tidak bermakna PR juga mesti menerima Ganesan sebagai speaker.Dua situasi yang berbeza dan pihak kami akur akan keputusan mahkamah bagaimana pun tetap tidak akan menerima Ganesan sebagai speaker.
Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya , at 22.2.10,

Semalam punyalah bising bunyi mercun di kawasan taman rumah aku.Aku rasa kat tempat lain pun sama juga.
Tergugat juga konsentrasi aku melayari fesbuk.Makin lewat malam makin berdentum pulak.Kucing serta hanturaya pun takleh nak tido dengan aman.Hampas kunyit betul la.
Kata mercun dan bunga api yang bunyi kuat ni haram.Mana pi pulak pihak bertanggungjwab menjaga keamanan? Kalau bikin ceramah kata bising mengganggu orang-ramai.Bila mai tang mercun takdak pulak pihak berwajib pi tangkap orang yang dok main tu.Bila ada yang putus kepala baru nak kaji,ya kita akan kaji kata pak menteri.Apa nak heran?


Buatlah macamana undang-undang pun kalau penguatkuasaan tak betul dan penuh dengan rasuah tak guna juga.Mudahnya mercun ni dibawa masuk ke Malaysia semudah membawa keluar 2 enjit F5e ke Uruguay.
Macamana mercun boleh dibeli oleh orang-ramai dengan selambanya? Sedangkan banyak kali juga keluar berita rampasan mercun tapi masih banyak lagi mercun di pasaran. Adakah mercun yang dirampas ini akan dikitar semula untuk dijual? Saja buat-buat tanya.
Mini Karnival Kedah Sejahtera Disambut Meriah , at 22.2.10,
YAN, 21 Februari 2010 – Pejabat Daerah Yan dengan kerjasama Majlis Daerah Yan dan Majlis Ketua Kampng dan Komuniti Daerah Yan telah menganjurkan Mini Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan 2010 bertempat di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sala Besar, Sungai Limau, Kedah. Majlis yang bermula hari ini sehingga esok, 22 Februari 2010 itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.
Program yang berlangsung selama 2 hari itu adalah bermatlamat mendekatkan rakyat dengan pemimpin kerajaan disamping memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat setempat tentang apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan negeri demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Menurut Pegawai Daerah Yan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dalam sesi ucapannya berkata, program sebegini akan dilaksanakan setiap tahun dalam mendekatkan pemimpin dengan masyarakat. Tambah beliau, Yan yang merupakan daerah yang terkecil di Negeri Kedah mempunyai tarikan pelancongan yang menarik seperti Gunung Jerai dan Taman Rekreasi Titi Hayun. “Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Majlis Daerah Yan akan memajukan Pusat Rekreasi Titi Hayun yang mana projek pembangunan Resort Titi Hayun itu melibatkan tanah seluas 18 ekar dan menelan belanja sebanyak RM 30 juta yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan.” katanya.
YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bercakap ketika merasmikan program Mini Karnival Kedah Sejahtera berekata, Resort Titi Hayun ini merupakan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Daerah Yan dan Titi Hayun serta bakal menyediakan destinasi kursus dengan harga yang berpatutan kepada pegawai dan agensi kerajaan untuk menganjurkan seminar serta kursus di Resort Titi Hayun pada masa akan datang.
Majlis Perasmian Mini Karnival Kedah Sejahtera ini turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negei Kedah, YB Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Parlimen Kawasan jerai, YB Ustaz Mohd. Firdaus Jaafar. Pada majlis perasmian yang berlangsung jam 11.00 pagi itu, YAB Dato’ Seri turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta pertandingan gubahan dan larian rakyat. Selain itu, pelbagai acara menarik juga turut diadakan bersempena dengan Mini Karnival Kedah Sejahtera ini antaranya Persembahan Kesenian Islam, Pertandingan Layang-layang serta Forum Perdana Ehwal Islam. Pelbagai agensi kerajaan juga turut serta membuka gerai pameran dan jualan khusus untuk menyampaikan maklumat kepada msyarakat di Daerah Yan.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.
Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my
Memang Kamu Pengkhianat Rakyat Kelantan , at 22.2.10,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.
"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.
Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.
"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.
Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.
"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.
Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.
Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.
Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.
Mengulas mengenai surat layang yang memburuk-burukkan veteran Umno dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, Mustapa berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.
Terdahulu pada majlis itu Mustapa menyerahkan cek bernilai RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mat Zin bagi tujuan membayar elaun imam dan kakitangan masjid di negeri itu. - BERNAMA
Memang anda pengkhianat kepada rakyat Kelantan. Nak kata apa lagi.
Jangan lupa pengakuan anda di DUN Kelantan satu ketika dulu bahawa sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, anda mengaku telah menyekat pembangunan ke Kelantan.
Kini royalti Kelantan dirompak oleh UMNO/BN Kelantan di bawah JPP, sedangkan Perjanjian yang sah adalah diantara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bukan Petronas dengan UMNO/BN Kelantan, bukan Petronas dengan JPP jauh sekali Petronas dengan Mustapha Mohamad.
Kerajaan Kelantan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Mustapha Mohamad dan kerajaan Malaysia ke muka pengadilan, hatta sampai ke peringkat antarabangsa sekalipun.