Ikuti Blog ini

Speaker DUN Kelantan "Terkejut", Rancang Beli 3 Enjin Jet F5-E

Dato' Nassuruddin Hj Daud yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan memberitahu para hadirin bahawa beliau mahu membeli 3 buah enjin jet pesawat F5-E termasuk `afterburner'yang berharga RM303,570 setiap satu.

2 dari enjin jet tersebut akan disedekahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sebelum ini baru kehilangan 2 buah enjin jet jenis F5-E, Manakala satu lagi enjin jet tersebut akan digunakan sebagai kegunaan peribadi.

Beliau juga ada menyatakan yang beliau akan memuatkan enjin jet tersebut kedalam kenderaan kegunaan peribadinya untuk menghadiri mana-mana ceramah yang menjemputnya tidak kira di dalam Malaysia atau luar daripada Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa akan menghantar atau mengambil mana-mana penceramah PAS yang ingin berceramah di Kelantan jika beliau berjaya membeli enjin jet F5-E. Beliau yang dikatakan akan meminta rakyat kelantan supaya menyumbangkan sedikit sebanyak wang dalam membantunya memiliki 3 buah enjin jet tersebut, ada juga yang mengatakan yang beliau akan meletakkan salah satu enjin jet tersebut pada motornya.

Namun betul atau tidak tidaklah dapat dipastikan. Beliau berkata demikian pada ceramahnya bersama Yb Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) di Kg Paya Senang gelanggang takraw belakang SIC Kota Bharu pada pada malam semalam.

Beliau nyata terkejut dengan harga enjin jet yang dikatakan bernilai hanya RM303,570 sahaja. Belia mencabar kerajaan supaya memberitahunya dimanakah boleh didapati enjin jet yang semurah itu yang dijual dan dia sendiri akan merayu kepada rakyat Kelantan supaya menyumbangkan wang untuk membeli enjin jet yang baru bagi menggantikan enjin jet yang hilang tersebut.

Tambahnya lagi, beliau yang terkejut kerana enjin jet yang kononnya merupakan sebuah pesawat keselamatan negara lebih murah berbanding dengan harga sebuah kereta Porche. Beliau juga terkejut dengan kehilangan enjin jet tersebut memandangkan enjin jet tersebut merupakan dibawah kawalan anggota tentera sendiri.

Beliau juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keselamatan negara ini yang sebelum ini pernah digemparkan dengan penggunaan C4 yang menunjukkan akta kawalan senjata tentera sangat longgar. Beliau juga terkejut kerana kesemua yang berlaku ini ketika dibawah kementerian Pertahanan yang sama iaitu Dato' Seri Najib yang sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Isu kapal selam juga sangat mengejutkan rakyat kerana Malaysia memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam yang merupakan salah satu keajaiban di dalam dunia. Ucapan syabas kepada Najib kerana telah mengharumkan nama Malaysia kerana memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam. P'rakyat

Hulu Selangor saksikan Najib-Muhyiddin makin retak?

HULU SELANGOR, 12 April: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hubungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh sesetengah pemerhati politik kerana berjaya membiarkan Datuk Seri Najib Razak keseorangan berkempen di Hulu Selangor minggu lalu.

Najib selaku Perdana Menteri datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.

Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan ini pada 25 April ini.

Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menafikan berkali-kali ada masalah dengan timbalannya, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.

Begitu juga Dr Mahathir dengan Tun Musa Hitam, sebelum beliau digantikan Tun Ghaffar Baba di kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Di Terengganu, konfrantasi antara Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said pada awal dinafikan, akhirnya tembelang pecah juga.

Situasi serupa melingkari Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Datuk Dr Mohd Isa Sabu di Perlis.

Dalam dunia politik banyak kali sejarah dicatat, penafian akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan episod Muhyiddin sekarang.

Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Datuk Seri Najib Razak.

Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.

Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.

Mungkin Timbalan Presiden Umno cuba bagi membuat pengakuan jujur di hadapan tiga Naib Presiden Umno di Kelantan, mengambil berkat Serambi Mekah.

Timbalan Perdana Menteri seperti mahu melafazkan pengakuan bersaksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Dr Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.

“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Dr Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.

”Najib banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.

Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.

Kehadiran Datuk Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.

Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.

“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.

Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini.-Hrkh.

Pas buat laporan polis isu APCO


PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohammad Husain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh petang semalam mendesak siasatan dilakukan terhadap Syarikat APCO Worldwide dan pembabitannya dengan Kerajaan Malaysia.

Mohammad yang diiringi 30 penyokong Pas berkata, bantahan dibuat kerana beliau bimbang hubungan secara kontrak dengan syarikat Israel itu boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, beliau sedih apabila hubungan dengan syarikat terbabit dilakukan dalam keadaan umat Islam ditindas rejim ganas itu.

“Saya memohon siasatan terperinci terhadap APCO dan mereka yang berada di belakang syarikat itu kerana melalui hubungan tersebut, maklumat keselamatan negara diperolehi dengan mudah kerajaan haram Israel.

“Kita mahu mengetahui tujuan sebenar kemasukan syarikat itu ke negara kita, demikian juga dengan pembabitan rakyat Malaysia dalam perhubungan tersebut,” katanya.

Mohammad berkata, salinan perjanjian yang dimeterai pada 4 Ogos 2009 dilampirkan ketika membuat laporan polis semalam.

Katanya, kerajaan Malaysia tidak wajar berurusan dengan syarikat yang mana lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar Israel sedangkan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kerajaan katanya, seperti melanggar keputusan sendiri kerana Parlimen negara pernah mengadakan Sidang Khas bagi mengutuk pengepungan besar Israel ke atas Gaza serta menyekat kemasukan makanan dan ubatan.

“Syarikat APCO mempunyai rekod perjanjian dengan negara haram Israel, kita tidak perlu menjalinkan hubungan dengan syarikat itu,” katanya yang turut melampirkan salinan perjanjian yang membuktikan hubungan kerajaan Israel dengan APCO sebagai rujukan.

Beliau yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat berdaftar di Level 21-Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur terlibat dalam perjanjian perkhidmatan iaitu ‘to provide public relatons, daily managememts and goverments relations outreach for Goverment In United States...’.

“Kita bimbang hasil perjanjian itu akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses negara luar,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis, di sini semalam.

Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 02"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.

Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.-M'kini

Kerjasama UMNO & YAHUDI


Dalam ceramah AMENO selalunya Ezam (Sesumpah) dan musuhnya dalam keadilan, Lokman Nor Adam (Tukang Batu dan Tukang Simen, Plasticman and Superman) asyik jaja cerita DSAI ngan George Soros jerk.. sampai org dah naik meluat..

Nahhh ambikk.. Mahathir yg secara terbuka kutuk Yahudi dalam diam berjumpa dengan Yahudi..
tak hairan lah Bapa Sekular nie jumpa dan bincang apa pun kita tak tau wallahualam..

Bukan Setakat Mahathir.. AMENO sendiri pun dah menjalinkan hubungan dan kerjasama ngan Israel contoh Zahid Hamidi buat pertemuan tertutup dengan Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel ?

Sebabnya kecoh Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senajata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan...

Adakah untuk menutup kesalahan yang Malaysia dah lakukan maka Najib PM menghantar Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan untuk satu misi urusniaga antara Malaysia dan Israel? apa yang Amerika dah syaratkan untuk memaafkan kesalahan Malaysia yang menjadi orang tengah kepada Korea dan Myanmar..?

Apa yang Najib PM dah persetujui dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? sampai bazirkan wang rakyat Malaysia sebanyak RM20 Juta untuk melobi ?

Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.


Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.

Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.

Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.

APCO Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM.

APCO dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..

Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..

Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.

Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.

Hasil kerjasama yang terlalu lama dengan pihak Yahudi Zionis nie maka saya beranggapan pemimipin UMNO sejak dari era Mahathir Mohammad telah membawa pemikiran Sekular Yahudi kepada kaum Melayu di Malaysia..


Apa persamaan UMNO dan Yahudi? UMNO memperjuangkan "Ketuanan Melayu" atau bertuhankan Melayu? dah sama dengan Yahudi yang agamanya bertuhankan bangsa !! Yahudi kata mereka lah kaum yang terhebat!! pernah tertindas dengan bangsa lain.. secara kebetulan sama juga yang terjadi kepada kaum UMNO yang mengatakan mereka kaum yang tertindas sehingga tercetusnya (Peristiwa 13 Mei) penumpahan darah yang dimulakan oleh orang UMNO sendiri yang menggangap mereka sebagai tuan @ tuhan kepada negara mereka sendiri.

Dalam Islam & Al-Quran ada ke Allah menyuruh umat islam menindas dan membenci kaum lain??
kepada orang UMNO yang tidak tahu apa-apa marilah bertaubat dan pulang kepangkal jalan.. sementara pintu taub.at masih terbuka
wallahualam..

P/S : Ini hanyalah arrtikel pandangan peribadi saya semata-mata berdasarkan pemerhatian dan sumber dari bacaan.

sumber

Kerajaan Malaysia "ugut" Dr Pornthip

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.



Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya. - m'kini

PRK Hulu Selangor: Kerjasama erat PAS, PKR dan DAP Selangor mampu tumbangkan BN

KOTA BHARU : Kerjasama erat ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP Selangor mampu menumbangkan Barisan Nasional dan memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal milik Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan penampilan calon berwibawa dari PKR yang akan diumumkan 13 April ini.

“Bagi kami (PAS) di Selangor, tidak ada masalah bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana keadilan itu untuk semua, dan ini adalah antara tuntutan perjuangan dalam Islam," katanya.

“Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah ‘tahalul siaasi’ (kerjasama politik), bekerjasama dalam satu Pakatan bagi menggantikan BN (memerintah negara ini), insya Allah,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-43 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pagi tadi.

PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April ini.

Mengulas Pilihanraya Kecil Sibu, beliau pula berkata ianya menjadi titik tolak bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.

“Sibu ini akan menjadi sebagai titik permulaan gerak kerja hendak menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis sama Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Bunut Payung Datuk Takiyuddin Hassan dan Adun Tanjong Mas Rohani Ibrahim.

Parlimen Sibu menjadi kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew baru-baru ini, dipercayai mengidap penyakit barah.

Pilihan raya kecil itu nanti, jika diisytiharkan, adalah yang kedua diadakan di Sarawak selepas pilihan raya kecil Dun Batang Ai.

Pada pilihan raya lalu, Datuk Robert (SUPP) yang mewakili Parlimen Sibu sejak 1990 mengalahkan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang dengan mejoriti 3,235.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 Datuk Lau memperolehi 19,138 undi, sementara Wong memperolehi 15,903 dan Lim mendapat 812 undi.-Hrkh

Enam Jenis Wanita Yang Buruk...jadi sape ada ciri-ciri nie..!!!


SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.
- RAKYAT MARHAEN

Presiden PAS akan berkampung di Hulu Selangor


KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun berkampung di Hulu Selangor beberapa hari bagi membantu kempen calon Paktan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Beliau dijangka mula berkampung di sana 19 April ini selama beberapa hari sebelum hari pengundian 25 April nanti.

Sebelum itu beliau juga akan hadir dan menyampaikan ucapan pada hari pengumuman calon Pakatan Rakyat 13 April ini yang akan diadakan di Pusat Komuniti Serendah.

Manakala jadual ceramahnya dalam tempoh kempen pula akan bermula 19 April jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Kalumpang.

Akan turut serta pada ceramah itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pada 20 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi dijangka berceramah di kampung Soeharto bersama Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim.

Selain mereka, akan turut serata berceramah pada malam itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada 21 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor.

Beliau akan bersama Anwar dan juga Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng.

Program ceramah pimpinan utama dari ketiga-tiga kompenen parti akan terus diadakan setiap malam sehingga hari Sabtu, 24 April iaitu malam sebelum pengundian.

Bagaimanapun jadual mereka masih tertakluk kepada perubahan.

Mereka dijangka akan menyentuh pelbagai isu politik tanah air termasuk yang terbaru berhubung penglibatan firma perunding Apco Worlwide yang ada kaitan dengan Israel dalam menjayakan misi 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak.

Harakahdaily

Bakar Geran Tanah Sebab Marah JKR

Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda bantahan.
Dengan bantuan sebuah NGO pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".

Menurut timbalan pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (GEMPAK) Rahimuddin Md Harun, penduduk dan NGO terbabit hari ini mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan pemantauan JKR terhadap projek tersebut.

Sejak dimulakan pada 2004, tambahnya, projek pembesaran jalan Pasir Panjang-Port Dickson itu tidak dijalankan dengan baik sehingga menyebabkan rumah-rumah di sekitarnya terdedah kepada risiko dirempuh kereta dan banjir.

Katanya, jalan yang ditambak beberapa kaki itu, dengan saliran yang tidak sempurna menyebabkan air dan selut melimpah masuk ke rumah penduduk setiap kali hujan.

Jalan baru tersebut juga tidak mempunyai penghadang bagi mengelakkan kereta yang terbabas merempuh rumah mereka, tambahnya.

Sebanyak 72 keluarga - kira-kira 300 penduduk - terlibat dalam projek pembesaran jalan sejauh kira 5 kilometer itu.

Rahimuddin berkata, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk JKR, wakil rakyat, kerajaan negeri, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau hendak kumpul semua aduan, sudah satu rim kertas. Janganlah pandai menabur janji dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor sahaja, tetapi dengarlah juga rintihan penduduk di sini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas bantahan tersebut.
Rahimuddin juga berkata, penduduk Pasir Panjang tidak membantah pembangunan "tetapi janganlah kerana pembangunan, keselesaan dan hak penduduk diabaikan".

Menurut Rahimuddin, projek tersebut diusahakan oleh Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

Kira-kira 70 penduduk setempat hadir menyatakan bantahan itu kira-kira jam 11 pagi tadi.-GB-

PRK Hulu Selangor:Pemuda PAS ikrar menangkan calon PR

KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS (DPP) telah mengatur beberapa strategi bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat yang kan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pemuda PAS bertekad meneruskan siri kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK seprti seperti sebelum ini.

"DPP telah membuat komitmen yang tinggi bagi membantu calon Pakatan Rakyat bagi memenangi pilihanraya kecil di P.094.

"Jabatan pilihanraya pemuda telah mengatur beberapa strategi untuk mengulang kembali kejayaan Pakatan rakayat dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan dewan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mengulas isu keselamtan pula beliu melahirkan rasa bimbang dengan pengumuman pihak polis yang akan menempatkan hanya 1000 anggota di Hulu Selangor.

Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah itu masih kecil dan mahu peristiwa kekecohan pada PRK Bangan Pinang sebelum ini tidak berulang.

"Ini memungkinkan strategi (Umno) yang sama di Bagan Pinang akan berulang di Hulu Selangor"

"Kita tidak mahu terlalu ramai anggota polis sehingga wujud suatu suasana bandar polis tapi kita juga tidak mahu kawalan terlalu longgar sehingga mudah mencetuskan kekecohan.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan para petugas dan jentera Pakatan Rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi dan memfokuskan kerja untuk memenangkan calon Pakatan.-Hrkh

Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24823_404243172188_345034017188_5068754_3752258_n.jpg

Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menteri pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.


"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kira-kira 1,000 yang hadir dalam program berkenaan merupakan golongan warga emas.

"Pintu tandas dewan pun dikunci, kasihanlah sebab yang datang ini ramai orang-orang tua," katanya.

'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu'

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut membidas pemimpin pembangkang, dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran.

Beliau menyebut gelagat pemimpin popular DAP itu di Dewan Rakyat yang didakwa cuba untuk mempertikaikan kedudukan institusi beraja di negara ini.

"Titah (Yang di-Pertuan) Agong pun Lim Kit Siang hendak ubah... Sudahlah tidak sokong, keluar pula dari dewan.

"Ini saya tengok dengan mata kepala saya sendiri," katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut merayu supaya sokongan terhadap BN diteruskan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang pada 25 April ini.

Risda hari ini menganjurkan majlis tersebut bagi mengagihkan bayaran dividen kepada 253 orang peneroka getah dan kelapa sawit melibatkan kawasan seluas 70 hektar.

Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas..ha.ha...sape bikin cam tue masa hang pa perintah...!!! sila buat permohonan rasmi..bukan pakai redah aje....!!!!

Posted by RAKYAT MARHAEN

Demi Perpaduan Kami Mahu Mike Tyson?

http://www.themalaysianinsider.com/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/827746mattaib.jpg
yahoooo....banner dah naik macam kulat lepas hujan.ini yang kita mahu. kahkah

Hadiah Dari BN : Tarif Elektrik Dijangka Naik Pertengahan Tahun 2010

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menolak kemungkinan tarif elektrik dinaikkan pertengahan tahun ini.

Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa kenaikan tarif elektrik bakal dilaksanakan Jun ini.

"Ia bukan dilakukan dalam masa terdekat, tetapi tahun ini ada kemungkinan tarif elektrik naik," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Dalam mesyuarat kabinet Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk tidak meluluskan usul kenaikan tarif ekoran bantahan pelbagai pihak.

Namun menurut Peter pihaknya masih dalam perancangan untuk membuat semakan semula tarif tarif elektrik itu.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat semakan tarif tersebut namun masih belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," kata beliau.

Tambahnya lagi,proses semakan tarif perlu kerana mengambil kira faktor-faktor seperti kenaikan permintaan pengguna yang kian meningkat.

"Semakan tarif ini perlu ambil kira faktor seperti permintaan pengguna, kos dan lain-lain," jelas beliau.

Penjelasan beliau mengukuhkan lagi tiada kenaikan dalam masa terdekat, ekoran terdapat rungutan dilontar orang ramai atas kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan dalam laman portal berita Harakahdaily.net.

Free Malaysia Today turut mendapatkan penjelasan sumber dalaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung hal berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan jika terdapat kenaikan dalam bil elektrik ia mungkin berlaku disebabkan cuaca panas yang melanda negara kini.

"Peningkatan penggunaan ini berlaku kerana melihatkan keadaan cuaca yang panas sekarang. Orang ramai menggunakan barang elektrik seperti penghawa dingin, kipas lebih

daripada penggunaan biasa. Itu yang menyebabkan kenaikan bil elektrik," kata sumber itu.

Malah menurutnya setakat ini tiada sebarang aduan diterima TNB membabitkan perkara berkenaan.

"Setakat ini kami belum menerima aduan mengenai hal ini. Jika ada pengguna menghadapi masalah boleh diajukan terus kepada TNB," katanya. -FMT-GB-

Hishamuddin Tun Hussein Tak Tahu Yahudi Masuk Bukit Aman. Betul Ke?

Hishamuddin Tun hussein dilaporkan berkata:

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.
Mengikut dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, Hishamuddin telah pun mendapat laporan penyiasatan terhadap kes ini semenjak 2008 lagi.

Saya membawa dokumen-dokumen tersebut, dengan ehsan Malaysiatoday dari artikel mereka bertajuk "Round 1 of 10: Hishammuddin's bullshit revealed"

Selamat membaca






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .