Ikuti Blog ini

Saat UMNO BN Berambus Dari Putrajaya Semakin Dekat

Cuci tangan' bertentangan federalisme

Kerajaan negeri Selangor menyesali tindakan kerajaan persekutuan cuba "mencuci tangan" dalam menangani jenayah curi pasir kerana ia bertentangan dengan konsep federalisme.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang terus memberikan kenyataan salah berkaitan perlombongan pasir dan kecurian mineral itu.

"Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.

Tambahnya, kritikan seperti itu boleh dilihat melalui tindakan ADUN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil yang mengecam beliau kerana meminta kerajaan persekutuan campur tangan dalam membantu Selangor membanteras pencurian pasir.

"Kita maklum sememangnya budaya politik Umno sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang."

Namun kenyataan ADUN Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini,"

"Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan kerajaan persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri," katanya lagi.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan tanggungjawab ke atas kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri.

"Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan kerajaan negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)."

Kerajaan negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar," katanya lagi.

Tambahnya, hasi daripada pasir tersebut yang meningkat sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini, digunakan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan termasuk Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun," katanya lagi. -MK

UMNO BN semakin hari semakin kalut untuk menyelamatkan kuasanya yang semakin pupus sehingga melupakan tanggungjawab federalismenya kepada negeri-negeri yang diperintah walaupun oleh Pakatan Rakyat.

Justeru itu, hukum alam akan berjalan, yang tidak menjalankan tanggungjawab, yang zalim, yang kejam akan segera tercampak ke lembah kehinaan dan kekalahan.

Walau ditahan macamana sekalipun hukum pasti berjalan. Masa untuk UMNO BN berambus dari Putrajaya semakin hampir. -GB

4 JUTA RAKYAT MALAYSIA KETAGIH ROKOK


KUALA LUMPUR: Kira-kira empat juta rakyat Malaysia, atau 21.5 peratus daripada jumlah penduduk dewasa ketagihan merokok dengan sekurang-kurangnya satu daripada dua lelaki dikenal pasti sebagai perokok, menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan.

Statistik tersebut menunjukkan 30 peratus kematian akibat kanser dan 90 peratus daripada penyakit paru-paru kronik di negara ini adalah disebabkan tabiat merokok.

Naib Presiden dan Pengurus Besar (Asia Selatan) GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), Akhil Chandra berkata, tabiat buruk itu menjadi punca utama banyak masalah kesihatan di negara ini.

"Selain membazirkan wang, merokok membahayakan kepada kedua-dua perokok dan sekunder," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaru GSK, Niquitin di pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin dan Profesor Madya Dr M. Haniki Nik Mohamed dari Initiative of Malaysian Health Professionals’ Alliance on Cessation of Tobacco (Impact).

Sehubungan itu, Akhil berkata Niquitin boleh membantu perokok menghentikan tabiat mereka itu.

Aziah yang juga merupakan Presiden Impact berkata, produk tersebut dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok.

Haniki pula berkata kajian menunjukkan perokok yang menggunakan Niquitin mengalami simptom enggan merokok yang minimum. -(mstaronline)

Harusani..Bertaubatlah


Wooi Harusani..udah-udah le berbohong..

PAS pertahan Harussani berbohong, cabar dedah identiti wakil

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.

"Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

"Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau," kata Mahfuz.

Mahfuz masih mendakwa Harussani digunakan oleh Umno untuk mencetuskan isu semasa ini, sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan komponen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan PAS kononnya berminat untuk berbincang dengan Umno.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat bahawa perkara itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan suasana tidak kondusif dalam hubungan komponen Pakatan Rakyat.

Dalam siri respons dan reaksi, Harussani semalam menafikan dakwaan Mahfuz dan seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya.

Salahuddin dan Mahfuz kelmarin menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.

Dalam kenyataan berasingan yang diemelkan, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi.

Kata beliau, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan pusat telah melantik firma APCO, yang merupakan proksi kepada gerakan Zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno-BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, PAS sekali kali tidak akan mengkhinati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

"PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno/Bn yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

"PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," kata Mahfuz.

Katanya, PAS juga mahu seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih pada Tan Sri Harussani yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

"Kenyataan beliau menambah keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Kuota 30% Bumiputera Telah Dihapuskan. UMNO Juga Bakal Hapus....

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus, Nor Mohd Yakcop

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.


Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau. -MR

Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO?

Ia adalah langkah terdesak Najib dan UMNO untuk meaih sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN.

Pun kita akan saksikan, bukan-Melayu tidak berkeinginan menyokong BN lagi.

Tanpa kuota 30%, yang bakal terhapus juga ialah UMNO - parti yang hidupnya selama ini bergantung kepada kuota itu. -GB

Wakil kementerian 'hilang', Abu Zahar berang

Kekosongan kerusi yang sepatutnya dipenuhi wakil dari kementerian di Dewan Negara hari ini mendapat perhatian Yang Dipertua, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mahu wakil kerajaan berada di dalam dewan itu ketika mesyuarat berlangsung.

"
Saya sudah suruh wakil dari kementerian untuk duduk di dalam dewan. Tapi ini apa? Saya mahu ini direkodkan. Dewan ini adalah dewan yang mulia. Tadi menteri cakap, sekurang-kurangnya timbalan menteri perlu ada dan pegawai-pegawainya perlu ada. Sekarang ini kita bercakap dengan siapa?

"Kita sedang membahaskan isu yang penting. Kalau menteri tidak hadir, timbalan Menteri diminta hadir. Saya hendak tentukan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Sebelum itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 meminta supaya kementerian berkaitan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun selepas menyedari bahagian tempat duduk yang diperuntukkan untuk pegawai dari kementerian kosong, Abu Zahar mencelah dan bertanya di mana wakil kementerian terbabit berada.

Jawapan Rizuan bahawa mereka mungkin berada di luar menyebabkan Abu Zahar menegaskan semua wakil kementerian harus berada di dalam dewan ketika persidangan berlangsung.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir turut bangun mencelah dan memaklumkan kepada persidangan bahawa beliau mendapati cuma seorang timbalan menteri sahaja yang berada di dalam dewan itu.

"Saya sokong Yang DiPertua dan saya hanya nampak seorang sahaja timbalan menteri yang ada," katanya.

Teguran Abu Zahar menyaksikan beberapa wakil kementerian memasuki dewan tersebut selang beberapa minit kemudian. - Bernama

DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar- YB Nga Kor Ming



'DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar' Demikian antara kata-kata yang menarik yang telah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming ketika berceramah di Markas Pas Pengkalan Pegoh sebentar tadi.

Kata- kata beliau amat memukau hadirin yang hadir. YB Nga menyampaikan ceramah dengan penuh semangat dan kata-katanya amat menarik. Beliau telah menceritakan isu-isu hangat di dewan parlimen dan isu- isu yang sedang hanagat diperkatakan ketika ini seperti barang naik, lesen judi dan isu perkauman pemimpin UMNO/BN.

Beliau menyampaikan ceramah bersama- sama Menteri besar pilihan rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan AJK Pas Pusat Sdr Mazlan Aliman.


Mana Bukti Saya boneka DAP- DS Nizar


ini adalah satu isu yang telah disampaikan oleh DS Nizar. Beliau mengatakan bahawa Pemimpin UMNO yang mengfitnah beliau sebagai boneka DAP tidak menjawab soalan beliau. Semua pemimpin UMNO terkedu dan tidak menjawab ketika ditanyakan soalan tersebut di parlimen.




Sdr Mazlan Aliman menekankan ceramah mengenai isu Felda


Bakal YB ganti Hamidah, Ustaz Radzi


Pemimpin Rakyat


Sdr Mazlan melayani penyokong Pas


mendengar masalah rakyat


beramah mesra sebelum pulang


DS Nizar pulang
Sumber

Melayu lebih mulia tanpa Umno

Puisi Pedas Dr Asri.


UTK serbu Sultan Kelantan - drama atau latihan ?

Drama di Malaysia


Drama di Iraq


Setia kepada kerajaan ketika bertugas - MB Kedah

ALOR SETAR, 20 Julai: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa penjawat awam supaya setia kepada Kerajaan Negeri yang diterajuinya sepanjang waktu bekerja.

Menurut beliau lagi Kerajaaan Negeri Kedah tidak pernah menghalang mana-mana penjawat awam di Kedah supaya menyokong PAS atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya mereka diberi kebebasan untuk memilih fahaman politik masing-masing, kata Azizan (gambar).

"Sepanjang waktu bekerja mereka hendaklah setia kepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PR, namun begitu selepas waktu bekerja mereka adalah bebas untuk memilih pegangan politik mereka.

"Sepanjang PAS menerajui Kedah tiada seorang pun di kalangan kakitangan Kerajaan Negeri yang dipecat oleh kerana ideologi politik yang berbeza. Walaupun tidak semua kakitangan yang menyokong kepimpinan saya, tetapi sebagai seorang kakitangan Kerajaan Negeri maka mereka perlu menghormati perlembagaan dan undang-undang negeri,"katanya selepas melancarkan kempen Perlembagaan peringkat negeri Kedah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Azizan juga menyelar segelintir agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan yang bertindak tidak selaras dengan Perlembagaan.

Mereka ini, kata beliau, seolah-olah mencabuli hak dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai contoh Jabatan Penerangan, televisyen milik kerajaan tidak memberi laporan yang adil terhadap Kerajaan Negeri.

"Mereka juga menggunakan media ini untuk berkempen bagi pihak parti BN. Adakah ini membuktikan bahawa mereka mengikut Perlembagaan dan dasar yang termaktub didalamnya,"tambahnya lagi.

Dalam perkembangan tersebut juga KUIN yang merupakan kolej universiti milik Kerajaan Negeri akan memperkenalkan subjek Perlembagaan Negara sebagai kursus wajib kepada para pelajarnya pada sesi pengajian yang akan datang.

Selaku Pengerusi KUIN, Azizan juga berkata, kursus ini adalah bertepatan pada masa dan ketikanya apabila sebahagian besar para pelajar yang tidak memahami peruntukan dalam Perlembagaan akan mendapat pendedahan dan kefahaman yang luas dalam bidang tersebut. -Hrkh

Ceramah YB Husam di Tapah,Perak. - TAJUK : "UMNO Meroyan"


YB Husam Musa telah menyampaikan ceramah malam tadi di Tapah,Beliau menyentuh kisah yang kini menjadi cukup sensasi,iaitu Pas kena bersatu dengan Umno untuk selamatkan melayu,Kini tercipta pula teori baru yang disarankan oleh TG Nik Aziz dan insyaAllah pasti akan berjaya menyatukan Pas dan Umno.

Teori tersebut ialah dengan membubarkan Umno dan sertai Pas teori ini pasti menjadi,kerana teori yang lama iaitu Pas sertai Umno telah gagal membawa perpaduan orang melayu,kini..hanya teori ini yang akan mampu menyatupadukan orang melayu amnya dan Islam khasnya.

Umno juga kata YB Husam seperti seorang "Tukang Kopi" yang gagal menghasilkan rasa kopi yang sedap dan disukai pelanggan,kerana membancuh kopi ini umpama menyatukan gula,susu,kopi dan air agar sukatannya betul,dan akan dirasai sedap oleh pelanggannya.Pas kini sudah menjadi "Tukang Kopi" yang menjadi kepercayaan rakyat kelantan dalam menyatukan Melayu,Cina,India dan Siam yang kini sudah 20 tahun lebih rakyat Kelantan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

Sesuatu yang menakutkan Umno apabila perjumpaan dikalangan pimpinan Umno selepas PRK Sibu telah menemukan satu hasil yang sangat pahit untuk ditelah oleh Umno,apabila kalau selama ini orang melayu di Sabah hanya 10% menyokong DAP,tetapi kini sudah mencecah 30% orang melayu berani menyokong DAP.Inilah yang menjadikan Umno semakin tidak keruan.

Akhirnya,beliau memberikan satu petua untuk kekal sihat dan bertenaga,tanpa ada darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung seperti yang beliau amalkan iaitu,"Jauhi dari membaca utusan dan berita harian serta jauhi dari menonton TV3 dan RTM,pasti anda sihat,"katanya,disambut gelak ketawa para hadirin.

ehsan : http://karatijau.blogspot.com/

Bekas duta US: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil. -M'kini

Petronas Digunakan Untuk Terus Membuncitkan Keluarga Najib

Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI

Kesian sungguh ahli UMNO totok di kampung-kampung. Pemimpin UMNO kebas berbilion ringgit, ahli UMNO yang lain masih menjulang pemimpin yang menipu mereka.

CIMB, yang dipengerusikan oleh adik Najib bernama Nazir Razak adalah diantara rakyat Malaysia yang terkaya di negara ini.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama pernah memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.

Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Nazir dilaporkan memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.

Manakala isterinya Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Kini, Petronas digunakan untuk terus membesarkan tembolok harta keluarga Najib. -GB

Saya rela di Penjara

Sarjan N.Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa bersubahat mencuri enjin pesawat pejuang milik TUDM, hari ini memilih kembali ke penjara Sungai Buloh selepas gagal mendapat perintah perlindungan daripada mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkannya apabila Tharmendran menyatakan pilihannya untuk masuk semula ke penjara.

Ayahnya, N. Nagarajah, memohon jaminan RM50,000 yang dikenakan terhadap Tharmendran pada 8 Julai lepas ditarik balik.


Dalam penghakimannya, Hayatul Akmal berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam memberikan arahan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan sebarang bentuk perlindungan.

"Mengikut Akta Melarikan Orang Dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dalam hujahan adalah merujuk kepada saksi sedangkan dalam kes ini, Tharmendran adalah seorang tertuduh dan bukannya saksi maka mahkamah berpendapat bahawa ia adalah tidak terpakai.

"Mahkamah sebaliknya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa tertuduh melalui peguamnya boleh memfailkan injunksi untuk mendapatkan perlindungan sementara daripada mahkamah," katanya. Tharmendran, 41, telah memohon untuk mendapatkan perlindungan sementara dengan mendakwa dirinya terasa terancam.

Peguamnya, N.Surendran, memberitahu mahkamah bahawa Tharmendran yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi mendakwa beberapa pegawai dari bahagian perisikan TUDM telah datang ke rumah ibu bapanya di Seremban untuk mengambilnya secara paksa.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berkata, TUDM bukan satu badan samseng sebaliknya sebuah badan kerajaan yang berlandaskan undang-undang.

Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa laporan polis oleh tertuduh hanyalah satu dakwaan semata-mata dan merupakan satu permulaan kepada penyiasatan yang akan dilakukan polis.

Pada 6 Jan lalu, Tharmendran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi, ahli perniagaan K.Rajendran Prasad, 38, didakwa menghapuskan kedua-dua enjin itu di Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Beliau juga mengaku tidak bersalah. - BERNAMA

PAS pelawa Umno sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 20 Julai: PAS mempelawa Umno menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin Umno seharusnya bersedia untuk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat bagi menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan kaum.

Baginya, Umno tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.

“Tidak ada guna lagi bagi Umno terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Padang Terap bersama Masjid Kota Damansara dan Tabung Kebajikan al-Masakin Padang Terap di pekarangan masjid itu, malam tadi. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Umno juga perlu membuang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.

“Jika benar dan ikhlas pemimpin Umno mahu membela Melayu dan Islam serta mewujudkan perpaduan kaum dan membela rakyat, maka adalah wajar mereka menyertai Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, agenda perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh BN selama ini tanpa mengira kaum, agama dan anutan politik.

Mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dan parti perkauman Melayu itu, beliau menegaskan bahawa kemungkinan ada ‘jerangkap samar’ di sebaliknya.

PAS, katanya, sentiasa berwaspada dengan apa jua tindakan Umno itu kononnya bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Tegasnya, sebarang perundingan atau perbincangan berhubung kerjasama dan penyatuan antara PAS dengan Umno tidak perlu dibangkitkan kerana PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat.

Semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, Umno dan PAS perlu bersaing untuk membantu rakyat.

“Jika PAS mengadakan majlis mengutip derma bagi membantu rakyat, Umno boleh buat supaya rakyat yang dapat,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh di Kelantan, bagaimana Umno berusaha untuk memerintah negeri itu dengan mengadakan berbagai projek pembangunan untuk rakyat.

“Lebih 20 tahun PAS perintah, Umno juga nak perintah, mereka beri projek kepada rakyat, rakyat yang dapat,” katanya.

Baginya, persaingan yang sihat itu perlu dilakukan oleh Umno untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka.

“Umno dan PAS perlu bersaing untuk menolong rakyat, tak payah bergabunglah,” ujarnya.

Beliau juga menyeru golongan berada supaya memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama bagi menghadapi bulan Ramadan dan menyambut hari raya nanti.

Menurutnya, sumbangan yang dihulurkan itu bukan sahaja dapat meringankan bebanan hidup mereka yang kurang berada sebaliknya mendapat keberkatan daripada Allah di samping rezeki sentiasa bertambah.

“Ada rakan saya yang beri sumbangan, hartanya tak susut, makin bertambah, bahkan ada yang tambah bini,” ujarnya berseloroh sambil disambut senyuman para hadirin. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .