Ikuti Blog ini

Koleksi Photo Solat Hajat & Ceramah Perdana.

Solat sunat selepas selesai mengimamkan solat
insya dan juga solat hajat.
Laporan mengenai ceramah perdana dan solat hajat semalam di Stadium Malawati Shah Alam boleh di baca dengan klik di sini.

Ada juga yang datang jauh seorang diri dari Perak semata-mata untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan PR di Selangor yang sedang digeletek oleh Umno.

Tak payah lah diulas tentang program semalam sebab ramai yang telah menghadirinya, elok kita lihat koleksi gambar yang sempat saya rakamkan semalam: -wartasubhi

Berbisik sesuatu kepada penasihatnya

Kedatangan Tuan Guru menghentikan semua aktiviti, semua mata bertumpu
mengiringinya dari pintu masuk sehinggalah ke pentas. Gambar menunjukkan
Tuan guru di bantu naik ke atas pentas dari kerusi rodanya. Tetap hadir
walaupun kurang sihat.

Hadirin masih tak henti menuju ke stadium walau
acara sudah bermula.

Masa itu emas

Rezki para peniaga

Suasana jalan masuk ke stadium tertutup di mana
acara sedang berjalan

Minyak Dhab juga ada dijual di luar stadium

Pakcik berkepiah UMNO ini khusyuk mendengar ucapan pimpinan

Pemandangan dari pintu masuk

Pengerusi majlis, Ustaz Idris

Khidmat diagnostik penyakit dalam dewan

Presiden PAS

Ya...ya...ya...

Kalau di Perancis, wanita ini sudah lama di tangkap


Seperti biasa, pidato Anwar tak pernah jemu untuk
didengar dengan gayanya yang menjadi ikutan ramai
pimpinan pelapis PKR

Kira wang sumbangan

Ramai yang ambil gambar dari sudut ini.

Penjual air delima di pintu masuk stadium

Jual kalender tahun baru

Tuan Guru menjadi penceramah terakhir. Dia tetap bersemanyat
walupun uzur. Allahu Akbar !!!

Di soal wartawan dalam sidang media

Laporan media sekarang amat cepat dapat disiarkan dengan kepantasan
teknologi maklumat

Hassan Ali, low profile sahaja semalam

Mahfuz mengadu tak sihat pada orang no-2 Majlis Syura

Sidang media bersama

Puppet master bagi ramai pimpinan Pas pusat

Memang dia gagap sikit, tapi kuat semangat!

Pemimpin sepi...
Syabas YB Khaled yang banyak berusaha menjayakan
program.

Umno Kini "Hidup Pun Susah,Mati Pun Susah Ooo.." - Mat Sabu

( Ceramah Mat Sabu Sentiasa Mendapat Sambutan )

Ceramah Mat Sabu Malam tadi bertempat di Markas Pas Chemor telah mengundang gelak ketawa para hadirin dengan cadangan kerajaan membeli tapak pekuburan berharga RM70 juta ,Ini menggambarkan seolah-olah macam cerita P.Ramly dalam cerita Madu Tiga,kata-kata apek "Hidup pun susah,Mati pun susah"begini jugalah yang akan terjadi kepada Umno'Hidup pun susah mati pun susah,semuanya nak kena pakai duit".kata Abg Mat.

Diceritakan juga bagaimana Abg Mat mengunjung sebuah kedai untuk mendapatkan minyak masak,lalu seorang cina tua bertanya kepada abg Mat "Apa pasal lu talak cakap pasal ini minyak itu dalam parlimen YB,saya tak pernah nampak lu punya muka oo?? ." tanya apek tersebut,abag Mat lalu tergelak kerana apek tersebut tak perasan bahawa dia bukan lagi menjadi ahli Parlimen,tetapi harapan mereka cukup tinggi terhadap pimpinan pembangkang.

(Ribuan Hadirin Yang Hadir Untuk Mendengar Ceramah )

Berkenaan MP DAP yang menjadi kontrovesi kerana memsuki masjid menyampaikan bantuan seperti apa yang dimomokkan oleh Umno beberapa bulan yang lalu,Abg Mat meminta kerajaan atau MAIS agar membuat ketetapan siapakah yang boleh memasuki rumah ibadat orang islam."Sekarang nak mengadu pada MAIS pun susah sebab mereka ini lebih Umno dari Umno,Sudahnya lebih baik kita mengadu pada Ahmad JAIS boleh juga tenangkan hati menyanyi lagunya."kata abg Mat di sambut gelak ketawa para hadirin.

"Jangan apabila YB DAP masuk masjid tak boleh..!! Tetapi kalau YB BN dari MIC macam YB Kamal MP Hulu Selangor boleh pulak,macam mana ni??"tanya beliau pelik.Senang macam kata Nik Aziz "Mu (orang bukan islam) boleh masuk dalam masjid,mu nak tido ko,mu nak make (makan) ko,boleh sokmo,Umno payah..puak-puak ni tak pahe (faham) agama." kata TGNA.


( Otai Pas Yang Tidak Pernah Ketinggalan )

Yang terakhir Abg Mat mengingatkan paha hadirin akan kata-kata keramat Ustaz Fadzil Noor,Mantan Presiden Pas bahawa kepercayaan "Khurafat hanya Umno yang boleh memerintah."sudah terhakis di fikiran rakyat negara ini,dan perkembangan ini jugalah yang menyebabkan Umno semakin takut dan hilang punca.

Contohnya,Permohonan maaf kontraktor Melayu kepada LGE adalah satu gambaran bahawa Umno bukan lagi jaminan yang dapat membantu orang-orang melayu di negara ini,metos itu sudah berakhir.Hampir 65 % kontrak PDA dan 100% kontrak JKR di PP di berikan kepada kontrator Melayu,ini yang menyebabkan Umno semaikin menggila saban hari.

Beliau juga menyeru agar setiap pejuang kebenaran terutamanya dari PAS agar sentiasa bersiap sedia dengan jentera pilihanraya yang mantap dan jitu untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa tahun ini.

Najib Resah Bakal "Tercampak" Dengan Pelan 100 Hari PR

Najib bidas Program 100 Hari Pakatan

PUTRAJAYA, 10 Jan — Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

“Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,” kata Najib pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Ini kali ketiga Najib menyentuh soal inisiatif Pakatan Rakyat.

Najib juga membidas program itu dalam perutusan tahun baru 2011 baru-baru ini.

Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama “jangan kerana menang sorak, kampung tergadai”, Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

“Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

“Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

“Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan,” katanya.

Sehubungan itu, Presiden Umno ini berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.

Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

“Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat,” katanya.

Kali ketiga Pelan 100 Hari dibidas Najib. KPI, NKRA & Pelan Transformasinya tercabar. Dia nampak rakayt akan lebih menyokong Pelan 100 Hari PR berbanding pelan-pelan utopia bikinannya.

Yang dipersoalkan Najib ialah di mana dana hendak diperolehi untuk perlaksanaan Pelan 100 Hari itu?

Dana negara lebih dari mencukupi, tetapi kerajaan BN selama ini yang menyebabkan berlakunya ketirisan di dalam bentuk pembaziran, rasuah dan sebagainya.

usah perdulikan bantaahan Najib, ayuh rakyat, bersama PR untuk masa depan yang lebih baik dan berjaya. BN hanya berslogan "Rakyat Didahulukan" tetapi PR yang akan benar-benar akan melaksanakannya nanti. -GB

Ucapan DSAI di Stadium Melawati Malam Tadi




PAS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat

Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

NONEJaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

NONE“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Pengkhianatan Umno

NONETurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.

NONEKatanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

Tiada tafsiran lain

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Hadi pula pada sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

“Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis,” kata ahli parlimen Marang itu.

Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah,” katanya. -M'kini

Lebih 30 Ribu Banjiri Stadium Melawati






Shah Alam : Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.



Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.



Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini,
Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -Hrkh

lagi gambar di sini

Taktik dan Strategi Berpolitik

Salam For All:

Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, manusia semakin maju. Bahkan, maklumat kini hanya dihujung jadi sahaja. Dan jika masih ada manusia yang tidak ‘reti’ (tahu) akan ketinggalanlah.

Hari ini, orang berpolitik dengan pelbagai cara dan kaedah. Baik dari kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam. Matlamatnya, adalah ‘KEMENANGAN’.

Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang baru ‘dibebaskan’ oleh penjajah orang putih (Inggeris) amat tidak berpengetahuan bahawa dalam Islam adanya politik maknanya, Islam (agama) dengan politik (pemerintahan) tidak boleh dipisahkan.

Sebab itu, timbulnya ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut pimpinan Umno bahawa ‘agama’ (Islam) tidak boleh bercampur dengan politik. Maknanya, “POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”.

Sekitar tahun 80-an, muncullah seorang anak muda dari Rusila, Marang. Beliau juga merupakan anak ‘tok guru’ dari keturunan alim-ulama’. Bapanya, allahyarham Tuan Guru Haji Awang.

Kemunculan, anak muda bernama Abdul Hadi atau kini lebih dikenali Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berjaya mengubah ‘langskap’ pemahaman politik Islam orang Melayu bukan sahaja di Rusila, Marang tetapi di Terengganu dan Malaysia amnya.

Secara ringkasnya, apabila masa kini PAS mula boleh diterima oleh semua pihak, oleh semua kaum, oleh semua bangsa, oleh semua agama dan keturunan. Maka, sambutan rakyat terhadap PAS juga berbeza antara dahulu dengan sekarang.

Maka, dalam kesibukan Ustaz Abdul Hadi yang juga Presiden PAS masih sempat dia menulis dan membukukan ilmu-ilmunya. Ini termasuklah, buku tentang “Taktik dan Strategi Berpolitik”.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam buku terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang, di Masjid Rusila, Marang, tahun lalu boleh dibanggakan.

“Dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, saya tunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisan saya bertajuk, Fikah Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.

“Mereka (sahabat Nabi) adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah SAW,” ujarnya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Khulafa Ar-Rashidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah SWT.

Inilah, katanya rahsia kejayaan Islam meski pun penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam serta melaksanakan secara tidak sempurna.

“Sebenarnya, bukan sahaja krisis ekonomi yang dihebohkan, malah krisis dalam segala aspek roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara besar yang menganut ideologi komunis.

“Kini, ternyata sudah ada tanda-tanda awal keruntuhan kuasa besar Liberal-Kapitalis dan negara-negara penganutnya,” kata Dato’ Seri Abdul Hadi.

Menurutnya, Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.

Katanya, al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu dari Allah SWT.

“Pendukung (penganut) tetap ada, sama ada wujud Negara yang berdaulat (laksana Islam) atau Negara Islam yang ‘dihilangkan’.

“Pendukungnya (penganut Islam) tidak dapat dikalahkan dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.

Sebenarnya, kata Ustaz Hadi pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan barat dengan gerakan pembaharuan dari demokrasi purba lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab fikah Islam.

Kesimpulannya, ‘peperangan’ adalah tipu daya dan dalam politik ada tipu daya. Pasukan yang besar tetapi bodoh boleh dikalahkan oleh pasukan yang kecil tetapi penuh dengan ‘taktik dan strategi’.

Akhir Kalam: “DALAM POLITIK ADA AGAMA, DALAM AGAMA ADA POLITIK”

Tengok nii..Rombongan Menghabihkan "Duit Rakyat"...


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rakan-rakan seperjuangannya seramai 20 orang sedang dalam perjalanan menghabihkan duit rakyat keluar negara, kumpulan ini akan ke Arab Saudi dan negara-negara arab yang lain.

Sedangkan rakyat kini dalam kesusahan dan keperitan dengan kos barangan keperluan yang tinggi. Sudah pasti mereka akan bershopping sakan dengan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia yang daif...Hidup 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan menjadi susah...

Untuk ke Arab Saudi mahu juga Rosmah bertudung, walaupun kurang sempurna tapi Alhamdulillah dia mencuba juga. Setakat itulah pemahaman Rosmah tentang tudung, kalau hendak bertudung lebih afdhal mengikut masa dan tempat, contohnya di Arab Saudi kenalah bertudung, mungkin kerana dosanya lebih besar, berbeza di Malaysia. Tak percaya tanya Ustaz Jamil Khir.

Macam iguana, kata orang kadang-kadang ia boleh berubah mengikut keadaan.

Mantan SUK Susup Kuasa MB Urus Pelantikan



SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli.

"Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka. Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya.

Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan.

"Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka.

Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau.

Khalid berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini.

Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi.- tvs

Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam..

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.

InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah...-Juragan

Lepas Kes Curi Getah Kini Kes Curi Kelapa Sawit

Harga naik, kecurian buah sawit pun meningkat

LUMUT, 8 Jan — Pengusaha ladang dan kebun sawit di Manjung dinasihati supaya meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kebun mereka ekoran kegiatan mencuri buah sawit yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman.

Beliau berkata polis menerima banyak aduan mengenai kes kecurian buah sawit yang didapati semakin menjadi-jadi berikutan peningkatan harga kelapa sawit di pasaran.

Beliau berkata polis Khamis lepas menahan seorang remaja berusia 18 tahun dalam satu serbuan ke sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata dalam serbuan pada kira-kira 4 pagi itu, sekumpulan lelaki didapati sedang sibuk memuatkan buah kelapa sawit ke dalam sebuah lori.

Bagaimanapun, katanya kumpulan itu sempat melarikan diri sebelum pemandu lori berusia 18 tahun itu diberkas di sebuah rumah tidak jauh dari ladang berkenaan.

Mohd Jamil berkata polis sedang mengesan rakan pemuda terbabit dan kumpulan itu dipercayai antara beberapa kumpulan yang sedang giat menjalankan aktiviti jenayah berkenaan di daerah ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dua lelaki berumur 26 dan 22 tahun diberkas kerana disyaki menyamun tiga buah kedai 24 jam di Seri Manjung dan Sitiawan pada Selasa lepas.

Beliau berkata dua suspek itu diberkas semalam di sekitar Kampung Koh dan polis turut merampas sepucuk pistol mainan, sebilah pisau dan topeng muka daripada mereka. — Bernama

Harga minyak diturun semula.. PM tunduk kepada tekanan politik

Pakistan's Prime Minister Yousuf Raza Gilani (L) is greets by the leaders of Muttahida Qaumi Movement (MQM) Raza Haroon (R) and Babar Ghori (C) as he arrives at the MQM headquarters in Karachi on January 7, 2011. Pakistan's Muttahida Qaumi Movement (MQM) said January 7,that it would rejoin the government coalition, but not the federal cabinet in a move that restores the prime minister's majority following a five-day crisis.'The Muttahida Qaumi Movement announces it will sit on the government benches in the larger interest of the country and democracy,' senior MQM member Raza Haroon told a news conference with Prime Minister Yousuf Raza Gilani.

Pakistan’s Prime Minister Yousuf Raza Gilani (L) is greets by the leaders of Muttahida Qaumi Movement (MQM) Raza Haroon (R) and Babar Ghori (C) as he arrives at the MQM headquarters in Karachi on January 7, 2011. Pakistan’s Muttahida Qaumi Movement (MQM) said January 7,that it would rejoin the government coalition, but not the federal cabinet in a move that restores the prime minister’s majority following a five-day crisis.’The Muttahida Qaumi Movement announces it will sit on the government benches in the larger interest of the country and democracy,’ senior MQM member Raza Haroon told a news conference with Prime Minister Yousuf Raza Gilani.

A Pakistani employee changes the oil prices on a billboard at a fuel station in Karachi on January 7, 2011. Pakistan's beleaguered Prime Minister Yousuf Raza Gilani on January 6 caved into political pressure and reversed controversial fuel price hikes, in a move designed to prevent his fragile government from collapsing.

A Pakistani employee changes the oil prices on a billboard at a fuel station in Karachi on January 7, 2011. Pakistan’s beleaguered Prime Minister Yousuf Raza Gilani on January 6 caved into political pressure and reversed controversial fuel price hikes, in a move designed to prevent his fragile government from collapsing.

Harga minyak diturun semula

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.

Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.

Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.

Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.

Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.

Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.

“Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan.

Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs740.ash1/163280_484681297591_358919387591_6561459_5933407_n.jpg

SUBANG JAYA, 8 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Khalid.

“Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri,” katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

“Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka,” kata Khalid, menteri besar penggal pertama.

Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

“Saya gembira Tuanku memberi saya jaminan bahawa kami akan terus mengadakan perbincangan dengan istana,” kata beliau.

Dalam kenyataan terbaru pagi tadi, Khalid menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Khalid.

“Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata

tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

“Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ramli berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat

kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .