

















11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.
LABIS, 30 Jan (Bernama) — Hujan lebat, yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu, dilihat sedikit mengganggu kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang yang bermula pada pukul 8 pagi.
Hujan, yang turun berterusan sejak Selasa, bagaimanapun tidak menghalang pengundi berdaftar di kawasan DUN itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di 12 pusat pengundian yang dibuka sehingga pukul 5 petang ini.
Selain kenderaan yang disediakan oleh parti-parti bertanding untuk kemudahan para pengundi ke tempat mengundi, para petugas SPR juga menyediakan kemudahan payung dan petugas untuk mengiringi pengundi dari luar pusat pengundian ke saluran peti undi.
Seorang pegawai SPR memberitahu pemberita bahawa pengundi tidak dibenarkan membawa payung sendiri masuk ke tempat pengundian kerana ditakuti payung berkenaan dijadikan senjata.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah mendapati suasana tenang sejak ia dibuka dan para pengundi dilihat beratur di luar dewan menunggu giliran masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah pada pukul 8.55 pagi untuk mengundi.
Beliau sempat beramah mesra dan menyapa seorang pengundi berkerusi roda yang mengundi di situ.
Ketika ditemui pemberita, Mohd Azhahar berkata: “Alhamdulillah, semua berjalan lancar, tanggungjawab pun dah ditunaikan. Harap semua pengundi dapat turun (keluar mengundi).”..
Labis,Ramalan kaji cuaca menjangkakan cuaca di Dun Tenang pada sebelah pagi ini dijangka mendung dan hujan di waktu petang.LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.
Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).
Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.
Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.
Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.
Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua. -Hrkh
Beberapa juzuk dari senario keseluruhan dan tingkah politik yang berlaku di Tenang sejak hampir seminggu lalu memudahkan sesiapa saja yang pernah terlibat di Teluk Pasu melihat titik persamaan kedua-dua proses demokrasi itu.
Dua episod itu berkongsi latar politik hampir sama. PAS menyertai PRK Teluk Pasu berbekalkan dua kerusi dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-7, 1986. Dua kerusi itu ialah Wakaf Mempelam, menerusi Cikgu Mustafa Ali dan Ru Rendang (Tuan Guru Abdul Hadi Awang).
Di Johor kini, PAS menentang Barisan Nasional (BN) di Tenang juga berbekalkan dua kerusi ditawannya dalam PRU ke-12 lalu. Calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menang di Dun Sungai Abong, manakala Dr Mohamad Taslim menewaskan BN di Maharani.
Dalam kedua-dua PRK di atas, rekod cemerlang dua Adun sedia ada menjadi pembakar semangat buat PAS meletakkan harapan tinggi mendapatkan kerusi ketiga untuknya. Moral PAS berdepan BN menjadi lebih tinggi bilamana ia tidak bersendirian. PAS menghadapi proses demokrasi itu bersama dokongan rakan-rakan.
Di Teluk Pasu, PAS mendapat kawan baru, iaitu kumpulan Team B Umno diketuai Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Walau pun ketika itu gabungan Angkatan Perpaduan Ummah belum terbentuk, bahkan Parti Semangat 46 juga belum ditubuhkan, kerjasama erat antara PAS dan kumpulan serpihan Umno itu sudah berputik.
Beberapa PRK sebelum Teluk Pasu membenihkan persefahaman antara dua puak yang selama ini berseteru. PRK Parlimen Johor Bahru dan Dun Parit Raja, Johor, masing-masing pada Ogos dan Oktober 1988 meyakinkan PAS bahawa kumpulan Team B telah mengisytiharkan perang terbuka terhadap musuh yang sama, iaitu BN.
Bahkan, jalinan persahabatan antara PAS-Team B Umno itu bertambah mesra dan erat menerusi PRK Parlimen Ampang Jaya, pada Januari 1989. PAS turun secara lebih tersusun dan terbuka membantu Allahyarham Dato’ Harun Idris, calon Bebas yang mewakili kumpulan serpihan Umno itu.
Di saat kerjasama dan persefahaman semakin mengukuh itulah datangnya PRK Teluk Pasu, Jun 1989. Keadaan hampir sama kini terserlah di Tenang. Tidak sukar diakui betapa PAS amat terhutang budi kepada rakan-rakan parti Pakatan Rakyat.
Apa pun keputusan bakal berlaku Ahad nanti, kehadiran ratusan jentera kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak syak lagi amat meringankan gerakerja PAS. Bahkan moral PAS amat tinggi apabila beberapa isu dihadapinya turut diperjelas dan dipertahan rakan-rakan itu.
Latarbelakang calon kedua-dua parti di dua PRK itu juga berkongsi persamaan. Di Teluk Pasu, PAS dan BN mempertaruhkan calon berpendidikan agama. PAS menamakan Ustaz Harun Taib, lulusan pengajian syariah Islam dari Timur Tengah. Manakala lawannya dari BN, Haji Abdul Rahman Mohamad juga berkelulusan undang-undang Islam.
Di Tenang pula, kedua-dua calon memiliki latarbelakang khidmat masyarakat yang agak baik mengikut bidang kerjaya masing-masing. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim adalah bekas Penolong Pegawai Daerah, manakala calon PAS, Puan Normala Sudirman (Cikgu Mala) bukan sahaja dikenali masyarakat sebagai pendidik anak-anak mereka, malah mengembangkan jasa baktinya menerusi jawatan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun berkenaan.
Namun persamaan paling menarik antara Tenang dan Teluk Pasu sudah tentu isu-isu berligar di sekitar kedua-dua PRK ini. Dua isu yang kini kelihatan sedang membelit BN ialah isu salam dan rekod kemasyarakatan calonnya yang disifatkan tidak mesra rakyat.
Jangan lupa isu salam telah cuba dijadikan senjata paling tajam oleh BN di Teluk Pasu. Bersandarkan foto dirakam di pusat penamaan calon, Ustaz Harun difitnah enggan bersalam dengan Abdul Rahman.
Seperti biasa media-media arus perdana talibarut BN memainkan peranan utama memutarbelit fakta dan menyebarluaskan fitnah-fitnah sebegini. Gambar Ustaz Harun berpaling dari Abdul Rahman yang sedang menghulurkan tangan disiarkan media cetak disertakan ‘caption story’ yang amat menjijikkan. - Hrkh
Ikut pengalaman2 PRK yang lepas2, terutama PRK Manik Urai selepas jam 12 tengah malam KARUNG2 DUIT akan menuju di pelusuk ceruk kampong, di kebun2 getah dan sawit, rumah2 kosong dan persendirian.
Balaci2 dan broker2 tajaan Umno Bn akan sedaya upaya membeli seberapa ramai pengundi, sekitar RM300 ke 1000 tengok keadaan individu, balaci2 ini akan memberi wang dengan janji dan harapan esok pagi nya penerima2 wang ini akan mengundi BN.
Aku harap siapa saja yang akan menerima wang itu nanti, KECEWA KAN kan umno dengan TIDAK mengundi Umno esok hari.
Ambil saja duit yang mereka bagi, kerana wang akan mereka bagi nanti bukan duit MAK bapak mereka, mungkin mereka telah SONGLAP duit rakyat dengan tujuan untuk mengekal kan kuasa jahat mereka saja.
UNDI PAS………….TEST TENGOK DULU, UMNO SUDAH TERBUKTI SEBUAH PARTI RASUAH DAN MENGGADAI HAK MELAYU TENANG.