Ikuti Blog ini

Hosni Mubarak tersungkur oleh kuasa kebangkitan orang muda!

Anti-government protesters, and Egyptian soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt Friday, Feb. 11, 2011.

Anti-government protesters, and Egyptian Army soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt, Friday, Feb. 11, 2011.

Kaherah - Hosni Mubarak mengundurkan diri sebagai presiden dan kawalan diserahkan kepada tentera pada hari Jumaat selepas 29 tahun berkuasa, membongkok kepada gelombang 18-hari bersejarah demonstrasi pro-demokrasi oleh ratusan ribu.

"Rakyat menggulingkan presiden," teriak puluhan ribu yang berhimpun di luar istana presiden di Kaherah.

Beberapa ratus ribu penunjuk perasaan berkumpul di pusat Tahrir Square Kaherah bertukar menjadi gembira, mengibarkan bendera Mesir, dan membunyikan hon kereta dan beberapa tembakan ke udara terdengar di sekitar bandar 18 juta dalam kegembiraan selepas Naib Presiden Omar Suleiman membuat pengumuman di TV nasional hanya selepas malam berlabuh.

Mubarak telah berusaha untuk berpegang teguh kepada kuasa, menyerahkan beberapa kuasa untuk Sulaiman sekaligus mempertahankan gelarannya.

Tapi satu letupan protes Jumaat menolak langkah tersebut dan nampaknya telah mendorong tentera memaksanya keluar sepenuhnya.

Ratusan ribu berbaris sepanjang hari di bandar-bandar di seluruh negara sedangkan askar bersiap sedia mengawal, mengepung istananya di Kaherah dan Alexandria dan bangunan televisyen negara.

Seorang gabenor sebuah wilayah selatan terpaksa melarikan diri ke tempat yang selamat dalam menghadapi protes di sana.

Hari itu adalah hari terbesar protes namun dalam pergolakan yang bermula 25 Januari, berkembang dari aktivis muda yang bekerja di Internet menjadi gerakan massa yang mendepani ketidakpuasan luas kuasa autoritarian Mubarak, rasuah, kesengsaraan ekonomi dan jurang yang luas antara yang kaya dan miskin.

"Dalam situasi-situasi serius yang negara ini sedang lalui, Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden republik," kata Suleiman yang nampak suram.

"Beliau telah memerintahkan Angkatan Bersenjata untuk mengambil alih negara. Allah. Pelindung dan Penolong kita."

Pemenang Nobel Keamanan Muhammad ElBaradei, dimana penyokong-penyokongnya muda turut berada di antara penyelenggara gerakan protes berkata kepada The Associated Press, "Ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya."

"Negara ini telah dibebaskan setelah puluhan tahun dibawah penindasan," tambahnya dan ia mengharapkan satu "keindahan" peralihan kuasa.

PRK Merlimau: Lebih Ramai Bukan Melayu Hadiri Ceramah TG Nik Aziz


Lebih ramai kaum bukan Melayu yang hadir mendengar ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kaum Melayu di Merlimau malam tadi. Ini adalah satu perkembangan yang baik sempena pilihanraya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

TG Nik Aziz di dalam ucapannya menyeru semua penduduk di Merlimau termasuk kaum Cina dan India di Merlimau supaya tidak gentar untuk melakukan perubahan dan tidak termakan hasutan UMNO yang menakut-nakutkan kaum bukan Islam terhadap Islam.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah bukti nyata bahawa Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum kerana Islam dengan keadilannya adalah sesuai dengan fitrah manusia.

TG Nik Aziz menjelaskan bahawa asal manusia semuanya dari Adam. Islam datang menghapuskan rasisma. Baginda Rasullullah saw, menurut TG Nik Aziz telah berjaya menyatukan penduduk Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan puak seperti Salman dari Parsi dan Bilal dari Habsyi (Afrika) di bawah naungan Islam.

"Tiada kelebihan diantara manusia melainkan yang bertaqwa," jelas TG Nik Aziz.

Sebelumnya, YB Salehuddin Ayub di dalam ucapannya merakamkan rasa gembira kerana melihat ramai kaum bukan-Melayu terutama kaum Cina yang hadir pada majlis pertemuan malam tadi.

Di dalam ucapannya YB Salehuddin telah menyatakan bahawa PAS, DAP dan PKR akan mampu menggantikan kerajaan Barisan Nasional sebagai teraju pemerintahan negara.

Berbeza dengan zaman lampau, kaum Cina terutamanya, takut untuk hadir di dalam ceramah-ceramah PAS, tetapi suasana hari ini sudah berbeza.

YB Abdullah Sanusi, Ahli Parlimen Kuala langat pula meminta kaum bukan-Melayu di Melaka melakukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh kaum bukan-Melayu di Selangor.

"Jika Selangor boleh berubah, tiada sebab Melaka tidak boleh," jelas beliau.

YB Abdullah Sanusi menyeru supaya rakyat Melayu, Cina dan India bekerja bersungguh-sungguh supaya UMNO BN dikuburkan ke dalam Muzium Negara," tambahnya.

Majlis Ramah Mesra ini telah dirancang lebih awal iaitu sebelum penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya bagi DUN Merlimau oleh Suruhanjaya Pilihanraya, malah sebelum kerusi DUN Merlimau kosong kerana kembalinya Allahyarham Mohd Hidhir ke rahmatullah. Justeru itu tidak timbul soal berkempen lebih awal, jelas pemimpin PAS Kawasan Jasin yang GB temui.

Gambar Terbaik Dari Egypt

Helah Jumpa Bayi Terbongkar

Batu Pahat: Seorang pekerja kilang dan tunangnya ditahan akibat laporan palsu mengenai penemuan bayi di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Gading bagi menutup perlakuan sumbang mereka. Gambar fail

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan pada jam 9.15 malam kelmarin, mendakwa menemui bayi lelaki di tepi jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Ibrahim berkata, suspek mendakwa menemui bayi itu ditinggalkan kesejukan dalam bakul sebelum membawanya pulang ke rumah keluarganya di kawasan berhampiran. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki itu sebenarnya dilahirkan tunang suspek sehari sebelum laporan dibuat.

“Tunangnya yang berusia 22 tahun dari Melaka, melahirkan bayi lelaki itu secara normal di hospital swasta daerah ini.

“Pasangan berkenaan yang bekerja di kilang sama akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan membuat laporan palsu itu bagi menutup kelakuan sumbang mereka hingga melahirkan bayi lelaki. Mereka juga bimbang perkara itu diketahui keluarga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, pasangan berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.

Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bayi terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Agama Johor untuk tindakan lanjut. -BH

Jejantas RM70k semiter : Sikap membisu menteri dibidas

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini melawat semula jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM70,422 semeter atau RM10 juta.

"Saya masih tertanya-tanya, apakah nilai sebenar bagi pembinaan jejantas ini?” katanya sambil menyifatkan kos pembinaan jejantas itu sebagai terlalu tinggi dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu pada sidang parlimen minggu depan.

"Selain daripada kos bangunan itu, ia juga dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator, jadi berapa pula kos penyelengaraanya?

NONE"Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.

Fasa pertama projek jejantas ini menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.

Menurut Nurul Izzah, beliau masih menunggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik menjawap soalan-soalan yang dikemukakannya.

"Sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang maklumbalas dari Raja Nong Chik mahupun daripada Datuk Bandar (Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail), katanya.

Selasa lalu, Nurul Izzah mempertikaikan kewajaran RM10 juta dibelanjakan bagi membina jejantas berhawa dingin yang hanya sepanjang 142 meter itu.

Enam lagi jejantas yang serupa dijadualkan dibina menghubungkan Pasar Seni LRT-Dayabumi; bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo; Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT; Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station; Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya; dan Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah.

Syarikat Prasarana Sdn Bhd (Prasarana) dilaporkan membelanjakan kira-kira RM60 juta untuk membina enam jejantas berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12kilometer.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta. -M'kini

Bekas MP bebas tuduhan palsu dokumen

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Bekas Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51, lapor Bernama.

Mohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Bekas ahli parlimen PAS itu didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu pada kadar RM230 semalam antara 5 Jan 2002 dan 30 Jun 2003 yang semuanya berjumlah RM31,050. -Hrkh

TG Nik Aziz rasmi Markas Induk PAS Merlimau esok


JASIN, 11 Feb: Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan pagi ini ditunda pada jam 11.00 pagi esok (12 Februari).

Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, lain-lain program yang melibatkan Tuan Guru termasuk menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau pada 8.00 malam ini tidak berubah.

Tambahnya, Tuan Guru juga akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam esok di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. -Hrkh

Pembikinan sebuah negara polis


Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya berhubung Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.

apcet II 221209 kua kia song"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan mantan Ketua Polis Negara , Tan Sri Hanif Omar yang berkata Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.

"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.

"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.

ops lalang 261005 star front pageKatanya, yang aneh, orang seperti Hanif Omar bermati-matian mendakwa beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dan dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah menteri dalam negeri.

" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.

Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Bahkan mantan perdana menteri itu juga mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan pihak polis. -M'kini

Umno Jadikan Lim Guan Eng Islam

Nampaknya Umno bersungguh mahu jadikan Lim Guan Eng Islam. Tahniah Umno! kerana mendahului yang lain-lain (fitnah). Jika sebelum ini Umno begitu inginkan makan lembu sembelihan Lim kini Umno ingin Lim berketayap pula seperti orang Pas. Hairan pula kenapa Lim tidak bersongkok seperti Najib.

Ketika ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. Lim menegaskan "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah,"

Sebenarnya mereka ingin melihat kau Islam, Alhamdulillah!!



Pecah Kontrak: Mahkamah Tolak Permohonan Rozali Gantung Bayaran RM35 Juta

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd Tan Sri Rozali Ismail dan dua yang lain untuk menggantung pelaksanaan pembayaran sejumlah RM35 juta terhadap seorang penasihat korporat berhubung ganti rugi pecah kontrak yang membabitkan satu projek berkaitan air, tujuh tahun lepas.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk N. Vijay Kumar yang mewakili plaintif dan Tan Sri Datuk Cecil Abraham yang mewakili pihak defendan di dalam kamarnya hari ini.

Pada 8 Dis 2010, Rosilah memerintahkan Rozali dan dua yang lain membayar ganti rugi pecah kontrak sejumlah RM35 juta itu.

Dalam writ saman yang difailkan pada 26 Sept 2005, Lim Pang Cheong @ George Lim selaku plaintif telah mengemukakan tuntutan itu terhadap Rozali, 54, yang juga pengerusi eksekutif syarikat WWE Holdings Berhad, selaku defendan pertama.

Dua yang lain adalah Mat Hairi Ismail, 49, yang juga adik kepada Rozali berjawatan pengarah urusan dan pemegang saham syarikat berkenaan dan WWE Holdings Berhad, selaku defendan ketiga
.

Dalam tuntutannya itu, Lim mendakwa antara hujung bulan Februari atau Mac 2004, defendan pertama meminta plaintif untuk memperolehi suatu projek yang dikenali sebagai “Jelutong Sewage Treatment Plant and Central Sludge Facility” bagi ketiga-tiga defendan dan plaintif akan diberi upah sekiranya projek itu berjaya diperolehi.

Pada 14 Okt 2004, defendan ketiga telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu telah berjaya memperolehi projek berkenaan dari Kerajaan Malaysia pada 23 Sept 2004 dan jumlah kontrak adalah RM468.3 juta.

Selaras dengan perjanjian itu, Lim mendakwa beliau berhak untuk diberi upah sebanyak RM23.4 juta. Bagaimanapun, beliau mendakwa pembayaran upah kepadanya ditunda dengan alasan penundaan bayaran dari kerajaan Malaysia terhadap projek itu dan juga defendan ketiga menghadapi masalah kewangan.

Berdasarkan tuntutannya itu, Lim memohon ganti rugi untuk pecah kontrak sejumlah RM23.4 juta, atau mana-mana jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah, kos dan relif-relif lain yang dianggap sesuai.

Ketiga-tiga defendan, dalam pembelaannya, mendakwa mereka tidak pernah membuat perjanjian mengenai projek itu dengan Lim. -Bernama

Sebat gaji hampir setengah juta sebulan. Sekarang kena bayar RM35 juta, tak boleh tidak.

Easy come easy go. GB

Lagi fitnah terbaru keatas pejuang Islam abad ini

Jakarta, Indonesia (CNN) - usaha terbaru Indonesia untuk mendakwa seorang ulama Islam atas tuduhan keganasan terpaksa segera ditunda beberapa saat sahaja setelah bermula di mahkamah Jakarta Selatan, Khamis.

Abu Bakar Ba'asyir menghadapi hukuman mati dibawah dakwaan baru, yang merangkumi perancangan dan / atau menghasut tindakan pengganas dan penglibatan dalam kem latihan tentera yang ditemui Februari lalu di wilayah Aceh.

Namun, proses tersebut ditunda hingga Isnin selepas peguamnya membantah bahawa mereka tidak diberikan cukup waktu untuk merespon panggilan mahkamah.

Berusia 72 tahun, beliau melambaikan tangan dan tersenyum kepada beratus-ratus pendukungnya, yang meneriakkan "Allahu akbar!"

Ba'asyir pertama kali ditahan pada bulan Ogos kerana dituduh ada kaitan dengan sebuah kem latihan militan yang diserbu oleh pihak berkuasa di Aceh pada awal tahun 2010.

Polis mengatakan tertuduh dan organisasinya, Jamaat Tauhid Anshoru atau JAT, terlibat dalam mendirikan kem tersebut.

Para militan bersiap-sedia untuk melancarkan serangan serupa dengan yang di Mumbai 2008 dan cubaan pembunuhan terhadap pegawai kerajaan Indonesia, kata pihak berkuasa.

Namun para peguam membantah dan mengatakan bahawa kes tersebut sebagai lemah dan palsu.

Ini merupakan perbicaraan kali ketiga baginya. Dalam dua awalnya, pendakwa cuba untuk mengaitkan ulama tua ini dalam pengeboman tahun 2002 di Bali dan serangan bom di hotel Jakarta dalam tahun 2003.

Mahkamah telah mendapati dia bersalah atas kesalahan kecil, dan menjatuhkan hukuman 25 bulan.. Ia dibebaskan pada Jun 2006.

"Mahkamah ini sangat signifikan, kerana jika pemerintah Indonesia gagal untuk memberi keterangan mahkamah yang kuat tak tergoyahkan, mereka akan menggunakan ini sebagai senjata, sebuah peluru untuk mendapatkan rekrut lebih banyak," ujar Noor Huda, pengasas Jakarta Institute of International Peace Building, yang bertujuan untuk reformasi radikal banduan
.
"Ba'asyir jelas suatu ikon/simbol, dia mendapatkan tahap peringkat tertentu selebriti antara pejuang jihad, dia sangat kuat, dia memiliki kharisma yang kuat untuk membina rangkaian."

Ba'asyir dikenali sebagai seorang penceramah yang berapi-api.Beliau dituduh sebagai pemimpin spiritual rangkaian keganasan tempatan (Indonesia), Jemaah Islamiyah, yang banyak memberi inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam pengeboman.

Dia telah menafikan semua tuduhan dan sering menyalahkan konspirasi AS untuk menempatkan dia di sebalik pintu besi.

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen ketiga bekas Sultan Kelantan

7 Rabiul Awal 1432H.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas. Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas.

Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.

Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Mahkamah Rayuan Hasan Lah menolak petisyen itu tanpa mengeluarkan perintah mengenai kos.

Petisyen ketiga itu difailkan pada 20 September tahun lalu, memohon pendapat Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perundangan berhubung pindaan ke atas perlembagaan negeri dan pelantikan tengku mahkota sebagai Sultan.

Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V memaklumkan mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Tuanku Ismail Petra mengenai tarikh perbicaraan hari ini melalui sepucuk surat pada 28 Januari tahun ini.

Beliau berkata salinan hujahan beliau bagi permohonan beliau untuk membatalkan petisyen itu turut dikepilkan dalam surat itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili responden kedua, kerajaan negeri Kelantan. - BERNAMA

Tengok nii...Takdak Sapa Pandai Perintah Kecuali Umno..Hampehh


Inilah bukti kepada rakyat kedah bahawa
kerajaan UMNO/BN Pandai memerintah.

Penyokong Umno Dulu,kini dan sampai bila-bila
kena "PeBodoh" oleh Umno Haprak ni..

Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama


KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu.

Menurut TG Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata.

Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.

“Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

TG Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.

"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.

"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.

Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.

“Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. -Hrkh

Wang haram: Bekas pembantu menteri didakwa


Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000. NONE

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.


Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang. nor mohamed yakcopHasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua. Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor.

Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009. Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .