Ikuti Blog ini

Perlaksanaan Islam - Pakatan Rakyat Lebih Demokratik dan Matang


http://buletinonline.net/images/stories/berita/IMG_7507.JPG
Kuala Terengganu, 8 Januari - Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat Malaysia bukan sekadar simbol kehadiran ahli-ahli dan penyokong PKR namun merupakan komitmen kerja parti tersebut.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh muafakat Pakatan Rakyat cukup padu selain jentera PKR para petugas PAS seluruh negara berhempas pulas membantu memenangkan beliau.

”jentera PAS seluruh Malaysia dikerahkan dan bekerja berhempas pulas seolah-olah calon itu calon PAS,

”kita (PKR) juga diminta bekerja (pilihanraya kecil Kuala Terengganu) seolah-olah calon (PAS) itu adalah calon PKR, tidak ada perbezaan dari segi simbol,”jelas Anwar sewaktu merasmikan pelancaran bilik gerakan utama PKR di Gong Kapas, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya tugas pihak media yang dikuasai oleh Barisan Nasional adalah untuk memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata walaupun pengundi Cina tidak ramai di Kuala Terengganu namun kehadiran pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR dan pemimpin utama Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan muafakat PR adalah jelas.

Katanya muafakat parti-parti PR jelas dalam menghormati prinsip-prinsip perlembagaan yang mempertahankan kedudukan raja-raja, kedudukan Islam sebagi agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

”Tetapi kita tekankan dalam masa yang sama penghayatan Islam dan mengangkat kedudukan Islam itu tidak sekali-sekali bercanggah dengan hak dan kebebasan hak agama yang dianuti oleh rakan-rakan kita yang lain,”tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama Anwar berkata pemuafakatan PR adalah lebih demoktratik dan matang berbanding Barisan Nasional.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/IMG_7505.JPGBeliau menjelaskan parti-parti dalam PR tidak akan bergabung dengan satu muafakat yang akan mengikat kebebasan parti-parti tersebut menyuarakan perbezaan antara satu sama lain.

”Premis dia kena ’clear’ (jelas), kita menerima proses demokrasi, orang nak bercakap, bercakaplah, mengapa dalam kita bicarakan soal demokrasi kita kurang sabar bila kita mendengar satu pandangan yang kurang enak kita dengar,

”saya tidak terlalu sensitif apabila ada pandangan-pandangan dan kenyataan antara PKR, PAS dan DAP yang tidak disepakti dengan jelas, kita harus beri ruang,

”ini (Pakatan Rakyat) bukan Barisan Nasional dimana pimpinan UMNO boleh memerintah (dictates) kemudian pimpinan MCA, Gerakan dan MIC semuanya menurut tanpa bantahan,

”muafakat kita (Pakatan Rakyat) ini lebih demoktratik lebih matang, itu prinsip kita, kita tidak mahu ada sesuatu yang terikat,”ujar beliau.

Oleh yang demikian beliau berkata pendirian PAS tentang Islam adalah jelas dan ianya bukanlah satu perkara yang baru.

Katanya penjelasan telah dibuat berulangkali dan dijelaskan sekali lagi oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bahawa beberapa peruntukan dalam undang-undang Islam yang dipanggil Hudud itu hanya diterima pakai bagi umat Islam sahaja.

”Secara umum Pakatan Rakyat mahu dengan jelas kedudukan Islam sebagai agama persekutuan itu dipandang secara serius bukan sebagai upacara rasmi,

”memberi ruang kepada umat Islam menghayati dengan mengangkat kedudukan Islam khususnya bagi umat Islam bukan setakat kahwin, secara dan beberapa aspek hukum,”tambahnya.



YB Wahid dan DS Anwar di Kampung Cina


 Calon PAS untuk PRK P036 Kuala Terengganu telah meluangkan masa untuk melawat penduduk dan premis perniagaan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Turut bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

YB Mohd Abdul Wahid telah dikenali oleh masyarakat cina memandangkan sebelum ini beliau dan keluarga telah berkecimpung didalam bidang perniaagaan.

"Saya punya ramai kenalan dan kawan-kawan daripada masyarakat cina dan tiong-hua di Kawasan Kuala Tereangganu" Ujarnya ketika ditanya pihak media. Kunjungan YB Hj Mohd Abdul Wahid mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar.

" YB Abdul Wahid memang seorang yang baik, saya pun dah lama kenal sama dia, memang kenal sangat." Ujar Encik Lai, 71 merupakan seorang peniaga di perkampungan ini. Menurut beliau kedatangan DS Anwar Ibrahim akan menambah 'ong' untuk perniagaannya.

Gandingan beliau dan DS Anwar Ibrahim telah mencuri tumpuan orang ramai yang berada disekitar kawasan berkenaan. Setelah beramah mesra dengan masyarakat cina, beliau berdua melawat peniaga di Pasar Kedai Payang.

"YB Abdul Wahid adalah seorang yang mesra rakyat. saya pun kenal lama juga dengan dia. Ramai orang Kuala Terengganu kenal dia." Kata Encik Mohd Razali, Pengusaha Batik di Pasar Kedai Payang.

Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Hanafiah Mamat, Pngerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan HAK PAS Negeri Terengganu, YB Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP)dan Sdra Tian Chua

di Pasar Kedai Payang

beramah mesra di Bilik Gerakan MCA

mesra rakyat

Pilihanraya Kecil: PAS & Pakatan Rakyat Kini Di Ambang Kejayaan, Hanya Takdir Atau Provokasi Yang Bakal Menjadi Penentu Segalanya Terjadi !!







Kuala Terengganu: Kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu kini masuk hari yang ketiga, berbagai insiden menarik, panas dan melucukan dapat disaksikan berlaku. Kami sempat melalui beberapa lokasi ceramah yang disampaikan oleh para pemimpin baik UMNO dan BN mahupun PAS atau Pakatan Rakyat. Semuanya kini berusaha untuk memenangi hati rakyat di Kuala Trengganu.

Sama seperti di tempat lain, tatkala musim pilihanraya kecil berlangsung maka orang tempatan akan menikmati "durian runtuh" serta berbagai "imbuhan kemewahan duniawi". Ini adalah kezaliman yang berlaku serta "gagal" untuk dihalang oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lambakan projek pembangunan terus dicurahkan, pendek kata jalanraya yang selama ini berlopak dan berdebu kini boleh diminta "tar" sehingga ke depan pintu rumah.

Menteri pusat mula melakukan berbagai kebajikan untuk rakyat. Terbaru Mat Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO menyatakan bahawa kementeriannya meluluskan serta merta peruntukan RM200,000 untuk memperbaiki sebuah jalan disitu. Bertuah benarlah rakyat Kuala Trengganu kini. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh". Segala apa yang dihajati pasti akan "terkabul". Wang bukan lagi segalanya, tetapi kuasa adalah wang. Sama ada perkara ini boleh diterima atau tidak inilah yang amat memusykilkan puak-puak UMNO dan BN sebenarnya.


Apakah rakyat Trengganu sudah mula bijak?. Apakah mereka boleh terima isu bersihnya Najib Razak dari kes Altantunya, pembatalan pengambialihan IJN oleh Sime Darby, pemberiaan semula wang royalti bagi menggantikan wang ehsan, pembinaan dan janji-janji manis yang ditabur oleh pemimpin kerajaan sejak mutakhir ini?. Atau mungkin juga mereka sebijak rakyat Kelantan "orghe bagi ambik, tapi pangkoh PAS".

Jika ini berlaku, maka kami dapat melihat bahawa BN akan tersungkur sebenarnya di Kuala Trengganu. Senario yang jelas dapat dilihat bermula pada hari pencalonan lagi. Kini telah mula merebak ke lokasi-lokasi ceramah umum yang diadakan. Majoriti rakyat akan hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berbanding dengan program anjuran UMNO dan Barisan Nasional. Inilah yang amat digusarkan sangat oleh mereka.

Namun, perjalanan masih jauh lagi. Detik 17 Januari sebenarnya bakal membuktikan serta menyaksikan perubahan sebenarnya yang bakal berlaku di Trengganu. Undi Pos khabarnya akan dijalankan dalam minggu ini, dimana lebih 1,000 kertas undi posakan diedarkan. Apakah undi pos juga akan berpihak kepada PAS kali ini. Segalanya berkemungkinan, bak kata Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman dalam satu pertemuan dengan kakitangan kerajaan di Trengganu baru-baru ini. Beliau menyaksikan bahawa kakitangan kerajaan yang bakal mengundi di Kuala Trengganu sudah "bijak" dan mula sedar atas segala "kebobrokan" yang berlaku dalam kerajaan hari ini.


Apakah undi pos yang biasanya akan menjadi penentu kemenangan BN itu akan berpihak kepada PAS?. Segalanya berkemungkinan sebenarnya. Inilah yang berlaku kepada Parlimen Indera Mahkota di Pahang dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Majoriti undi pos yang kebanyakannya dari Kem TLDM Tanjung Gelang dekat Kuantan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Akibatnya PAS menang di DUN Beserah dan PKR menang di Parlimen Indera Mahkota. Ianya satu keputusan yang cukup diluar jangkaan. Kertas undi pos memihak kepada pembangkang hingga menyebabkan pemimpin tertinggi TLDM Tg.Gelang ditukarkan 24 jam selepas itu.

Apakah ini bakal terjadi kepada kertas undi pos di Kuala Trengganu pula?. Angin perubahan sudah semakin terasa kini. Hanya takdir yang bakal menentukan siapa yang menang dan siapa yang akan kalah. Namun kelibat calon bebas, Azharuddin Mamat jangan dipinggirkan.

Masih kita ingat dalam pilihanraya umum lalu, calon PAS Mat Sabu ditewaskan dengan kemenangan tipis BN semata-mata. Ia akibat campurtangan nenek tua yang dikenali sebagai "Tok Mun" (foto) untuk mencuba nasib dan mahu mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama. Kami mendapat laporan dari kroni dalam UMNO dan BN, sebenarnya Tok Mun bukan mengeluarkan wang sendiri untuk belanja pilihanraya dulu. Wang itu adalah "sogokan" daripada UMNO sendiri.

Beliau diberi peruntukan RM30,000 oleh UMNO untuk menjadi calon bebas. Wang itu diserahkan oleh pemimpi UMNO dari Pahang dalam satu program "Tahlil" di rumah beliau sebelum pilihanraya umum yang lalu.


Calon PAS (Mohd Abdul Wahid), BN (Datuk wan Farid) dan Bebas (Azharuddin Mamat) selepas penamaan calon di Stadium Negeri 6 Januari lalu.
Kesimpulannya, melihat senario yang berlaku di Kuala Trengganu buat masa ini. Ramai yang meramalkan PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini. Harus diingat daripada empat DUN yang terdapat dalam parlimen Kuala Trengganu hanya satu sahaja yang dimiliki oleh BN, selebihnya oleh PAS sendiri. Bahkan, calon PAS yang bertanding pula ialah ADUN Wakaf Mempelam yang sudah lima tahun menjadi "Wakil Rakyat" di kawasan ini.

Khidmatnya semakin terserlah tatkala menjadi Exco Kerajaan Negeri Trengganu dizaman pentadbiran PAS satu ketika dulu. Maka itu harapan cerah untuk melihat YB Mohd Abdul Wahid Endut membenamkan keegoan Datuk Wan Farid di Kuala Trengganu semakin menampakkan tanda-tandanya. Ditambah lagi dengan masalah dalaman UMNO sendiri yang kini semakin panas dengan isu politik wangnya, perpecahan wanita dan pemudanya serta lain-lain. Ramai yang dilihat menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai medan untuk berkempen menjelang pemilihan UMNO Mac nanti. Justeru itulah kita tidak hairan jika BN tumbang di Kuala Trengganu.

Ini kerana "Timing" yang berlaku sekarang adalah masa yang paling tepat untuk mencipta kejayaan. Cuma taktik "jahat" dan "kotor" sahaja yang bakal mengangkat mereka ke puncak kejayaan dan seterusnya memenangi pilihanraya kecil ini.

Cuma apa yang ditakutkan sangat sekarang ialah "provokasi" yang akan dilakukan oleh BN kiranya mereka melihat harapan kian pudar. Jika ini berlaku maka sedikit masalah akan timbul nanti. Nama baik PAS dan Pakatan Rakyat akan sedikit tercemar dan SPR boleh melakukan apa sahaja untuk menakutka serta membatalkan keputusan sebenar.

Itu belum ditambah lagi dengan "sikap curiga" kita terhadap "kem sementara" pasukan polis yang didirikan dengan "gahnya" di situ. Pemantauan kami kini terdapat lebih dari satu "kem sementara" yang didirikan khemah tertutup dan dikawal rapi oleh mereka. Soalnya disini, mengapakah khemah yang serba "canggih siap berhawa dingin" itu didirikan?. Mengapakah terlalu ramai anggota polis dikerahkan ke Kuala Trengganu.

Kita musykil seandainya khemah-khemah itulah yang akan menjadi "Transit Port" para pengundi hantu menjelang malam pengundian nanti. Jika perkara ini gagal dipantau, sudah pasti ia akan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula orang awam dilarang masuk ke kawasan terbabit. Ini memungkinkan, keselematan "pengundi hantu" akan lebih terjaga dari kebiasaannya. Maka, kami sekali lagi menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantau perkara ini hingga malam pengundian nanti. Jangan kerana kelekaan kita, akhirnya mereka yang tidak sepatutnya menang diangkat pula nanti. Apapun, teruskan perjuangan buat semua rakan dan sahabat yang sedang sibuk berkempen di Kuala Trengganu.

[Kami mengucapkan syabas kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Trengganiu yan cukup berdisplin dan berkhemah dalam usaha meraih undi. Kami juga mendapat laporan dari sahabat dalam UMNO bahawa terdapat penyokong PAS yang "mencium" tangan Menteri Besar Pahang tatkala beliau melalui kesesakan jalan pada hari pencalonan baru-baru ini. Menurut sahabat dalam blognya "Small Talk" Peristiwa ini berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 8.30 pagi. Semasa melalui jalan yang dipenuhi penyokong Pas, MB pahang itu telah membuka tingkap dan bermesra dengan penyokong-penyokong Pas hinggalah salah seorang dari mereka bersalam dan mencium tangan Dato' Seri Adnan Yaakob. Inilah satu sikap mesra yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia mungkin kerana MB Pahang itu khabarnya pernah "mencium" tangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat, Menteri Besar Kelantan semasa pertemuan mereka dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini. Maknanya, apa yang berlaku kepada MB Pahang itu adalah balasan akibat "sikap hormat dan respeknya" kepada Tuan Guru Nik Aziz selama ini. Semoga perkara iyang baik seperti ni akan terus berkekalan hendaknya].



Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!




KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok.

Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.


Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok.


"Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-sama bangkit menyatakan bantahan terhadap AS.


Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.


Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan berdarah akibat di bom Israel.


Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera.


"Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


"Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya.


Kemenangan bakal ubah politik negara secara total - Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu adalah penting bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan hala tuju pilihan raya umum (PRU) yang ke-13.
Image

Malah, sekiranya BN kalah yang paling terkesan adalah 'Perdana Menteri akan datang' Dato' Seri Najib Razak yang mengetuai kempen BN.


Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato' Mustafa Ali dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Gong Kapas dekat sini semalam.


Menurutnya, kebangkitan rakyat sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India ekoran daripada kelemahan kerajaan BN dan parti-parti komponennya yang sedang mengalami perpecahan dalaman.


Tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat akan memberi kekuatan baru kepada rakyat seluruhnya.

"Kemenangan Pakatan Rakyat akan mengubah senario politik negara secara total," katanya.


Oleh yang demikian, beliau menyeru seluruh tenaga dan kekuatan Pakatan Rakyat mesti digembelengkan dengan sepenuhnya dan digunakan bagi memastikan calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Image

Justeru, semua petugas-petugas pilihan raya Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah ataupun pendekatan yang mesra pengundi bagi memastikan setiap undi akan memihak kepada Pakatan Rakyat.


Katanya, kekuatan Pakatan Rakyat masa kini sukar ditandingi oleh BN kerana perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli pakatan rakyat begitu kukuh.


"Berbanding dengan komponen Barisan Nasional misalnya MCA di mana umumnya mengetahui di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua MCA tidak bersefahaman.


"Bila Presiden MCA Ong Tee Kiat datang ke Terengganu untuk berkempen, Timbalan Presidennya, Chua Soi Lek tidak akan hadir, sebaliknya apabila Chua Soi Lek yang datang untuk berkempen di Kuala Terengganu, Ong Tee Kiat pula yang tidak datang," tegasnya memberitahu para hadirin pertemuannya secara kebetulan dengan Chua Soi Lek baru-baru ini.


Beliau menyeru semua petugas pilihan raya Pakatan Rakyat bekerja bersungguh-sungguh sehingga calon PAS mencapai kemenangan dan diisytiharkan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.


Isu hudud tidak jejas sokongan bukan Islam - PAS




KUALA TERENGGANU: PAS yakin sokongan kepada parti itu khususnya daripada kalangan pengundi Cina tidak akan merosot meskipun undang-undang hudud menjadi isu sejak dua minggu yang lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, dasar parti itu yang mahu melaksanakan undang-undang hudud tidak menjadi satu isu utama dalam pilihan raya kecil ini.

"Bukan satu isu dan tidak akan menjejaskan sokongan (kepada PAS)," kata beliau pada taklimat harian kepada wartawan di Markas PAS Terengganu di sini hari ini.

PAS yang menjadikan pelaksanaan undang-undang hudud sebagai dasarnya, kembali menjadi tumpuan kontroversi pertengahan bulan lalu.

Pendirian parti itu menjadi kritikan banyak pihak dalam Barisan Nasional dan turut dipersoalkan oleh parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP.

Bahagian Parlimen Kuala Terengganu terdiri daripada 70,703 pemilih Melayu, 8,787 (Cina), 525 (India) dan lain-lain (214).

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil PAS berkata, pihaknya yakin akan memperoleh lebih daripada 51 peratus pengundi Cina di sebalik isu hudud yang menjadi hangat.

Kata beliau, undang-undang hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, cuma tidak boleh dilaksanakan disebabkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, kata beliau, bukan Islam di Terengganu juga faham bahawa undang-undang itu adalah bagi masyarakat beragama Islam sahaja.

Pada taklimat itu, beliau juga memberitahu, pihaknya sudah menerima maklumat bahawa ada pihak sudah mula membeli kad pengenalan dengan bayaran RM500 seorang bagi memancing undi pada 17 Januari ini.

"Sudah ada satu dua kes... ini maklumat yang saya terima malam tadi dan kami masih menyiasat dengan mencari maklumat tambahan," kata beliau.

Kata beliau, PAS akan mengambil tindakan apabila mengumpulkan maklumat yang lebih tepat berhubung perbuatan tersebut.



10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU


  1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

  2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

  3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

  4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

  5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

  6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

  7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

  8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

  9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

  10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.




3 Bukti Pak Lah Memang Ejen Zionis!

Sebaliknya, Pak LAh mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enngan membuat sidang tergempar pun!

Sebaliknya, Pak Lah mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enggan membuat sidang tergempar pun!


3 Bukti Pak Lah Ejen Zionis:


1. IKTIRAF ISRAEL DAN ENGGAN IKTIRAF HAMAS


Anwar Ibrahim yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai ejen Zionis menempelak tindakan UMNO dan Pak Lah yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Palestin.

UMNO dan Pak Lah seterusnya secara tidak langsung hanya mengiktiraf Israel apabila UMNO dan Kerajaan Malaysia hanya berurusan dengan parti nasionalis Mahmud Abbas yang kalah pilihanraya Palestin. Parti Fatah ini diiktiraf oleh Israel dan UMNO mungkin terasa terpanggil untuk menunjukkan persefahaman dengan Israel dengan bekerjasama hanya dengan Fatah.


2. Pak Lah Enggan buat Sidang Tergempar


Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP berulangkali menggesa Pak Lah agar membuat Sidang Tergempar di PArlimen berhubung isu Palestin tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih enggan.

Sebaliknya, Pak LAh mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enngan membuat sidang tergempar pun!


3. Pak Lah dan UMNO tangkap mujahidin


Semua maklum bahawa UMNO dan kerajaan Malaysia akan menangkap mana-mana individu yang cuba berjihad dan kemudian mereka akan di ISA. Contoh mudah ialah Ustaz Iqbal yang ditangkap oleh UMNO dan dimasukkan ke ISA kerana menolong umat Islam yang dirogol dan disembelih di Ambon dengan berjihad.

UMNO memang pandai manyalak-nyalak kononnya simpati dengan perjuangan Palestin tetapi sikap mereka yang sebenar cukup menjijikkan.

Undi untuk UMNO umpama undi untuk Fatah, dan undi untuk Fatah ialah undi untuk Israel..

p/s: nak tengok sikap Pak Lah: Pak Lah menyepi bila Amerika jajah dan bunuh orang Iraq dan Afghanistan tetapi cukup marah dengan ‘KEBIADAPAN’ wartawan Iraq yang baling kasut kepada Bush!


Wanita Umno semasa penamaan calon PRK P036 macam harimau menguap.


Lagi Gambar-Gambar Menarik Sekitar Hari Penamaan Calon

puluhan ribu penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang turut sama berarak mengiringi YB Abd Wahid Endut ke Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri,

Puluhan ribu penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang turut sama berarak mengiringi YB Abd Wahid Endut ke Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri,

gfhg


Lebih bermakna lagi bilamana calon PAS bagi P036, YB Ab Wahid Endut telah diiringi oleh lebih 60 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Perarakan hari ini memperlihatkan peserta dan penyokong PAS memenuhi jalanraya hampir 3 kilometer.

Lebih bermakna lagi bilamana calon PAS bagi P036, YB Ab Wahid Endut telah diiringi oleh lebih 40 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Perarakan hari ini memperlihatkan peserta dan penyokong PAS memenuhi jalanraya hampir 3 kilometer.

Kelab Penyokong Pas Dari Kaum India

Kelab Penyokong Pas Dari Kaum India

Penyokong PASdari Kaum cina yang turut mengiringi calon PAS

Penyokong PASdari Kaum cina yang turut mengiringi calon PAS


Tokoh Pakatan lancar kempen PAS
Pakatan Rakyat memulakan kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan satu ceramah besar di Kampung Tanjung membabitkan empat tokoh utama PAS, PKR dan DAP.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 leadersPenasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 20,000 orang malam tadi.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas.

Kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi mendakwa ada orang tertentu yang menyamar seperti orang PAS untuk mengelirukan penyokong-penyokong parti itu dalam pilihanraya kali ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penyokong PAS tidak bertindak sendiri secara melulu.

"Biar kita (pemimpin) yang menentukan... biar kita bertindak," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap orang yang menyamar itu.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 crowdAnwar pula mendedahkan percubaan Umno yang mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam.

Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam.

"Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.

"Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik," katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Nik Aziz pula bercakap mengenai keperluan orang Islam mengundi calon PAS.

Menurut menteri besar Kelantan itu, menolak PAS bermakna menolak Islam.

"Kerana perjuangan PAS bukan sahaja untuk dunia tetapi di akhirat juga.

"Kalau Umno kata ia buat pembangunan, PAS pun buat pembangunan tetapi PAS perjuangannya kerana Islam," katanya lagi.

Kit Siang pula berkata, tsunami politik yang tercetus dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu akan menjadi gelombang lebih besar jika Pakatan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kerana itu, katanya, adalah penting supaya gabungan pembangkang menang kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.


Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya

KUALA TERENGGANU: Kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.


Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.

Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru.


Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.

Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.





Tahniah kepada Azmin!

AZMIN bersama isterinya, Shamsidar Taharin kelihatan gembira selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memberi keterangan palsu, hari ini.


Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali tidak bersalah. Cubaan Peguam Negara yang merayu supaya Azmin dipenjara 18 bulan ditolak mahkamah. Tahniah kepada Azmin!


Sebaliknya, ia mengekalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007 yang membebaskan Azmin daripada tuduhan tersebut.


Azmin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, dihukum 18 bulan penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir selepas mendapatinya bersalah membuat satu kenyataan palsu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.


Azmin, yang merupakan setiausaha sulit Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, pada mulanya dibebas dan dilepaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Hamdan Indah pada 13 Julai 1999.

Bagaimanpaun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Patail telah memerintahkan Azmin supaya membela diri.

Ekoran rayuan yang dikemukakan terhadap keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Kadir dalam keputusannya pada 1 November 2007, bersetuju dengan keputusan Hamdan membebaskan Azmin.


RK: 'Berubah demi kesejahteraan hidup', tema calon PAS


KUALA TERENGGANU - Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut meminta agar pengundi Kuala Terengganu bangkit melakukan perubahan demi menjamin kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.


Beliau berkata demikian kepada media selepas dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.


"Kita perlu mengubah keadaan masyarakat di Kuala Terengganu ini yang masih tidak mendapat apa-apa kesan daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini," katanya.


Oleh itu, katanya beliau menampilkan tema kempen beliau iaitu 'Berubah demi kesejahteraan hidup.'


Beliau turut merayu kepada pengundi Cina agar memberikan peluang kepada pakatan rakyat.


Dengan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan Paktan Rakyat ditambah dengan isu-isu lokal yang banyak membantu, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepadanya.


"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN.


"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu cukup faham dan menerima penjelasan mengenai hudud.


"Mereka faham dan terima Hudud kerana ia bukanlah untuk bukan Islam tetapi hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, yang sebilangannya orang Melayu.


"Pihak yang marah dengan Hudud ini sebenarnya adalah Umno, bukan orang Cina atau bukan Islam," tegasnya.


Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru, beliau menganggap bahawa ia adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.


Mohd Abdul Wahid juga berjanji akan menambahkan suara Pakatan Rakyat di parlimen setelah memenangi pilihan raya tersebut.


Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas mengenai calon lain.


Adun Wakaf Mempelam itu yakin dengan kekuatan yang dimiliki PAS setelah berjaya memenangi tiga daripada empat Dun dalam parlimen Kuala Terengganu.


"Pengundi Cina memberikan sokongan yang cukup bagus dan saya kenal ramai di kalangan mereka kerana saya pernah bertanding di Dun Bandar pada 1986," ujarnya lagi.


Beliau turut menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa dengan kedudukan sebagai wakil rakyat di peringkat negeri itu akan mengurangkan sokongan terhadapnya dalam pilihan raya kecil kali ini.


Pengundi mesti tolak Wan Farid - Mahfuz


KETUA Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar meminta para pengundi di Parlimen Kuala Terengganu menolak calon BN yang jelas lebih terarah menjadi alat kepentingan pihak tertentu dan bukannya mendatang faedah keseluruhan rakyat di kawasan itu.

"Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," para pengundi di Kuala Terengganu mesti menolaknya dalam pilihan raya kecil 17 Januari nanti. "Dr Mahathir dengan jelas mendedahkan bahawa (Datuk) Wan Ahmad Farid (Wan Salleh) akan menjadi proksi dan alat kepentingan pihak tertentu untuk mengepung (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, bukan untuk kepentingan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu.

"Kalau Bekas Presiden Umno sendiri yang menegaskan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon untuk kepentingan pihak tertentu, bukan untuk kepentingan pengundi dan rakyat Kuala Terengganu, saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan menolak orang yang tidak dicalonkan demi kepentingan mereka,"ujarnya.

Berdasarkan apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir itu, Mahfuz yang juga Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena seterusnya menyelar Umno dan BN kerana langsung tidak mementingkan calon yang memenuhi kepentingan dan aspirasi rakyat dan hanya mementingkan kehendak dan kemahuan pemimpin parti itu sahaja.

"Sikap Umno dan BN berbeza sama sekali dengan PAS yang memilih calon yang benar-benar diyakini dan terbukti berkhidmat untuk kepentingan rakyat. "Sebagai calon pembangkang, jika Mohd Abdul Wahid Endut tidak berkhidmat untuk kepentingan mereka, rakyat tidak akan memilihnya sebagai Adun Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut dan dengan majoriti yang besar pula," tegas beliau lagi.

{Jika benar sepertimana dakwaan Che Det dan tanggapan Mahfuz, maka makin terseksalah Wan Farid mengatur langkah dalam tempoh seminggu akan datang. Berita sokongan calon Akim yang tidak menyerah borang pencalonan dan memberi 'sokongan terbuka' kepada PAS, dilihat menambah kekusutan BN untuk mempertahankan kerusi itu. Jika dinilai prestasi calon PAS jawabnya, Wan Farid bolehlah mencuba nasib membuka pusat karaoke di Kuala Terengganu kerana jawatan yang disandang terdahulu tak akan datang lagi sekelip mata.}




PRK P036 KT: Datuk Zahar Hashim kota janji, bantu kempen calon PAS



Selepas membuat kejutan dengan menyertai PAS, Datuk Zahar Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan telah mengotakan janjinya sebelum ini untuk membantu calon PAS pada PRK P036 Kuala Terengganu.


Datuk Zahar dengan penuh semangat dan ikhlas telah turut sama menyertai Ceramah Mega Pengenalan Calon PAS yang diadakan di tepi pantai berdekatan Kampung Paya Bunga.


Awasi provokasi 'musuh' - Presiden PAS

KUALA TERENGGANU - PAS mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usaha provokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti.

Sebaiknya, sebarang isu terutama berkaitan pengundi hantu diserahkan kepada pemimpin yang tentukan dan usah bertindak sendirian.


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada Majlis Ceramah Pemimpin Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, semalam.


Katanya, rakyat di daerah Kuala Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya kecil ini sedia membuat perubahan ke arah pembentukan kerajaan yang lebih adil.


"Saya bimbang jika ada provokasi oleh pihak tertentu. Isu 'pengundi hantu' biar pemimpin yang tentukan dan usah kita (rakyat) kejar (bertindak) tahan bas tanpa arahan. Bas pelajar pun kejar juga, biar pemimpin yang tentukan itu,"ujarnya.


Beliau mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi pihak musuh akan dilakukan bagi memburuk-burukkan parti PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.


Katanya, rakyat terutama para pengundi perlu berada dalam suasana yang selesa, tenang, aman dan baik sepanjang tempoh kempen ini.


Menurutnya, rakyat perlu memilih calon yang benar-benar layak serta mampu membawa suara rakyat di Parlimen.


"Pilih (undi) calon yang mempunyai kemampuan untuk membawa suara rakyat di Parlimen supaya kita hadapi pilihan raya dengan cara yang tenang, dengan cara yang aman dan baik.


"Saya melihat rakyat di Kuala Terengganu ini bersedia untuk membuat perubahan sebagaimana yang berlaku di pantai barat.


"Saya dengar cerita akan berlaku provokasi, pakai lambang bulan, pakai kopiah macam kita (PAS) tetapi bertindak di luar kawalan dan arahan pemimpin,"ujarnya.


Katanya, rakyat tidak boleh hidup dengan baik, aman dan selamat selagi negara mempunyai pemimpin parti yang rasuah.


Menurutnya, Umno merupakan sebuah parti rasuah dan rakyat yang cerdik tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik provokasi tersebut.


Justeru itu, kata Ustaz Abdul Hadi usaha mendekati rakyat perlu dilaksanakan dengan berhemah agar mereka (pengundi) tidak takut hendak keluar mengundi.


Menurutnya, jika negara mengamalkan cara pemilihan yang telus, adil dan baik semua pilihan raya yang diadakan bakal dimenangi oleh parti PAS dan Pakatan Rakyat.


Hadir sama pada majlis tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS, Dato' Mustafa Ali dan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin lain.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .