Ikuti Blog ini

Presiden PAS Sedia Dicabar Pada Muktamar Jun ini


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar Pas Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.

Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.

"(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya. Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar Pas yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam Pas iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam Pas adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.

Abdul Hadi berkata beliau tetap bersama Pas sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.

"Terpulang kepada pengikut sama ada nak tukar ke pakaian atau baju (pemimpin) kita. Namun saya terus bersama Pas, yang penting ialah pemimpin Islam. Siapa jadi pemimpin saya tak kisah," katanya.








LANGKAH SUSULAN PERTAHAN KEWIBAWAAN SPEAKER


LANGKAH SUSULAN PERTAHAN KEWIBAWAAN SPEAKER




Kenyataan Media Speaker Perak.



Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang didampingi oleh ADUN Titi Serong menyatakan sesuatu kepada rakan media.
"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker" Kata V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatut dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" DUN.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Hj. Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approch" dan tidak ikut protokol" memaklum perkenan itu kepada ADUN.

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata " kenapa kelam kabut" ?

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekira Speaker Dewan Rakyar, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri ?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontraversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa " tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang. Speaker Perak membuat sidang media pada jam 12.45pm tadi berkaitan dengan Persidangan Dewan Negeri 7 Mei 2009.



Semasa ditanya kepada ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah ADUN PR akan hadir pada sidang 7 Mei. Katanya " Perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu di sampaikan kepada kami, sah atau tidak".

"Sekali lagi BN buat telur busuk" kata Khalil.

PANAS: Tok Guru Nik Aziz, 'Ustaz' Nga Kor Meng di Melewar 19 April ESOK.


Ustaz Nga Kor Meng dijangka akan menarik ribuan penyokong Pakatan Rakyat untuk menjenguk Markaz PAS esok 19 April, jam 9.30 malam

MURSYIDUL AM PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng akan bersemuka dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, 19 April ini.

Demikian kenyataan ringkas Timbalan Yang Dipertua PAS Batu, Hj Suhaimi Abdul Rahman kepada Harakah.

Mereka katanya, akan menyampaikan ceramah pada "Himpunan Rakyat Meraikan Kemenangan Dua Bukit" bagi menceritakan lebih lanjut, pahit getir sepanjang berkempen di Bukit Gantang. Nga yang lebih popular dengan panggilan 'Ustaz Nga' antara sasaran BN bagi menjatuhkan reputasi Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil.

Program anjuran PAS Kawasan Batu itu bermula jam 9.30 malam itu turut menampilkan bekas pensyarah Sains Sosial dan Antropologi Universiti Malaya, Ann Wan Seng. Orang ramai dijemput hadir.

Selain kisah 'Ustaz Nga' membaca ayat al-Quran sewaktu berkempen di Bukit Gantang telah menimbulkan kontroversi, dan satu laporan polis dibuat oleh proksi Umno; perkembangan terkini di Perak juga akan dikupas oleh beliau pada program itu, ujar Suhaimi.

Tok Guru Nik Aziz antara pemimpin utama PAS yang membela Nga dalam isu membacaan ayat al-Quran. Kesempatan itu juga, Nga diberi penghormatan untu melancarkan sebuah novel terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. berjudul "Bidadari Dari Timur".

Novel tersebut juga, akan dilancarkan oleh Tok Guru Nik Aziz di Dewan Kedah & Johor Bangunan PWTC antara jam 12 hingga 1.00 tengahari sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di ibu negara.



UMNO BN Sudah Siapkan Bendera Putih Untuk Penanti



Laporan terkini menunjukkan UMNO BN sudah punbersedia untuk mengangkat bendera putih apabila dilaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah berkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Menurutnya lagi, banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Walauapa pun alasan yang dikemukakan ia merupakan satu perkembangan positif kerana ini menunjukkan UMNO BN menyedari mengenai keberangkalian untuk mereka memenangi pilihanraya kecil berkenaan adalah tipis dan justeru sememangnya lngkah untuk UMNO BN menyertainya adalah satu pembaziran wang dan masa.

UMNO BN sekalipun mengelak dengan mengemukakan alasan yang lain namun yang nyata itulah faktor yang sebenarnya bahawa tidak mungkin untuk UMNO BN memenangi pilihanraya kecil Penanti dan jika masih terus ingin menyertainya maka UMNO BN perlu bersedia menghadapi risiko untuk diaibkan lagi dan lagi.

Tahniah Najib jika anda memilih untuk bersikap anak jantan yang bersedia untuk mengakui kelemahan diri dan parti anda. - Greenboc








Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari


MESKIPUN keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.

Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".

Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.

Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.

"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".

Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.

"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.

Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.



Usul undi tidak percaya kepada Ali Rustam ditolak

ImageMELAKA - Usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang bakal dibawa oleh DAP ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20 hingga 23 April depan telah ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.


Menurut Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San bahawa empat usul yang melibatkan kepentingan rakyat dan integriti kerajaan negeri telah ditolak oleh speaker tanpa alasan yang kukuh.


"Usul pertama yang ditolak ialah undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini sehingga rakyat Melaka mempersoalkan integriti beliau," kata Goh.


Selain itu katanya, usul yang meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak.


"Kami juga mengusulkan supaya kerajaan negeri Melaka mempercepatkan projek pembinaan jalan pesisir pantai dari Melaka Raya ke Padang Temu dan mengkaji semula langkah menukar laluan di Melaka Raya untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas tetapi ianya ditolak juga.


"Manakala usul ke empat yang ditolak ialah meminta agar sistem sekatan kuota Bumiputera bagi pembangunan perumahan dan lain-lain sektor berkaitan bagi menangani kegawatan ekonomi juga ditolak," katanya.


Goh menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh speaker Dun itu adalah bermotifkan politik dan menunjukkan Ali Rustam sendiri bimbang berkemungkinan ada Adun BN yang akan menyokong usul-usul tersebut.


"Saya rasa Ali Rustam juga tidak percaya kepada Adunnya sendiri di mana andainya usul undi tidak percaya diterima, kemungkinan ada Adunnya yang akan sokong.


"Begitu juga tentang pengisytiharan harta jika mereka bersih tidak melakukan kesalahan kenapa takut untuk isytiharkan harta yang mereka," katanya.


SPR Alat UMNO/BN Mahu Sekat Bilangan Penyokong Parti






Sejak dulu kini dan selamanya SPR sering kali dilihat bersikap senget sebelah dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini khususnya apabila melibatkan pembangkang.

SPR dilihat sering menjadi alat dan hanya mengikut telunjuk Umno@BN dalam melaksanakan hal-hal berkaitan dengan pilihanraya di negara ini.

Terkini menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yuso, badan itu sedang memikirkan dengan serius untuk menghadkan bilangan penyokong sewaktu hari penamaan calon. Ini berikutan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang jauh berlipat kali ganda menenggelamkan 'gelombang biru' yang cukup dimegahkan oleh Umno@BN. Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu dan lima pilihanraya kecil selepas itu ternyata cukup menggerunkan Umno@BN.

Maka pelbagai tuduhan dilemparkan dengan mengatakan penyokong Pakatan Rakyat tidak terkawal, ganas dan membuat provokasi. Andai kata penyokong Umno@BN mengatasi kehadiran penyokong Pakatan Rakyat semasa hari penamaan calon saya yakin SPR tidak berani untuk bertindak atau mengakaji untuk menghadkan kehadiran penyokong.

Jika SPR benar-benar adil dan telus, SPR sepatutnya bertindak tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang. Kenapa Umno@BN dibiarkan memanipulasi dan memonopoli media dan jentera kerajaan tanpa sebarang tindakan dari SPR? Begitu juga dengan gejala rasuah yang melibatkan Umno@BN tidak termasuk sogokan lain seperti projek 'mee segera' yang dilihat sebelah mata sahaja oleh SPR.



PRK N12 DUN Penanti ~ Kenapa SPR lambat buat keputusan ?


SPR MALAYSIA ELECTION ANNOUNCEMENT,2321740154_9c3b911e43_m by 林尚豪LIM SEONG HOE & LIM 'S 林GALLERY---KEADI.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof mengatakan pihaknya sudah dimaklumkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang petang ini bahawa surat makluman tentang kekosongan sudah pun diterima daripada Speaker DUN Pulau Pinang.

Namun kenyataan SPR yang memaklumkan hanya pada Rabu depan akan bermesyuarat dan pada Jumaat akan memaklumkan kepada umum, amat mengejutkan dan merupakan sesuatu yang luarbiasa.

Saya melihat semacam sesuatu yang tidak kena kepada SPR. Mungkin SPR sudah naik tocang bila Mahkamah memutuskan bagi kes di Perak bahawa SPR lah yang berhak menentukan kekosongan DUN, oleh itu boleh dilambat-lambatkan .

Nampaknya amalan sebelum ini untuk mempercepatkan penghantaran makluman dari Speaker DUN kepengetahun SPR mula diperlambatkan. Dal kes Penanti pada hari isnin minggu depan baru akan sampai ke pengetahuan SPR Putrajaya.

Selain itu saya kira wajar kalau sudah menerima makluman dari Speaker DUN ada beberapa hari sengang untuk bermesyuarat. Hari Rabu untuk menentukan kekosongan Penanti sudah boleh diterima.

Tetapi yang tidak boleh diterima kenapakah sampai perlu menunggu dua hari dan pada hari Jumaat baru diumumkan keputusan mesyuarat. Amalan biasa sesudah mesyuarat keputusan akan diumumkan.

Bila diajukan persoalan tersebut Pengerusi SPR memberitahu bahawa SPR memerlukan masa untuk membincangkan banyak perkara mengenainya. Satu jawapan yang menimbul banyak tandatanya.

Apakah rasa jemu yang dirasakan oleh Najib kepada PRK juga berjangkit kepada SPR. Kegagalan SPR yang menjadi pengadil yang berat sebelah hanya mampu memenangkan satu dari 5 kerusi yang dipertandingkan.

Berita yang ingin kita dengar ialah SPR memaklumkan tidak akan ada PRK di Penanti dengan alasan tidak berapa lama lagi PM Najib akan mengumumkan Pilihanraya Umum ke 13.~ Cina Islam

Laporan dedah kelemahan MB T'ganu

Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka.


Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.


Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.


Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.


Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.


"Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri," laporan itu dipetik.


Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.


Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.


Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).


Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."


Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."


"Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.


Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.


Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam.


"Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN," katanya.


Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.


Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.


Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.


Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar.


"Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya.


Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu.


Permohonan DS Nizar mengadap Tuanku Belum Mendapat Jawapan


dsc_0029 by perakdaily.

DATO’ SERI IR HJ NIZAR MOHON MENGADAP TUANKU


Hari ini Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi memohon mengadap sembah DYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Permohonan mengadap sembah bertarikh 11 Mac 2009 tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak istana. Sehubungan itu, Dato’ Seri sekali lagi memohon mengadap bagi menyembah maklum keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat dalam Sidang DUN Tergempar yang lalu. Surat permohonan telahpun difaxkan oleh Setiausaha Politik melalui Kol. Dato’ Abd. Rahim bin mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Perak jam 3.40 petang tadi.


Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Speaker yang menggantung Dato’ Zambry dan enam orang EXCO dari memasuki sidang dewan. Ekoran daripada itu, krisis Perak tetap tidak ada kesudahannya, beberapa pihak melihat kuasa Speaker telah dinafikan oleh mahkamah, Speaker yang mempunyai kuasa dalam memberi tafsiran terhadap Perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri Perak telah hilang kekuasaannya. Speaker tidak ada imuniti terhadap keputusan yang dibuatnya.

Penyelesaian yang paling adil dalam mengatasi kemelut politik di Perak ialah mengadap Tuanku bagi mohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan, biar rakyat yang menjadi hakim terhadap kemelut ini. Semua pihak baik PR mahupun BN serahkan semula mandat ini kepada rakyat untuk memilih semula Kerajaan di Perak. Apa pun keputusan rakyat, semua pihak hendaklah akur dengan kehendak rakyat.


Ini yang kita mahu, jangan jadikan Perak negeri yang mencetus sejarah dengan membelakangi kepentingan rakyat dan undang-undang. Rakyat hakim yang paling adil dalam menyelesaikan isu ini.


Sumber : Ustaz Misbahul Munir (SU Politik YAB MB Perak)

Tok Guru Nik Aziz: One Malaysia, Melayu Umno bakal tentang Najib




Hanya Islam mampu menemukan seluruh kaum dan mengiktiraf kepelbagaian bangsa.


Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?


Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.


Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.


Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.


Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:


Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.


Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah


Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.


Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.


Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.


Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:


1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.


3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.


5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.


6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.


7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.


8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.


Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.


Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.


Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.


Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.


Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.


Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.


Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.


Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.


Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.


Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.


PRK N12 DUN Penanti - Analisis


DUN N12 Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari segi struktur masyarakatnya pula

Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

Melayu...62.9%
Cina.....33.2%
India.....2.8%

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009




PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.

Bagi pilihanraya kecil kali ini, UMNO sepastinya memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan. Namun Fairus sendiri di dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau telah pun menjawabnya terlebih dahulu sebelum ia sempat menjadi modal besar UMNO di Penanti.

Mengenai dakwaan keterlibatan beliau di dalam aktiviti kuari haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairus mendakwa beliau tidak terlibat dan semua yang berlaku hanyalah fitnah dan sebahagian dari usaha untuk menjatuhkannya.

“Saya telah melakukan kerja-kerja untuk dewan undangan negeri Penanti sebaik mungkin dan telah mendapat sokongan dari para pengundi saya. Semua yang di luar tidak tahu dan tidak mengerti kerana kerja dan perkhidmatan yang saya lakukan selama ini tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar,” kata Fairus.

Pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya kecil Penanti, berkemungkinan dengan majoriti yang lebih tinggi berdasarkan senario semasa yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.

13 lepas tangkap 3 ditahan ISA, terbaru 1 April



Walaupun perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, tiga lagi ditahan bawah akta kontroversi itu sejak bulan lalu.Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam. Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.


Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.
Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya. Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.

Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi. "Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media. "Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.Turut hadir di pejabat Suhakam hari ini, ibu dan adik Agus yang tiba dari Medan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .