Ikuti Blog ini
PAS lapor Polis fitnah keatas Ustaz Salleh , at 22.8.09,
Bekas Ketua Penerangan Pulau Pinang, Zulkifli Mat Lazim (Gambar - dikiri Mahfudz) telah membuat satu laporan polis dibalai polis Bukit Mertajam.
”Hari ini beliau datang dengan satu laporan polis, yang dia telah buat di Balai Polis Bukit Mertajam, membuat satu report yang mengatakan satu fitnah,
”dan meminta pihak polis mmbuat satu siasatan keatas merka yang membuat laporan (fitnah) berkenaan,”kata Pengarah Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz di Markaz Besar, disini semalam.
Kelmarin Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah membuat penafian berkenaan perkara tersebut.
Mujahid telah menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim mendakwa Ustaz Salleh Man menggelapkan wang parti.
Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.
UMNO Edar Risalah Hasutan Terang-Terangan , at 22.8.09,
Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.
Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.
“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.
Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.
AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.
“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.
Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.
Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.
Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.
“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.
Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.
Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.
Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.
“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.
“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.
Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.
“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dari Muslimeen United , at 22.8.09,
Dengan ini Muslimeen United mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca.Gandakan amalan kita di bulan yang mulia ini. Semoga ALLAH memberkati apa amalan yang kita buat! salam
Tazkirah Ramadhan : Ust Ghani Shamsudin
Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Berucap Atas Pentas PAS , at 22.8.09,
PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi Calon UMNO/BN Rohaizat Othman mengotakan katanya dengan berucap di atas pentas PAS dalam siri kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Yusri Isahak, yang membuat penampilan mengejutkan pada 20 Ogos lalu pada satu sidang media khas di Yayasan Aman, Penanti, telah mengatakan, kawan baiknya Rohaizat mengkhianati UMNO/BN kerana tidak menyatakan kebenaran.
Semalam, di pentas ceramah PAS yang berlangsung di Permatang Janggus disini, Rohaizat telah dengan tegas menyatakan, tuduhan ketua penerangan UMNO Ahmad Malan keatas dirinya adalah bohong dan berniat jahat.
”Saya, Yusri Isahak, telah dituduh di dalam TV dan suratkhabar bahawa saya yang menyebabkan lesen guaman Rohaizat digantung,
”disini, saya ingin nyatakan adalah urusan jual beli tanah ini disedari sepenuhnya oleh rakan kongsi saya Rohaizat Othman,
”jadi apabila Ahmad Maslan mengatakan bahawa Rohaizat Othman tidak langsung mengetahui urusan jual beli tanah ini,
”ia adalah satu pembohongan, satu penipuan yang sengaja diadakan untuk menunjukkan calon mereka itu adalah seorang yang bersih,”tegasnya.
Menurutnya, beliau tampil bukan untuk berkempen bagi pihak PAS kerana menurutnya PAS adalah parti yang sudah stabil dan kuat untuk memenangi pilihanraya berkenaan.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya penampilan beliau adalah atas desakan pihak lain dan beliau dipergunakan oleh PAS.
Yusri turut mengimbas kembali zaman pengajiannya di universiti bersama-sama rakannya yang katanya, kini digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN untuk mencapai matlamat dan kepentingan parti itu semata-mata
Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang , at 22.8.09,
Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.
Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.
Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kalikedua himpunan besar-besaran memabnath dasar itu.
Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsaitu.
"Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno.Justeru saya akan terus bersuara dimana-mana pentas yang menjemput saya.
"Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan,kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan.
"RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu,"ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos.
Hadir sama,mendengar luhan hati Sasterawan Newgaraituialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man.
Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya.
Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya'itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya.
Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu.
"Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun."
Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.
Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dijadual berkempen di pentas PAS bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.
Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN.
Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata.
Respon Nik Aziz berhubung kenyataannya yang didakwa melampau ,Jumaat, Ogos 21, 2009 at 21.8.09,
Tok Guru sedia bersemuka dengan Majlis FatwaMursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.
“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?
ATM: Penipu Akan Terus Menipu..! , at 21.8.09,
Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamiditelah respon kepada isu Kor Perubatan Tentera yang di"UMNO"kan dalam siri kempen Pilihanraya Kacil N11.Beliau menjelaskan bahawa program "jiwa murni" itu bukan bertujuan politik. siapa disini boleh yakin dan percaya tindakan Zahid itu sedangkan beliau sendiri menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.
Kalau tidak dengan tujuan politik, apa tujuannya..? Kami mempunyai bukti bergambar "UMNO bohong 1Malaysia, khususnya para penduduk Permatang Pasir sendiri...

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat , at 21.8.09,
Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.
"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.
"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.
Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz juga mendedahkan bagaimana seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.
Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.
"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.
Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".
Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.
Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.
Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.
Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.
Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.
Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.
Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.
Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.
Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.
"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut," kata beliau.
Program Padang Bersama Calon PAS N11 , at 21.8.09,
LAGI PENDEDAHAN : NASARUDDIN TANTAWI DAKWA ROHAIZAT PUNYA ISTERI KEDUA DI PAHANG ,Khamis, Ogos 20, 2009 at 20.8.09,
Apabila UMNO takut untuk ber "PRK" , at 20.8.09,

SEBERANG PRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif - dari UMNO/BN - yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya. Untuk berita lanjut sila klik sini.
Inilah keadaan UMNO/BN sekarang. Takut menghadapi 'kematian' nya. Takut untuk menghadapi kenyataan bahawa UMNO/BN kini kian dibenci rakyat. Muhyiddin sendiri mengakuinya. Kekuatan mereka akan dirobek satu persatu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Allah S.W.T Berfirman tentang kehancuran satu kaum atau umat itu pasti tiba walaupun mereka cuba untuk menghalangnya. Ianya telah Tercatat dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 34 yang bermaksud. AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu[537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya ke belakang barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) untuk meneruskannya ke hadapan." ShodaqALLAHul'Azim.
[537]. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.
WAllahua'alam ....
UMNO/BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..! , at 20.8.09,
Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.
Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.
GEMPARR !!! Surat : Kait pegawai tinggi SPRM , at 20.8.09,

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.
Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.
Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.
Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selango ritu, ditemui mati.
Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.
PR Bangga Calonnya Bersih - Guan Eng , at 20.8.09,
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berbangga apabila Pakatan Rakyat dapat mengemukakan seorang calon yang bersih dari sebarang masalah integriti dan moral.Menurutnya, keputusan Pas untuk mencalonkan Salleh Man bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mencipta sejarah menjadi negeri berjiwa rakyat.
“Calon kita mesti yang bersih jujur dan sedia khidmat pada rakyat, kita tidak mahu wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai dan makan duit orang. Tidak mahu wakil rakyat yang dipecat badan profesional kerana tidak jujur,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat.
Menurutnya, pembentukan kerajaan berjiwa rakyat memerlukan usaha bersama dan perkongsian prinsip yang satu bagi memastikan tradisi kepimpinan BN yang mengamalkan kerajaan kroni dapat dibasmi.
Guan Eng berkata beliau yakin masyarakat di Permatang Pasir sedia maklum mengenai usaha penubuhan kerajaan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.
“Saya percaya calon kita Salleh Othman memenuhi semua kriteria ini bersih, beramanah, cekap dan bertakwa kepada Tuhan. Ada pertikaian terhadap integritinya (Rohaizat) dan kita amat berbangga calon kita memenuhi syarat asas khususnya intregriti,”katanya.
Guan berkata pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Permatang Pasir untuk menentukan pemimpin jenis apa yang mahu mereka hantar mewakili warga Permatang Pasir ke Dewan Undangan Negeri.
“Kita tidak akan bersikap angkuh, kita akan yakin tetapi terus bekerja bagi memastikan kemenangan,” katanya.
