Ikuti Blog ini

Najib mengaku jumpa Saiful


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Menurutnya, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.
Dia datang kerana mahu pertolongan dari saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Najib berkata, Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohonkan biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak bila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .