Ikuti Blog ini

Polis terus menjadi kuda tunggangan BN



Polis terus menjadi kuda tunggangan kerajaan zalim BN apabila cuba menghalang orang ramai dari menyertai himpunan protes 6 Julai. Amaran ini merupakan satu lagi pencabulan kepada hak kebebasan bersuara dan hak asasi rakyat untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Demonstrasi-demonstrasi sebelum ini jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang dan peraturan di mana tidak pernah berlaku kekacauan atau rusuhan melainkan adanya provokasi oleh pihak keselamatan sendiri. Atas fakta ini, tidak ada sebab mengapa Polis perlu menghalang rakyat untuk berhimpun 6 Julai ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, yang dijadualkan Ahad ini di Padang Timur, Petaling Jaya kerana menurutnya ia merupakan perhimpunan haram.Katanya, beliau telah menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.
Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati. "Saya ada bercakap hal ini dengan menteri besar kelmarin, beliau kata akan mempertimbangkannya namun sehingga hari ini saya belum mendapat sebarang maklum balas," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata, penganjur perhimpunan berkenaan tidak memohon permit polis dan kawasan, yang sempit itu tidak sesuai untuk penganjuran apa-apa perhimpunan.Katanya, ia hanya akan mengundang ketidakselesaan dan kesesakan lalulintas, demikian menurut laporan Bernama.

"Jangan sertai perhimpuanan berkenaan kerana ia tidak ada permit polis dan tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang menyertainya," katanya. Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik, dijadual mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .