Ikuti Blog ini

Pemuda Pas Akan Edar Risalah dakwah di konsert Avril

Pemudawilayah - Bagi mereka yang ingin turut serta dalam XPDC Dakwah ini, sila berkumpul di hadapan Stadium Merdeka pada jam 7.00 petang, 29 Ogos 2008….sebarkan maklumat ini pada seluruh umat Islam. Menyelamatkan akidah anak-nak muda adalah tanggungjawab kita bersama.

Ratusan anggota Pemuda PAS akan mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne di Stadium Merdeka, Jumaat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dijadual mengetuai lebih 500 ahli dewan itu untuk mengedarkan lebih 10,000 risalah kepada pengunjung beragama Islam di konsert itu yang diadakan bersempena siri jelajah antarabangsa penyanyi itu di Asia Tenggara.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad memberitahu Malaysiakini, risalah nasihat tentang masalah sosial di kalangan remaja itu kini sedang dicetak.

“Risalah itu untuk mengajak kembali kepada fitrah Islam yang sebenarnya,” katanya.

“Oleh kerana sekarang sudah dekat dengan (sambutan) kemerdekaan dan Ramadhan, apa yang perlu dibuat oleh remaja (untuk dimuatkan dalam risalah).”

Risalah itu turut memasukkan makna ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .