Ikuti Blog ini

Ex-gratia: Salleh Abas, 5 bekas hakim terima lebih RM10 juta

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (kanan)menerima ex-gratia daripada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada 20 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima bekas hakim kanan yang lain menerima bayaran ex-gratia dengan jumlah keseluruhan RM10.5 juta sebagai pampasan atas pemecatan mereka pada tahun 1998 yang lalu.

Pembayaran ex-gratia itu diumumkan Perdana Menteri pada April lalu sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman tersebut dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.

Bekas hakim terlibat selain Salleh ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulas mengenai jaminannya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat, baru-baru ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah sebenar pembayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim kanan yang lain.

Jaminan itu dibuat selepas beliau beberapa kali didesak oleh ahli Parlimen pembangkang supaya mendedahkan jumlah pembayaran tersebut kerana ia merupakan wang rakyat.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .