Ikuti Blog ini

Azhan Harap Pengundi Kuala Terengganu ‘Buka Mata’

http://buletinonline.net/images/berita15/azhanatan.jpgKuala Terengganu - Selepas dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid anjuran TV9, Azhan Atan menjejakkan kakinya kali pertama di Kuala Terengganu atas jemputan Dewan Pemuda PAS Terengganu.
“Ini kali pertama setelah johan akademi nasyid, untuk buat (konsert), tapi kalau pergi Terengganu untuk program-program mesyuarat Unit Amal, itu biasalah,

“ini memang proses penjelajahan saya ke negeri-negeri, Terengganu antara negeri terakhir yang saya lawati,”katanya ketika ditemui sebelum memulakan persembahan dalam Konsert Hiburan Alternatif di Kuala Ibai semalam.

http://buletinonline.net/images/berita15/azhanatan1.jpgMenurutnya, beliau mengetahui dan telah pun bersedia dengan agenda politik dan pilihanraya terutamanya dalam konteks pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

“saya memang tahu program ini bersempena dengan program pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan saya memang telah bersedia dan tidak ada masalah,”kata Azhan yang kini bernaung dibawah Hijjaz Record dan TV9.

Beliau berkata pihak-pihak berkenaan telah sedia maklum bahawa sebelum menjuarai Akademi Nasyid beliau adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai, Johor.

Sehubungan itu, katanya album baru beliau sedang dalam proses rakaman dan akan mula dipasarkan pada Februari, 2009.

“Sekarang ni tengah masuk studio, Hijjaz Record Kota Damansara, dah siap tujuh lagu dan tinggal tiga lagu sahaja,”katanya

Justeru beliau berharap agar para pengundi Kuala Terengganu dapat ‘membuka mata’ agar dapat memilih calun yang lebih (dekat) kepada mardhotillah (keredhaan Allah).

“yang pastinya minta kepada pengundi, supaya sebelum keluar mengundi, malamnya itu mereka membuat (solat) istikharah, meminta Allah menunjukkan calun,

“pada saya (peribadi) saya, beri undi kepada PAS lah, tapi dalam bentuk umumnya, untuk pengundi atas pagar, biar dia fikir keputusan yang dibuat itu adalah didorong oleh ketentuan Allah SWT,”tambahnya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .