Ikuti Blog ini

SYABAS DATO' PADUKA HUSAM MUSA...!

La tahzan...

Jangan sesiapa di kalangan ahli dan penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan YB Husam Musa menyatakan PAS akan melaksanakan hukum hudud apabila memerintah kerajaan Malaysia.

Walaupun kita semua tahu, malah YB Husam pun tahu, soalan daripada Khairy adalah soalan perangkap, tetapi apabila sebut tentang prinsip parti dan jamaah, itulah tindakan terbaik bagi YB Husam, pada waktu itu (debat) menyatakan demikian. (Mungkin waktu ini, Khairy berasa sahamnya dah naik semula selepas program debat itu).

Kita pun tahu, selepas itu, pasti akan ada tindakan follow up daripada UMNO dan jenteranya (termasuklah TV dan akhbar) mengenai isu ini. Dan ia memang telah berlaku sekarang . PAS dan Husam diserang bertubi-tubi dan dilaga-lagakan dengan rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP.

Memanglah, jika ditanya kepada DAP (YB Karpal Singh) pasti komen beliau sebagai Pengerusi DAP agak berbeza dengan kita (PAS). Ini kerana, dalam konteks parti (bukan Pakatan Rakyat), DAP sendiri mempunyai dasar dan prinsip yang berbeza dengan PAS. Kalau YB Husam Musa berani menyatakan prinsip PAS maka YB Karpal Singh pun sudah tentu berani menyatakan prinsip parti yang disayanginya, DAP.

Sebab itu wujudnya Pakatan Rakyat. Kita bertemu dan bekerja atas dasar persamaan dalam matlamat iaitu antaranya menentang kezaliman BN/UMNO. Malah kalau boleh menjatuhkan BN di peringkat persekutuan.

Sepatutnya ?

Sepatutnya setiap pihak, terutamanya semua ahli dalam Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) menghormati apa sahaja prinsip parti masing-masing kerana itu adalah hak masing-masing. Kalau PR dapat menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuanpun, rasanya formula yang digunakan di beberapa buah negeri PR akan diguna pakai. Kita ada model seperti Perak, Pulau Pinang, dan Selangor di mana setakat ini wujudnya pakatan yang amat erat dalam erti kata sebuah kerajaan negeri PR.

Sama ada kita sedar atau tidak, ada prinsip dan nilai Islam itu telah dilaksanakan di negeri-negeri PR seperti kebajikan dan keadilan. Malah ini telah disepakati bersama antara PAS, DAP dan PKR dengan baik sekali.

Apapun, syabas YB Dato' Paduka Husam Musa... tuan telah menjalankan amanah sebagai pimpinan PAS (Naib Presiden) dengan baik sekali.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .