Ikuti Blog ini

Mohamad Sabu pilihan Tuan Guru Nik Aziz di KT


Kita tunggu Presiden balik menunaikan haji dulu, lepas itu baru kita tau apa tindakan lanjut yang diambil.

Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat suka sekiranya PAS memilih tokoh kanannya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu untuk bersaing dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu.

nik aziz mat sabu kuala terengganu by election 031208Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.

Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Kerusi itu kosong susulan kematian mengejut Razali, yang juga timbalan menteri pelajaran, minggu lalu.

Bercakap di sidang media di Kota Bharu, Nik Aziz berkata Mohamad hanyalah cadangan peribadinya dan terpulang kepada PAS serta Pakatan Rakyat untuk memilih calon pembangkang di kerusi panas tersebut.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .