Ikuti Blog ini

PAS bantah IJN dijual

PAS bantah IJN dijual pada Sime Darby

KUALA LUMPUR
- PAS membantah keras hasrat kerajaan mahu menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Berhad.

Penjualan IJN atas dasar penswastaan itu menandakan kedudukan kewangan negara barada pada tahap kritikal akibat dari penyelewengan dan rasuah yang semakin meningkat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.


"Kita mempersoalkan apa keperluan terdesak kerajaan mahu menjual IJN ini kepada Sime Darby sedangkan IJN tidak menghadapi masalah kewangan sebaliknya kerajaan yang menghadapi masalah kewangan.

"Kalau Kementerian Kewangan sudah tidak mampu menguruskan IJN serahkan saja kepada Kementerian Kesihatan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.


Beliau turut mempersoalkan apakah hasrat kerajaan mahu menjual IJN kepada Sime Darby kerana ada pihak tertentu yang bakal memperolehi keuntungan.

Mahfuz menegaskan PAS mebantah penjualan IJN kerana kerana selama ini institusi itu sedikit sebanyak membantu rakyat yang tidak berkemampuan.


Selain itu beliau berkata, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan bayarannya menurun.

"Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah," kata beliau.


Beliau juga menegaskan apa yang penting ialah sama ada penswastaan boleh menjamin kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan.

"Bila diswastakan tentu akan ramai doktor pakar memilih untuk berkhidmat di hospital swasta kerana tawaran gaji dan beberapa insentif yang menarik dan akhirnya hospital kerajaan tidak lagi mempunyai doktor pakar," tegas Mahfuz.

Bernama pada 17 Disember lalu melaporkan Sime Darby Berhad melalui Sime Darby Healthcare telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasratnya membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd.


Kabinet pada prinsipnya sudah bersetuju untuk menjual kepentingan Kementerian Kewangan kepada Sime Darby Healthcare.

IJN ditubuhkan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan jantung pada kadar yang lebih murah berbanding hospital swasta.

Ketika ini, Kementerian Kewangan melalui syarikat Menteri Kewangan diperbadankan memiliki 99 peratus saham IJN.


Malaysiakini.tv : Gov't gives green light to IJN privatisation

Buletin TV3 : Isu Penswastaan IJN

Dr Mahathir sendiri pernah berehat di IJN buat beberapa bulan, setahun yang lalu.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .