Ikuti Blog ini

WAH....HEBAT DAN GLAMOURNYA KETUA POLIS SELANGOR!!











Kelmarin (20 Disember 2008), ketika hendak keluar dari pintu rumah saya mendengar tajuk berita TV yang menyebut baginda Sultan Selangor dukacita kerana kanak-kanak telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi mencapai cita-cita politik mereka. Dalam hati saya berkata, oh Sultan sedang bercakap mengenai politik ni, biar dengar dulu apa baginda kata. Tetapi apabila mengikuti keseluruhan berita itu apa yang ditunjukkan di layar TV bukanlah ucapan baginda Sultan, tetapi ucapan Ketua Polis yang paling glamour masa kini, siapa lagi jika bukan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau antara lain menyatakan Sultan telah menyatakan rasa dukacita terhadap penggunaan kanak-kanak untuk berbasikal yang dianggap baginda sebagai mengeksploit mereka. Teguran baginda dipercayai merujuk kepada penglibatan kanak-kanak berbasikal ke Parlimen yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai JERIT.

Tidak lama kemudian keluar pula berita di TV yang sama mengenai persidangan akhbar oleh Datuk Khalid Abu Bakar mengenai laporan rasmi tahap keselamatan Bukit Antarabangsa. Beliau kelihatan di TV membaca laporan keselamatan Bukit Antarabangsa yang disediakan oleh pihak JKR. Difahamkan laporan yang disediakan JKR itu disampaikan satu salinan kepada Menteri Besar Selangor selaku ketua Kerajaan Negeri dan satu salinan lagi kepada Ketua Polis Selangor selaku Ketua Operasi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

Ketika melihat kemunculan tokoh glamour ini, hati saya berbisik, oh...betapa hebatnya Datuk Khalid hari ini, dia bercakap bagi pihak Sultan dan Menteri Besar sekali gus!!

Bukan salah Ketua Polis Negeri bercakap bagi pihak Sultan yang tidak berada di dalam negeri, tetapi saya berpendapat adalah lebih afdal jika yang bercakap bagi pihak Sultan itu ialah authorithy yang lebih bersesuaian mengikut protokolnya. Apa yang diucapkan Ketua Polis Negeri mengenai penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti berbasikal itu mungkin benar berdasarkan titah Sultan sebelum beliau keluar negara semalam. Cuma jikalah benar titah Sultan sedemikian adalah lebih manis jika yang membuat kenyataan akhbar itu ialah ketua Kerajaan Negeri itu sendiri iaitu Menteri Besar yang merupakan orang nombor 2 selepas Sultan. Atau jika tidak Menteri Besar pun orang yang paling rapat dengan baginda ialah Setiausaha Sulit baginda Sultan sendiri juga boleh membuat kenyataan akhbar bagi pihak Sultan. Mengapa yang membuat kenyataan akhbar itu ialah Ketua Polis Negeri yang semakin glamour selepas tragedi Bukit Antarabangsa itu, tidak tahulah. Mungkin juga kerana ia membabitkan isu keselamatan yang terletak di bawah bidang kuasa polis atau Menteri Besar sebagai peneraju Kerajaan Negeri tidak berada di sisi baginda ketika baginda bertitah demikian atau ada sebab-sebab lain, tidak tahulah. Apa yang pasti ialah pertama, kenyataan akhbar Datuk Khalid kelmarin itu menjadikan beliau semakin glamour. Dan kedua, titah Sultan yang dikatakan oleh Datuk Khalid itu hanyalah sesuatu yang bersifat 'hearsay' yang tidak laku jika ia di bawa ke mahkamah.

Begitu juga bukan salah untuk Datuk Khalid mengumumkan laporan JKR mengenai tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa kepada umum kerana beliau merupakan Ketua Operasi tragedi tersebut. Juga bukan salah beliau mengumumkan laporan JKR sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumuman yang sama berkaitan tragedi itu yang cuma berlangsung pada hari ini. Tiada undang-undang yang menyatakan salah untuk Ketua Polis Negeri mengemukakan laporan JKR kepada umum mendahului ketua Kerajaan Negeri. Namun sebagai pegawai senior dalam perkhidmatan kerajaan, beliau sepatutnya faham di mana kedudukan beliau dalam hariki negeri. Negeri adalah di bawah ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar. Oleh itu laporan-laporan besar sedemikian adalah lebih afdal dan manis jika pengumumannya di buat oleh ketua Kerajaan Negeri itu sendiri. Tentu orang tidak akan kata apa-apa jika berita mengenai jenayah dan ketenteraman awam diumumkan oleh Ketua Polis Negeri, tetapi jika laporan JKR seperti itupun perlu diumumkan beliau sendiri dengan mendahului Menteri Besar, takut pula ada pihak yang menuduh Ketua Polis Selangor sebagai tidak tahu protokol dan hanya mengejar glamour. Dan orang juga akan berkata jika Datuk Sri Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar, tentu Datuk Khalid tidak berpeluang untuk menjadi seglamour itu!!

Namun yang paling elok sekali ialah jika ketika laporan JKR itu disampaikan kepada umum, kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Ketua Polis Negeri duduk bersekali di depan meja yang sama. Menteri Besar bolehlah mengumkan laporan JKR dan tindakan-tindakan Kerajan Negeri bagi membantu mangsa, manakala Ketua Polis Negeri pula boleh memberi nasihat kepada mangsa dari aspek keselamatan. Apa yang nampak sekarang seolah-olah ada masalah besar antara ketua Kerajan Negeri dengan Ketua Polis Negeri. Jika di dalam satu kampung Ketua Balai Polis bertelagah dengan Ketua Kampung, maka bermaharajalelah pencuri dan penyamun yang pasti mengambil kesempatan dari hubungan tidak baik 2 peneraju kampung itu.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .