Ikuti Blog ini

Bila Zahid tidak terkejut, itu bermakna…

Nak siasat macam mana lagi zahid, semua orang dah tak mahu pada Umno Dan BN...

Nak siasat macam mana lagi zahid, kerana semua orang dah tak mahu pada Umno Dan BN... Tak boleh diharap untuk memerintah negara itulah puncanya


zahid-bersama-abdullah-dan-najib1

SETAKAT ini, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sahaja tidak terkejut oleh penyeberangan ADUN Bota YB Nasaruddin Hashim ke kem PKR/PR di Perak.


Dalam kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datoh tersebut, beliau berkata:

…dia (Nasharuddin) mesti mempunyai alasan yang kuat (menyertai PKR/PR) dan kita (UMNO) mesti diberitahu sebab musababnya…”


Kenyataan ini, sesekali pandang nampak semacam ada toleransi dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri.


Namun, jika dilihat dari perspektif lain, ada pihak mengatakan bahawa Zahid Hamidi semacam sedang menjadi duri dalam daging UMNO, khususnya dalam peringkat negeri Perak.


Jika dilihat dua tiga kali, lebih membimbangkan. Zahid dilihat cuba mendesak UMNO untuk meludah ke langit; yang akhirnya muka mereka masing-masing akan terpalit oleh ludah sendiri.


Jika perencanaan tip-top Zahid sampai pada tahap ini, bakal Perdana Menteri Malaysia patut sedar oleh 3rd siren @ signal tersebut?


Cuba tanya UMNO Perak, adakah Zahid ada menyertai Majlis Ikrar Taat Setia kepada bakal Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur kelmarin?


Benarkah ura-ura dalaman UMNO Perak sendiri, kononnya Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara play-maker yang sedang giat mencatur penyeberangan 3 ADUN BN/UMNO lagi ke kem oposisi/Pakatan Rakyat?


Jika benar ura-ura ini, apa pula motif Zahid? Adakah ia berkait rapat dengan PAU Mac atau lebih dari itu (menjadi Anwar’s trojan-horse)?


Kasihan bakal Perdana Menteri Malaysia kerana terpaksa berdepan oleh cabaran dari dalam dan luar UMNO sendiri; pada menjelang PAU akan datang?


Adakah wujud arus bawah ke-3 yang mahu bukan sahaja Abdullah pergi dari UMNO, malah Najib sendiri?


Siapakah play-makers yang membuat double-map ini? Jawapannya hanya ada pada Zahid Hamidi dan ‘orang dalam’ UMNO sendiri...



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .