Ikuti Blog ini

Kalau Sudah Menipu, Banyaklah Kelentongnya

Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS-

Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS- penipu

RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah esok

[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.


Ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.


“Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya… majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.


“Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan,” katanya beliau.


Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya “memangkah” BN.


“Semuanya tak betul… itu hak mereka ,” katanya.


“Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS,” katanya.


Mat Razali juga berkata, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh beliau telah disalahertikan oleh kakitangannya yang terdiri daripada peringkat bawahan.


Difahamkan taklimat pagi ini dihadiri oleh kakitangan peringkat sokongan.


Pagi tadi, PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Mat Razali daripada terus mengepalai urusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah ‘menyalahgunakan’ kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.


Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.


Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.


Setakat pukul 8 malam ini, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.


Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.


Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.


Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.


Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok,” katanya.


Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.


http://www1.mstar.com.my

.

Ini Bukti Penipuannya…

Laporan Polis Terhadap Datuk Bandar Kuala Terengganu


KETUA Muda Angkatan Muda (AMK) Terengganu Mohd Fariz Abd Talib@Musa yang baru-baru ini ditahan polis kerana memasang poster Altantuya Sharribuu telah membuat laporan ke atas Datuk Bandara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mat Razali Kassim kerana didakwa telah berkempen, memaksa dan menggugut kakitangan MBKT supaya memilih Barisan Nasional pada 17 Januari ini.


Laporan itu dibuat hari ini.


Dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada blog Merah Tinta, Mohd Fariz mendakwa beliau mendengar ugutan Datuk Bandar itu, Mat Razali Kassim telah mengeluarkan kata-kata berbunyi “kalau beranin dan tiDak takut dibuang kerja silah.”


Apa yang menjadi pertikaian Mohd Fariz sedangkan pada masa itu Mat Razali adalah Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu yang tidak sepatutnya berkelakuan demikian.


Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan akhbar berkenaan (tanpa edit);


Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .


Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.


Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).


Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..


Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,


Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .


Sekian , laporan polis saya .


( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .