Ikuti Blog ini

Masyarakat Cina Berpusu-pusu Dapatkan Rawatan Perubatan Percuma

http://buletinonline.net/images/berita15/rawatanperubatan.jpg
Kuala Terengganu – Khidmat rawatan perubatan percuma yang dianjurkan di Pasar Pagi Kampung Tiong oleh Kelab Penyokong PAS bersama Lajnah Kebajikan PAS Terengganu mendapat sambutan ’hangat’ diluar dugaan.


Masyarakat Cina setempat datang dari jauh dan dekat, berpusu-pusu mendapatkan khidmat tersebut yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Buletinonline agak hairan kerana ada diantara mereka yang datang dari Batas Baru dan Gong Kapas semata-mata bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan dan berjumpa mata dengan para doktor ‘PAS’.

Antaranya adalah pasangan suami isteri Puan dan Tuan Ong, dua warga emas yang bemastautin di jalan Gong Kapas dekat sini.

Sewaktu didekati, sambil berbisik Puan Ong berkata dengan nada terharu,”kita menang, kita menang,”

”ambil balik lah, kita menang, saya dan suami saya selalu pangkah ’Hijau’ tapi sebelum ini, nak buat macamana,”kata Puang Ong, 59.

Apabila ditanya sudah berapa kalikah mereka mengundi PAS, beliau berkata telah pangkah ’Hijau’ sejak mereka berdua boleh mengundi.

”Kita sudah tolong, tapi tak boleh (menang sebelum ini), keluarga saya 9 orang semuanya pangkah ’Hijau’, tapi kali ini kita ambil balik lah,”katanya yakin.

Seorang pasangan Ong, seorang warga emas, Encik Ong Herg Ghok, 70, pula menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS yang menawarkan khidmat rawatan percuma.

Katanya, program rawatan percuma sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin,” ujarnya.

Rakannya, Encik Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini.

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

“Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah ‘nok’ (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal,” ujarnya.

http://buletinonline.net/images/berita15/rawatanperubatan1.jpgJusteru gembira dengan rawatan percuma yang dianjurkan PAS, Puan Khoo Mee Wah, 49, secara terus-terang menggesa kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

“Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik.

“Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain,” jelasnya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .