Ikuti Blog ini

“Tahniah kepada Umno kerana konsisten tolak Hudud ..” - Husam

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam.

“Macamana orang Islam boleh menolak hukum Hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak Hudud dari dahulu,” kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

Husam berkata, PAS dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing dimana PAS akan tetap melaksanakan hukum Hudud manakala Umno akan tetap menolaknya.

“Sebagai Umnat Islam kita kena menerima hukum Hudud ini kerana hukum ini adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,” katanya.

Tambah Husam lagi, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hukum hudud dilaksanakan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.

Husam memberi contoh seperti solat Zohor, dimana solat zohor tersebut tidak dapat ditunaikan selagi belum masuk waktunya.

Sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum Hudud walaupun mereka mengaku beragama Islam.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .