Ikuti Blog ini

Menyokong Penuh Calon Pilihanraya Kecil KT


Kita bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun tarikh penamaan calon ialah 6hb Januari, Bn yang diketuai Umno telahpun memulakan kempen. Dibantu media arus perdana, propaganda bersifat tohmahan dan fitnah digembleng sedemikan rupa, terutamanya bagi memperlihatkan adanya keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita.


Umum mengetahui kempen akan berlangsung selama 10 hari dan keputusannya nanti akan ditentukan pada 17hb Januari 2009. Pakatan Rakyat berharap proses pemilihan kali ini akan berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman. Adalah diharapkan pihak berkuasa akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, profesional dan tidak prejudis terhadap penyokong Pakatan Rakyat.


ANWAR IBRAHIM




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .