Ikuti Blog ini

Pencalonan Wahid, PAS menang pusingan pertama


Kuala Terengganu - PAS telah dilihat memenangi pusingan pertama apabila mengetengahkan Wahid sebagai calon mewakili PAS dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ramai melihat ini suatu pilihan terbaik daripada Presiden PAS setelah melakukan proses istikharah dan istisyarah, seperti yang di anjurkan oleh Rasululullah s.a.w. Melalui penulisan blog, penganalisis politik Mohd Sayuti Omar, pula menganggap pencalonan Abd Wahid sebagai keputusan yang bijaksana oleh Presiden.


Di atas kertas Abd Wahid dijangka menang selesa di DUN Wakaf Mempelam selepas rekod mempertahankan DUN berkenaan 5 penggal berturut-turut. Beliau juga dikenali ramai oleh masyarakat parlimen Kuala Terengganu kerana ketokohan beliau selain masyarakat bukan Islam mempunyai masalah untuk mengundi beliau.


Dari segi strategi, jentera UMNO tidak menyangka pemilihan Abd Wahid dan dijangka sukar untuk menyerang pribadi beliau.


Ketokohan dan kepopularan Abd Wahid juga dilihat mengatasi calon UMNO, Wan Farid yang lebih awal diumumkan. Ini kemungkinan besar akan mendatangkan masalah besar buat jentera UMNO.


Masalah UMNO bertambah apabila Wan Farid dikatakan bukan calon yang terbaik kerana sebelum ini ramai ahli UMNO mahukan Zubir Embong yang menjadi calon.


Seluruh kepimpinan dan ahli PAS dipelbagai peringkat menyokong sepenuhnya keputusan Presiden PAS memilih Abd Wahid Endut.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .