Ikuti Blog ini

Panggil Saja Yusof Islam

boycott202Mungkin kerajaan memandang sebelah mata sahaja cadangan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan untuk mengadakan demonstrasi membantah penganjuran konsert Rihanna Live In Kuala Lumpur, 13 Februari ini. Bagi KEKWA siapalah sangat Pemuda Pas Wilayah.


Celcom pun tak kisah sangat dengan bantahan itu. Bagilah alasan apa pun, bagi KEKWA dan Celcom, jangankan tergugat atau luruh bulu roma, gatal pun tidak.


Pemuda Pas tidak membantah acara hiburan total asalkan ia mempunyai tatacara yang sesuai.


Inilah sebahagian daripada kelaian Pas dengan Umno. Perbezaan cara berfikir Pas dengan Umno. Hairannya, kemana pemuda Umno termasuk para agamawan dalam pergerakan itu. Adakah mereka turut merestui Rihanna memijak bumi negara ini? Tak bolehkah Hishamuddin pengaruhi sepupunya Najib atau Khairi pengaruhi bapa mentuanya Abdullah untuk menilai semula konsert ini? Batalkan terus atau gantikan dengan artis lain?


Mengapa KEKWA pula bermati-matian mempertahankan konsert artis wanita itu? Mengapa pula Celcom sanggup untuk berbelanja besar demi Rihanna?


Jangan lihat suara itu datang daripada siapa tetapi fikirkan mengapa suara itu datang. Ketua Pemuda Wilayah adalah pemuda Pas. Adakah salah untuk Umno mendengar suara pemuda Pas untuk kebaikan negara dan masyarakat?


Kalau tak mahu dengar suaranya sebagai orang Pas, dengarlah suaranya sebagai anak muda Malaysia yang bakal mewarisi negara ini suatu masa kelak. Salahkah dia melakukan sesuatu untuk negaranya dan kebaikan generasi akan datang supaya dia tidak dikutuk mereka kerana membiarkan kerosakan berlaku di zamannya.


Kalau KEKWA dan Celcom nak teruskan juga konsert itu, apa salahnya panggil Yusof Islam? Dia pun bukan calang-calang artis. Albumnya terjual sebanyak 60 juta unit di serata dunia. Agaknya melebihi jualan album Rihanna.


Kalau KEKWA dan Celcom panggil Yusof Islam tentu ramai mereka yang berketayap putih dan berserban seperti penyanyi itu hadir menyaksikannya. Tentu hebat...




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .