Ikuti Blog ini

Solat Hajat & Ceramah sokong Palestin di Alor Setar malam ini!


KERAJAAN negeri Kedah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS negeri Kedah akan mengadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada malam ini.

Program ini antara lain menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas angkara kekejaman rejim zionis Israel.

Bagi memeriahkan suasana program ini, aturcara ceramah perdana turut disusun. Tokoh-tokoh utama yang akan mengambil bahagian terdiri daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil dari Pertubuhan HAMAS.

Aturcara Program

7.00 malam: Solat maghrib dan solat hajat

8.30 malam: Solat isyak

9.00 malam: Tayangan video kesengsaraan di Gaza Palestin

9.30 malam: Ceramah Perdana

Kepada individu atau pertubuhan yang berminat untuk memberi sumbangan boleh diserahkan pada majlis ini. Jika menggunakan cek, sila tulis cek berkenaan atas nama " TABUNG SUKARELAWAN PEMUDA KEDAH" atau NO AKAUN BIMB 02011010058915.

* Pameran Palestin dan jualan amal untuk Palestin bermula jam 5.00 petang* Sila bawa sejadah dan alas untuk solat maghrib/hajat dan isyak* Sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan kemudahan parking.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .