Ikuti Blog ini

Teruja Dengan Pengumuman Calon PRK P036



Kuala Terengganu - Majlis pengistiharan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu di Stadium Negeri Terengganu hari ini dihadiri oleh lebih 10000 penyokong, terdiri daripada warga tempatan mahupun dari luar negeri Terengganu.


Anggota polis yang bertugas mengawal lalulintas di sepanjang jalan serta luar stadium bagi memastikan kelancaran majlis serta mengelakkan sebarang provokasi dan kekecohan timbul.

Penyokong mula membanjiri stadium tersebut seawal jam 7.00 malam untuk sama-sama solat berjemaah serta solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS. Gerai-gerai jualan yang didirikan di luar stadium turut memeriahkan suasana.


Menurut sumber,sumbangan orang ramai yang mencecah RM8000 semasa majlis ini jelas menunjukkan sokongan serta kesungguhan rakyat Terengganu untuk melihat perubahan pada pilihan raya kali ini.


Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada gerak kerja jentera pilihan raya Dun Kuala Terengganu.


Kata-kata amanat dari wakil komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR disambut dengan laungan takbir penuh bersemangat oleh para hadirin.


Suasana dewan hening sejurus sebelum Tuan Presiden PAS mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil ini. Calon yang dipilih hasil istiqarah serta pandangan semua pimpinan ini, Tuan Haji Ahmad Wahid Endut berjanji akan mendokong amanah yang telah dipertanggungjawabkan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .