Ikuti Blog ini

Dato' Seri Nizar di Kampung Baru.


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam sempat berucap kepada jemaah selepas selesai solat di mana pada sebelah paginya beliau mengemukakan saman kepada Dato' Zamry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Image"Saya berterima kasih atas sokongan daripada seluruh negara, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.


Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan daripada seluruh negara amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah kerana Pakatan Rakyat masih dianggap kerajaan yang sah.


"Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat," tambah beliau sambil menjelaskan mengenai proses pemfailan saman yang dilakukan pagi semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap BN yang merampas kuasa secara haram semalam.


ImageDalam ucapannya itu, beliau turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau dan memohon kerjasama penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk menolak BN yang nyata menghina sultan dengan perampasan kuasa tersebut.


"Tindakan mereka (BN-Umno) kononnya berdemo satu tindakan yang pura-pura. Melihat kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini adalah lebih meyakinkan Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan," tambah beliau lagi.


Turut kelihatan dalam semasa Nizar berucap ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad dan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi pekarangan masjid.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .