Maklumat yang saya baru terima dari pihak yang boleh dipercayai , Najib telah dua kali mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak pada pagi ini namun dia masih belum mengumumkan apa-apa keputusan yang dibincang dengan pihak Istana.
Ada kemungkinan besar DUN Perak dibubarkan atau sekurang-kurangnya 4 DUN yang bermasalah di serahkan hak kepada pengundi untuk memilih kembali wakil rakyat nya ?
Mohon semua doakan keselamatan dan kekuatan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin tabah menghadapi ujian ini.

Kerajaan Perak Failkan di Mahkamah Tinggi Ipoh 3 DUN Kosong Hari Ini
Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.
Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.